Tuesday 21 September 2010

A133661 Tiara LJ08

    Pertama kalinya ingin saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada warga UKM. Emosi dan motivasi, adalah tajuk yang dibincangkan dalam pembelajaran minggu ini. Objektifnya adalah memahami apakah motivasi itu sendiri dan juga memahami bagaimana motivasi dan emosi boleh dikaitkan antara satu sama lain dalam pengurusan emosi dalam setiap individu. Emosi ditetapkan oleh nada yang berkesan. Baik positif ataupun negatif, ianya tidak pernah neutral. Motivasi pula, secara umumnya dianggap sebagai kajian tentang aspek arah dan tenaga perilaku.

    Terdapat empat komponen emosi yang berbeza iaitu keadaan sesebuah perasaan, proses kognitif, fisiologi perubahan dan juga tingkahlaku yang berkaitan. Oleh itu, emosi lebih luas maknanya dari perasaan. Emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi menurut Baron & Logan, 1993. Emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional oleh Lang et al, 1992. Contohya adalah seperti motif pembunuhan, ia dapat memberikan keuntungan kepada kita iaitu duit tetapi juga disebabkan emosi kebencian yang terdapat terhadap mangsa tersebut. Contoh lain ialah apabila kita memperolehi keputusan yang tidak memuaskan, pastinya kita akan berasa sedih dan berputus asa, tetapi dengan emosi tersebut ia juga dapat menyuntik lagi semangat yang lebih kepada kita untuk lebih berusaha untuk masa yang akan datang.

    Walaubagaimana pun, tidak semua keadaan emosi menjadi pendorong. Tidak semua pendorong juga berasakan daripada emosi. Terdapat pelbagai teori-teori yang dapat dikaji, antaranya  James-Lange Theory, Cannon's Challenge dan Two-Factor Theory. Emosi adalah sebuah keadaan otak yang melibatkan pengaktifan wajah dan perubahan tubuh, penilaian kognitif, perasaan subjektif, dan kecenderungan untuk bertindak, semua dibentuk oleh peraturan budaya.  Emosi juga adalah sebagai respon adaptif, emosi melayani sebagai respon adaptif tubuh kita untuk kegiatan di lingkungan dan membantu mereka dalam mengkomunikasikan niat kita untuk orang lain.

Persiapan untuk sesuatu tindakan, emosi membangkitkan kita untuk bergerak, mengambil tindakan, dan mengatasi. Motivasi adalah aspek proses pemilihan dan menjangka apa yang mungkin.  Oleh itu, motivasi adalah apa yang membuat seseorang melakukan satu hal daripada yang lain, apa proses pemilihan program aktiviti lebih lanjut, kegiatan interaktif lebih banyak (Mook, 1996).

     Antara teori motivasi, konsep-konsep yang berkaitan adalah motif yang bawaan, orang yang telah dimotivasikan untuk mempertahankan tahap optimum, teori hieraki keperluan dan juga motivasi tidak sedar. Emosi menekankan ghairah, sedangkan motivasi menekankan tindakan.


No comments:

Post a Comment