Thursday 30 September 2010

A133647 Fatin Ilyani LJ10

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini merupakan hari Rabu, tanggal 29 September 2010 bersamaan dengan 20 Syawal. Seperti biasa pada hari rabu di setiap minggu, saya serta rakan-rakan yang mengikuti kursus Pengurusan Emosi ZT2253 menghadirkan diri ke kuliah dengan semangat yang berkobar-kobar untuk mendalami ilmu berkaitan pengurusan emosi ini. Tajuk kuliah pengurusan emosi pada kali ini ialah Kebijaksanaan Emosi. Namun, pada kuliah kali ini, kami dihiburkan dengan beberapa video yang bermotivasi dan berfaedah. Saya sungguh tertarik dengan video yang ditayangkan itu sehingga ia dapat mengingatkan saya kembali kepada ibu saya yang telah bersusah-payah selama ini membesarkan dan membimbing saya. Kemudian kami dikehendaki menjawab beberapa soalan kuiz yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari pada kali ini. Kuiz ini berbentuk visual yang menunjukkan imej wajah seseorang dalam beberapa emosi yang berlainan dan kami dikehendaki memadankan imej tersebut dengan emosinya. Antara objektif pembelajaran ialah memahami makna pengurusan emosi, memahami pengaplikasian teori-teori emosi bagi mengurus emosi, memahami bahawa pengurusan emosi memerlukan kebijaksanaan dan kematangan emosi dan memahami konsep kebijaksanaan dan kematangan emosi.

Pengurusan emosi merujuk kepada cara-cara manusia mengurus dan mempengaruhi perasaan mereka sendiri serta ekspresi dan juga cara-cara mereka mempengaruhi perasaan orang lain. Emosi dapat dikenal pasti melalui mimik wajah dan juga dari intonasi suara. Sifat emosi juga berubah-ubah mengikut situasi. Emosi mempunyai darjah intensiti yang berubah mengikut tempat sepertimana yang dinyatakan dalam Teori Tahap Adaptasi yang menyatakan emosi boleh berubah dengan cepat. Emosi boleh berubah mengikut perjalanan pemikiran seseorang individu. Emosi bermula dengan bagaimana kita mempersepsi sesuatu perkara dan situasi juga boleh mengubah emosi seseorang. Emosi hanya terbit apabila ada rangsangan berkaitan, jika rangsangan hilang, emosi akan menjadi kurang aktif. Emosi boleh berperanan sebagai pendorong  kepada tingkah laku, ia juga berkait rapat dengan personaliti.  Emosi juga bersifat dinamik dan boleh berubah-ubah.

Situasi yangmelibatkan emosi akan lebih senang diingati beranding situasi yang kurang melibatkan emosi. Emosi positif pula kebiasaannya mempunyai  maklumat yang lebih terperinci yang dapat membantu memori ingatan manusia.

Emosi dan perhatian merupakan kesediaan? Perhatian mempunyai tiga proses jelas. Pertama, merupakan satu sistem yang membantu kita mengekalkan keadaan yang am terhadap kesediaan untuk bertindak balas. Keduanya ialah sistem yang menyelaraskan tahap untuk bertindak balas terhadap stimuli luaran dan yang terakhirnya, yang ketiga ialah sistem yang membantu memilih stimuli yang bersesuaian. Apabila kita berbicara tentang emosi, kita akan lebih tertumpu ke arah wanita. Ini membuktikan bahawa wanita lebih terpengaruh oleh emosi.

Apakah kebijaksanaan emosi? Kebijaksanaan emosi ialah kebolehan  yang dipunyai oleh seseorang untuk memerhati perasaan dan emosi diri sendiri serta orang lain, untuk menjelaskan antara mereka dan untuk menggunakan informasi ini dalam membimbing pemikiran dan reaksi seseorang individu.

Kemampuan emosi terbahagi kepada empat jenis. Pertamanya ialah mengenal pasti emosi. Ini merupakan keboleh dalam mengesan emosi pada wajah , foto, suara dan artifak budaya termasuk dalam kebolehan seseorang mengenal pasti emosinya. Kedua dan ketiga masing-masing ialah menggunakan dan memahami emosi dan yang terakhir pula ialah mengurus emosi.

Alexithymia. Apakah yang dimaksudkan dengan Alexithymia? Alexithymia merupakan gejala kekosongan emosi. Seseorang itu tidak tahu apakah perasaan yang mereka alami serta tidak dapat menyatakan dengan jelas apakah emosi yang dialami oleh mereka pada ketika itu. Ini juga menyebabkan mereka merasakan mereka tiada perasaan marah, sedih dan suka serta jarang menangis.

Peristiwa yang dapat dikaitkan dengan pelajaran kali ini merupakan pengalaman saya sendiri. Pada awal tahun ini, ibu saya telah terlibat dalam suatu kemalangan. Semasa itu saya masih menuntut di kolej matrikulasi. Peristiwa itu berlaku seminggu sebelum peperiksaan akhir tiba. Semasa saya bersama-sama rakan-rakan bergelumang dengan buku, saya dikhabarkan bahawa ibu saya telah terlibat dalam kemalangan. Saya berasa amat risau sehingga apabila rakan saya menegur saya, saya tidak dapat menahan emosi. Saya tidak mengendahkannya. Berikutan itu, rakan saya mengatakan bahawa saya seorang yang sombong. Saya sangat sedih dengan kenyataan yan dibuat itu. Saya kemudiannya menjelaskan perkara sebenar kebada rakan saya itu dan dia kemudiannya meminta saya bersabar dan memohon maaf di atas tafsiran yang telah dibuat ke atas saya sebelum ini.

Kesimpulannya, janganlah kita cepat membuat tafsiran terhadap seseorang sebelum kita benar-benar mengenalinya. Kita juga hendaklah bijak mengawal emosi kita dan jangan biarkan emosi yang negatif menguasai diri kita. Buruk padahnya. # end.

 



No comments:

Post a Comment