Thursday 23 September 2010

A134221 norsatarunisya LJ09

Pengurusan emosi

Tajuk 09; emosi dan personality

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan sekalian. Pada kuliah minggu kami mengikuti kuliah Pengurusan emosi yang bertajuk emosi dan personaliti. Melalui kuliah kali ini kami mengetahui setiap individu mempunyai personaliti masing-masing dan setiap personality menjadikan setiap tingkahlaku individu tersebut berbeza. Kami juga telah mengetahui dan terdapat pelbagai konsep dan teori yang berkaitan dengan hubungan emosi dan personaliti. Encik Zamri memberitahu terdapat dua teori yang utama iaitu 'Myers-Briggs Type Indicator' dan"the big five model"

 

 

            Sebelum saya menerangkan apakah teori-teori tersebut terlebih dahulu saya ingin menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan personaliti. Personaliti dapat didefinasikan sebagai kombinasi sifat khas psikologi untuk mengelas atau mengketagorikan seseorang individu berdasarkan ciri-ciri mereka. Sebagai contoh personaliti pendiam, periang, peramah, panas baran, kuat berlawak, dan sensitif. Kesemua ini adalah contoh personaliti yang wujud dalam diri seseorang individu, dan personaliti ini adalah berbeza mengikut individu. 

 

            Teori yang pertama ialah 'Myer Briggs Type Indicator'. Mengikut teori ini, terdapat empat ketegori yang dapat dilihat dalam dalam teori ini. Empat ketagori yang dimaksudkan ialah Extroverted ( E ) atau Introverted ( I ).

Sensing ( S ) atau Intuitive ( I ), Thingking ( T ) atau Feeling ( F ), dan ketegori yang terakhir ialah Judjing ( J ) atau Perceiving ( P ).  Terdapat ujian yang perlu dilakukan untuk mengenalpasti personality yang dimiliki setiap individu.

 

            Individu yang mempunyai sikap Extroverted merupakan seorang yang suka bersosial. Bersosial disini bermaksud, individu yang tergolong dalam golongan ini lebih suka menonjolkan diri daripada menyendiri. Mereka sangat suka bergaul dan beraah mesra dengan semua orang walaupun orang yang tidak dikenali. individu yang tergolong dalam golongan ini juga merupakan seorang yang tegas . individu yang tergolong dalam golongan Introverts pula, merupakan seoarng yang pendiam. Mereka lebih suka menyendiri kerana mempunyai sifat malu yang kuat. Mereka juga lebih suka menulis daripada bercakap. mereka akan melahirkan perasaan mereka melalui penulisan seperti sajak, dan blog.

 

            Kategori kedua pula, iaitu Sensing atau Intuitive. Mereka yang tergolong dalam golongan Sensing merupakan seorang yang praktikal. Mereka merupakan golongan yang cermat, dan teliti dalam melakukan sesuatu. Golongan seperti ini dikatakan cerewet, dan meninginkan kesempurnaan dalam segala hal. Intiutive pula merupakan seorang yang agak ringan. Mereka tidak begitu cerewet, dan lebih suka memerhati.

 

 

 

kategori ketiga pula ialah Thinking atau feeling. golongan yang tergolong dalam golongan Thinking, merupakan seorang yang sentiasa mementingkan alasan. Mereka akan memandang kepada perkara dan alasan yang logik sahaja, malah mereka juga seorang yang mementingkan fakta dalam melakukan sesuatu. Feeling pula sebaliknya. Mereka menggunakan emosi dalam membuat sesuatu keputusan.

 

            Kategori yang terakhir pula ialah melibatkan Judging atau Perceiving. Individu yang bersifat judging merupakan individu yang suka mengawal. Mereka bersifat tegas dan ingin orang lain mengikut kata-kata mereka. individu yang tergolong dalam golongan ini juga merupakan seorang yang sistematik dalam segala hal. Perceiving pula merujuk kepada mereka yang fleksibal.

 

            Bagi mengetahui apakah personality kami. Encik Zamri meminta kami mangambil ujian personality tersebut. melalui ujian tersebut saya mendapati saya memiliki personality ESTP.

 

 

             Sebagai kesimpulannya, setelah mengikuti kuliah ini, saya mula mengenali personaliti saya. Selain itu saya berpendapat setiap personaliti yang dimiliki mempunyai kebaikan dan keburukan dan ujian personality dilakukan bukanlah untuk membandingkan mana yang lebih baik tetapi sekadar pengetahuan kita dan untuk kemajuan diri kita. Hal ini kerana kita boleh membaiki kelemahan yang kita ada. # ends#

 


No comments:

Post a Comment