Thursday 23 September 2010

a133832 nurul lj09

            Assalamualaikum dan salam sejahtera, rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan salam lebaraan kepada pensyarah dan rakan-rakan kuliah yang lain kerana kita semua masih lagi dalam mood raya. Saya sendiri akui bahawa masih terbayang-bayang dan mengingati suasana beraya di kampung dan tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhmya pada pembelajaran, namun hal ini tidak boleh dibiarkan kerana saya akan menduduki peperiksaan akhir semester tidak lama lagi. Jangan dilayan sangat perasaan nanti semua kerja tidak menjadi. Aplikasikan apa yang dibelajar dalam kuliah pengurusan emosi untuk mengawal perasaan tersebut, barulah berkesan.

            Minggu ini merupakan minggu pertama para pelajar kembali ke kampus setelah seminggu bercuti menyambut lebaran dan kami semua dihidangkan dengan topik emosi, personaliti dan tingkah laku, satu topik yang agak menarik bagi saya. Topik ini memberi pendekatan kepada para pelajar tentang pengelasan emosi mengikut jenis dan intensiti serta memahami perhubungan di antara emosi, personaliti dan tingkahlaku. Sebelum saya mengupas dengan lebih lanjut lagi, saya ingin mengatakan bahawa saya amat bersetuju tentang reaksi seseorang berbeza-beza antara satu sama lain walupun mengalami situasi yang sama. Sebagai contoh, apabila tiba perkahwinan satu-satunya kakak saya, saya berasa amat sedih kerana terpaksa berpisah dengannya dan tentu sekali masanya akan banyak dihabiskan bersama suami berbanding saya sebagai adiknya, namun ibu dan ayah berasa amat gembira dan bersyukur kerana jodoh kakak telah sampai.

Emosi memepunyai tiga komponen utama, iaitu perasaan (subjective feelings), perubahan tubuh (bodily changes), dan kecenderungan tindakan (action tendencies). Pepatah ada mengatakan tentang sifat semula jadi manusia, iaitu rambut sama hitam, tapi hati lain-lain dan begitulah juga dari segi reaksi emosi. Perbezaan ini dikaitkan dengan personaliti individu sendiri, jadi memang benarlah bahawa emosi dan personaliti berkesan untuk membezakan seseorang individu dan juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan reaksi seseorang terhadap sesuatu peristiwa atau bagaimanakah peristiwa itu memberi  kesan kepada individu tersebut.

            Seterusnya ialah mengenai personaliti yang didefinisikan sebagai kombinasi ciri-ciri fisiologikal, digunakan untuk mengkelaskan dan menggambarkan karakter dan sifat seseorang sama ada seorang yang pendiam, pasif, agresif, ceria atau lain-lain. Personaliti ini dikelaskan kepada jenis, jenis A dan jenis B yang lebih umum. Seseorang yang banyak mengalami tekanan kerana melakukan pelbagai kerja adalah tergolong dalam jenis A. Personaliti jenis A kurang gembira dengan kehidupan mereka kerana selalu tertekan dan tidak ceria serta lebih berorientasikan prestasi dibandingkan personaliti jenis B yang lebih sabar dan relaks serta mempunyai kehidupan yang lebih ceria.

            Myers-Briggs Type Indicator adalah merupakan suatu alat yang digunakan secara meluas untuk menilai personaliti seseorang. Individu akan dikelaskan sebagai extraverted (peramah, mesra) atau introverted (pemalu, pendiam), sensing (peka, focus) atau intuitive (tidak peka), thinking (menangani masalah secara logic akal fikiran) atau feeling (terlalu mengikut emosi), dan judging  (kehidupannya teratur dan terancang) atau perceiving (mudah berubah dan spontan). Terdapat lima model yang diperkenalkan, extroversion, agreeableness, conscientiousness, emotional stability dan openness to experience. Extroversion merujuk kepada keselesaan seseorang mengenai sesuatu perhubungan manakala agreeableness pula merujuk kepada kecenderungan individu itu berbeza daripada orang lain. Selain itu, conscientiousness pula merujuk kepada individu yang boleh diharap dan kebolehan seseorang dalam menangani tekanan tergolong dalam model emotional stability. Openness to experience pula adalah jenis individu yang terbuka untuk menerima atau mengalami sesuatu perubahan dalam hidup mereka. Akhir kata, setiap individu perlu mengenali diri masing-masing kerana dapat membantu kehidupan kita seperti dalam memilih kerjaya yang sesuai, lantas mempunyai masa depan yang cerah. end#


No comments:

Post a Comment