Saturday 25 September 2010

A134118 Aimi Amirah LJ09

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Personaliti setiap manusia adalah berbeza hal ini menyebabkan mereka mempamerkan emosi yang berbeza terhadap sesuatu perkara. Tajuk kuliah pada minggu ini adalah personaliti dan emosi. Pernah atau tidak anda mengatakan sesuatu perkara yang pada anda adalah perkara biasa seperti 'bodohla kau nie' kepada rakan anda dan dia marahkan anda? Walhal pada anda perkataan tersebut adalah hanya sekadar jenaka dan anda tidak akan ambil hati sekiranya ayat tersebut di hamburkan kepada anda. Personaliti rakan anda yang berbeza dengan anda menyebabkan dia mengambil serius kata-kata anda. Personaliti bermaksud gabungan antara traits psycolog yang kkita gunakan untuk menerangkan seseorang contohnya pendiam, rajin dan lain-lain.

     Secara umumnya, ada beberapa jenis kategori personaliti bagi seseorang individu. Misalnya, Teori Personaliti A dan B menjelaskan dua jenis personaliti yang mempunyai sifat yang bertentangan. Personaliti jenis A selalunya kurang sabar, begitu mementingkan soal masa, berasa tidak selamat dengan status dirinya, mempunyai daya saing tinggi, agresif dan jarang berada dalam keadaan tenang.Golongan ini selalunya kuat bekerja, memberi diri sendiri tarikh akhir untuk melaksanakan sesuatu walaupun sebenarnya itu tidak wajib dan tidak bergantung kepada orang lain dalam hidupnya.

Dengan ciri-ciri ini, individu dengan personaliti jenis A selalu dilihat dalam keadaan ingin cepat dan tertekan. Dinasihatkan kepada golongan yang berada dalam personaliti ini supaya relex sedikit dan nikmatilah hidup dengan tenang.Hehehe  Golongan yang berada dalam personaliti  B pula sifatnya bertentangan dengan mereka yang berpesonaliti A. Mereka agak slow dalam tindakan yang dilakukan dan sentiasa 'cool'. Contohnya saya tidak akan berasa kelam- kabut atau cemas sekiranya saya lambat kekuliah, dan saya selalu menangguh kerja yang ditugaskan dan akan menyiapkannya pada saat-saat akhir.


    Seterusnya personaliti juga boleh dibahagikan mengikut Mayer-Briggs type indikator.Pengkelasan individu dibahagikan kepada extroverted atau introverted(E atau I), sensing atau intuitive (S atau  N), thinking  atau Feeling (T atau F) dan judging atau perceiving (J atau  P). Setelah menjalankan ujian yang disediakan oleh dr Zamri saya dapati saya tergolong dalam golongan ESFT. Saya dikatakan seorang yang akan bertindak terlebih dahulu kemudian baru berfikir.Saya juga di katakan seorang yang outgoing dan suka bersosial. Selain itu itu saya dikategerikan sebagai seorang yang practical dan focus kepada perkara-perkara yang kecil serta bergantung terhadap kaadaan emosi dalam membuat tindakan.Memandangkan saya seorang yang P jadi saya seorang yang flexible dan bersifat spontan.Saya rasa teori ini agak tepat kerana saya suka berkawan dan suka bertindak tanpa berfikir. Saya juga cenderung untuk mengambilberat tentang rakan-rakan saya walaupun itu adalah sikap yang saya tidak suka kerana sesetengah rakan menganggap saya seorang yang penyibuk.


    Big-five juga boleh digunakan untuk membezakan personaliti seseorang. Ia membahagikan personaliti kepada 5 aspek iaitu extrovert, agreeableness, conscientiousness, emotional stability, dan openness to experience. Extrovert digunakan untuk mengukur tahap keselesaan seseorang berada dalam kalayak ramai dan keselesaan ketika bersosial. Agreeableness adalah untuk mengukur tahap kecenderungan seseorang untuk mengikut pendapat atau pandangan orang lain.Selain itu, conscientiousness adalah untuk mengukur tahap kebergantungan seseorang terhadap individu lain.Manakala openness to experience pula untuk mengukur minat seseorang terhadap perkara-perkara baru dan sifat ingin tahu.


    Kesimpulannya, kita perlu memahami personaliti orang lain agar tindakan kita tidak akan mengguris hati dan perasaan mereka. Selain itu ia juga akan membantu kita agar lebih memahami diri sendiri dan orang lain dengan lebih mendalam.




No comments:

Post a Comment