Friday 3 September 2010

A134221 Norsatarunisya 07

Jurnal pengurusan emosi

Tajuk 07 emosi dan ingatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang apa yang saya pelajari dalam kuliah pengurusan emosi pada kali ini. Sebelum memulakan kuliah, encik Zamri menayangkan beberapa buah video yang menggambarkan pelbagai emosi. Antara video tersebut adalah tsunami yang melanda Acheh. Video tersebut amat mengayat hati kerana berpuluh orang ribu mati. Mangsa-mangsa tsunami termasuklah kanak-kanak, remaja dan orang-orang tua. Disamping berasa kesian, perasaan takut juga timbul kerana apa yang kita lakukan sekiranya Malaysia juga menerima bencana seperti mana bumi Acheh. Video-video yang encik zamri tunjukkan kepada kami berkait rapat dengan pelajaran yang kami pelajari.

            Kuliah kali ini kami mempelajari adakah emosi mempengaruhi ingatan seseorang. Mengikut permahaman anda adakah emosi mempengaruhi ingata? Jawapan yang tepat adalah "ya". Jika anda jawab tidak anda adalah seseorang yang tidak ada perasaan. Melalui kuliah kali ini kami mengetahui bahawa emosi mempengaruhi ingatan. Kita akan mudah mengingat perkara yang amat beremosi kepada kita. Kita akan mudah ingat apabila kita terasa amat malu dan marah. Emosi tersebut adalah antara emosi yang mudah kita ingat. Ada juga emosi yang lain seperti gembira kerana dapat pencapaian cemerlang dan takut kerana terserempak dengan hantu, tetapi emosi yang mudah kita ingat adalah sedih dan marah iaitu emisi negatif. Pada pendapat saya, kita mudah ingat emosi yang negative kerana emosi tersebut tidak selalunya berlaku terhadap kita.

            Emosi dan ingatan tidak bertindak sendirinya, terdapat 3 bahagian otak yang ada kaitan dengan emosi dan ingatan. Bahagian tersebut adalah Amygdala yang bertanggungjawab menentukan tahap kepentingan sesuatu emosi. Terdapat juga Cerebellum yang berfungsi sebagai coordination skills dan juga Prefrontal cortex yang menentukan emosi dan menjalankan cognitive process. Walaupun ketiga-tiga bahagian ini terdapat dalam otak wanita dan lelaki,namun lelaki dan wanita mempunyai  encode information pada bahagian yang berlainan. Encik Zamri ada menayangkan video tentang perbezaan lelaki dan perempuan dari pelbagai espek. Video tersebut membuat kami tergelak besar kerana saya mengakui sesetengah tentang wanita yang ditunjukkan adalah benar dan tepat. Sebagai contoh, ketika menonton cerita yang beremosi sedih dan romantic, perempuan akan memberi respon terlebih dahulu sepertimana pelakon berlakon tetapi lalaki member respon sebaliknya.

            Sebagai kesimpulan, emosi amat mempengaruhi ingatan kita, tetapi diakawal oleh otak. Selain itu setiap orang memberi respon yang berbeza mengikut situasi yang berlainan.

No comments:

Post a Comment