Friday 24 September 2010

A134325 Nur Akma LJ09

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan, bertemunya kita dapat bertemu dan kembali dalam meneruskan pembelajaran dalam kursus pengurusan emosi setelah beberapa minggu kita bercuti kerana menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tajuk pengurusan emosi pada minggu ini ialah Emosi, Personaliti Dan Tingkahlaku. Tajuk kuliah pada minggu ini begitu menarik sekali minat saya untuk  mengetahui lebih banyak dan sekaligus dapat mempelajarinya. Sehubungan dengan itu, kita dapat ketahui hubungan antara emosi manusia dan personaliti yang akan ditinjolkan. Maka dengan itu, jika emosi seseorang itu terganggu, maka ia akan menjejaskan personaliti kita sekaligus dapat memberikan impak yang buruk pada diri kita. Daripada pembelajaran, kita dapat memahami lebih dekat mengenai emosi dengan mengikut jenis dan intensiti

Sehubungan dengan itu, pada permulaan kuliah kami telah menonton vedio mengenai personaliti iaitu, terdapat 2 jenis persomaliti iaitu Type A dan Type B. Melalui tontonan video tersebut kami dapat membezakan antara dua type personality berikut antaranya jika Type A merupakan seorang yang sempurna seperti mereka ini seorang yang rajin, suka menepati masa, berdisiplin dan sentiasa berfikir dan membuat keputusan yang mudah manakala Type B pula, seorang yang gagal, iaitu seseorang yang teburu-buru, seorang yang suka menanguh kerja, dan lain- lain. Selain itu, emosi mempunyai tiga komponen yang utama iaitu perasaan, perubahan tubuh dan kecenderungan tindakan seseorang. Jadi perbezaan ini dapat dikaitkan dengan personaliti individu itu sendiri yang dipengaruhi oleh emosi yang ada pada masa tertentunya tidak dapat dihalang.

Dalam konteks personaliti, terdapat pelbagai teori yang dikemukakan. Salah satu daripadanya adalah Myer-Briggs Type Indicator (MBTI). MBTI adalah satu instrumen yang digunakan secara meluas untuk mengukur tahap dan jenis personaliti setiap individu. Ia diklasifikasikan kepada empat bahagian iaitu extrovert vs introvert (E dan T), sensing vs intuitive (S dan N), thingking vs feeling (T dan F) dan judging vs perceiving (J dan P). Teori jenis ini menerangkan personaliti individu apabila berhadapan dengan sesuatu keadaan ataupun dengan orang ramai.

Bagi kesemua jenis-jenis personaliti yang telah dikemukakan oleh Myer-Briggs Type Indicator (MBTI)  Dr Zamri telah membuat test bagi setiap pelajar untuk  mengetahui tahap personaliti masing-masing. Maka dengan menjalani beberapa test kami dapati setiap individu mempunyai tahap personaliti yang berbeza. Apa yang dapat kita simpulkan, bagi personaliti Extroverted ialah bagi mereka yang  suka menonjol dalam kalangan orang ramai, seorang yang sosial dan seseorang yang suka bergaul dan mudah dikenali manakala personaliti introverts pula merupakan seorang individu yang pendiam,pemalu dan kurang bergaul dengan orang ramai dan ada masa tertentunya lebih suka bersebdirian di tempat yang aman tanpa gangguan. Setelah membuat ujian tersebut didapati didalam kuliah, Dr Zamri dapati kebanyakan mereka merupakan seorang yang Introverted.

Berbeza pula dengan intuitives dan sensitives, sifat intuitive  ini adalah berkaitan dengan individu itu tidak suka akan perkara-perkara remeh dan melihat sesuatu itu hanya secara global manakala personality sensitives pula ialah seorang yang sangat praktikal, memberikan sepenuh perhatian dan membuat kerja dengan teliti. Sebagai contoh, jika dia terpilih sebagai ketua kumpulan maka dia akan berusaha sedaya upaya akan membuat kerja tersebut dengan lebih teliti dan efisien.  Melalui thingking vs feeling pula, thinking lebih mencirikan sifat suka menggunakan alasan dan logik sebagai sumber utama penyelesaian masalah dan feeling pula lebih bersifat emosi dan menggunakan kata hati. Terakhir adalah judging vs perceiving. Judging adalah sifat yang sukakan sesuatu kehidupan yang teratur dan berstruktur. Kebanyakan individu jenis ini, kehidupan mereka adalah lebih teratur berbanding individu yang bersifat perceiving. Perceiving adalah individu yang bersifat spontan dan kehidupan mereka adalah jenis fleksibel dan tidak teratur.

Terdapat lima model yang diperkenalkan,iaitu dikenali dengan The Big Five Model iaitu extroversion, agreeableness, conscientiousness, emotional stability dan openness to experience. Extroversion merujuk kepada keselesaan seseorang mengenai sesuatu perhubungan manakala agreeableness pula merujuk kepada kecenderungan individu itu berbeza daripada orang lain. Selain itu, conscientiousness pula merujuk kepada individu yang boleh diharap dan kebolehan seseorang dalam menangani tekanan tergolong dalam model emotional stability. Openness to experience pula adalah jenis individu yang terbuka untuk menerima atau mengalami sesuatu perubahan dalam hidup mereka. Kesimpulannya, setlah mempelajari tajuk ini saya dapat mengenali personaliti sebenar saya sekaligus dapat memperbaiki kelemahan dalam diri setiap individu itu sendiri. End #


No comments:

Post a Comment