Thursday 23 September 2010

A134284 NG EAIN YI LJ09

            Setiap manusia dikatakan unik kerana setiap orang mempunyai emosi dan personaliti. Personaliti adalah berbeza bagi setiap orang dan personaliti diri seseorang itulah yang memberi sifat pada diri orang itu, sama ada seseorang itu ganas atau lembut, pemarah atau penyanyang, personaliti-personaliti ini yang membezakan kita antara satu sama lain.  Kuliah minggu ini amat menarik, iaitu ialah emosi dan personaliti. Melalui emosi dan personaliti, kita dapat memahami pendekatan pengelasan emosi mengikut jenis dan intensiti seseorang. Kita juga dapat memahami perhubungan antara emosi, personaliti dan tingkah laku. Kenapa seseorang itu suka menyepikan diri apabila berasa sedih? Ini adalah sebab orang tersebut suka masa keseorangan untuk menyenangkan diri. Inilah contoh emosi berkaitan dengan tingkah laku dan personaliti.

            Emosi dan personaliti digunakan untuk membezakan individu. Ini adalah kerana reaksi setiap orang terhadap sesuatu emosi atau perkara adalah berlainan, walaupun pada peristiwa yang sama. Emosi dan personaliti juga berperanan dalam menentukan reaksi terhadap affek. Apabila disuruh membuat perbentangan di depan bilik kuliah, mereka yang "Introvert" akan berasa takut, malu dan gelisah. Manakala mereka yang "extrovert" akan berucap dengan penuh keyakinan di depan orang lain. Orang daripada dua jenis personaliti yang berbeza ini memberi reaksi yang berbeza pada satu peristiwa yang sama, iaitu membuat perbentangan di depan orang lain.

            Seterusnya, terdapat pelbagai jenis kuiz yang berbeza yang dapat digunakan untuk menentukan jenis personaliti diri seseorang itu. Soalan ini ditanya dalam kuliah minggu ini, adakah anda personaliti jenis A atau B? Jenis A merupakan orang yang terancang, selalu menepati masa, selalu "stress" dan merupakan pekerja yang kuat. Mereka juga dikenal sebagai orang yang berorientasikan prestasi. Manakala orang jenis B pula ialah orang yang lebih santai, menyiapkan kerja dekat dengan batas waktu, dan mengambil sesuatu perkara dengan mudah dan tidak mudah "stress". Saya secara jujurnya akan menjawab, saya orang jenis A yang suka member tekanan pada diri.

            Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) juga diperkenalkan kepada kami. Terdapat 16 jenis  pembahagian personaliti dalam quiz ini. Seseorang akan dikategorikan berdasarkan ciri-ciri diri sendiri. Seseorang boleh dikategorikan sebagai Extrovert atau Introvert berdasarkan cara seseorang berinteraksi. Orang yang Extrovert (E) adalah orang yang suka kerja luar, suka bersosial dan orang yang tegas serta berkeyakinan diri. Mereka yang Introvert (I) pula adalah pemalu dan pendiam, mereka lebih suka ditinggalkan keseorangan kadang kala dan selalu berfikir sebelum bertindak, di mana adalah sebalik tingkah laku Extrovert.

            Kategori kedua ialah melalui cara seseorang berfikir. Orang Sensing (S) adalah orang yang praktikal dan suka fokus pada butiran-butiran kecil. Orang yang Intuitive (N) pula bergantung pada proses bawah sedar dan tidak mementingkan butiran. Mereka dikenali sebagai orang dengan "6 sense". Orang Sensing apabila membeli sehelai baju akan melihat di depan cermin, cuba atas badan, kemudian sebelum beli akan memeriksa jahitan baju tersebut dengan terperinci. Mereka dengan personaliti Intituitive pula akan melihat depan cermin, kalau disukai, terus membeli tanpa memeriksa kualiti baju itu dengan terperinci.

            Kategori ketiga pula merupakan cara seseorang menyelesaikan masalah, sama ada secara Thinking (T) atau Feeling (F). Orang Thinking menggunakan sebab dan logic dalam mengendalikan sesuatu masalah. Orang Feeling pula bergantung pada nilai personal dan emosi. Sebagai contoh, kawan putus cinta. Orang Thinking akan memberitahu kawannya, perlukah kamu membazirkan masa untuk orang itu? Ada ramai lagi jejaka yang boleh kamu dapat nanti. Orang Feeling pula akan mendalami diri dalam peristiwa itu, lalu memberitahu kawannya, putus cinta itu memang akan menyedihkan hati, cubalah bangkitkan diri dan jangan bersedih lagi.

            Kategori terakhir ialah melalui cara seseorang itu hidup. Orang Judging (J) suka mengawal, lebih suka dunia yang teratur dan terancang. Orang Perceiving (P) pula lebih kepada tindakan spontan dan fleksibel. Apabila disuruh melakukan satu perkara, orang Judging memerlukan arahan yang jelas, manakala orang Perceiving tidak memerlukan arahan yang jelas, mereka akan cuba meneka apa yang dikehendaki.

            Saya merupakan orang jenis ESFJ, iaitu saya seorang yang suka arahan yang jelas, hidup yang terkawal, teratur dan terancang. Saya tidak suka ditinggalkan seorang dan saya suka berinteraksi dengan orang yang dikenali daripada duduk diam keseorangan.Saya juga adalah seorang yang praktikal dan fokus pada butiran. Saya orang Feeling, iaitu saya ambil berat akan emosi rakan-rakan dan tidak suka ketidakseimbangan dalam harmoni terutamanya dalam keluarga.

            Kami juga diberi pengetahuan tentang Teori "Big 5" yang meliputi extroversion, agreeableness, conscientiousness, neroticism atau kestabilan emosi serta keterbukaan terhadap pengalaman. Saya lebih cenderung kepada Neroticism atau kestabilan emosi. Saya ialah seorang yang amat beremosi serta mudah mengalami tekanan dalam hidup. Melalui kuiz-kuiz ini, saya dapat mengenali diri saya dengan lebih mendalam. Harap kamu semua juga dapat manfaat daripada quiz-quiz ini.

No comments:

Post a Comment