Friday 3 September 2010

A133604 ASLINA

                      Salam semuanya,ya minggu ini kuliah saya bertajuk emosi,ingatan dan pembelajaran.Erm,tajuk kali ini amat menyentuh perasan saya.Mungkin kerana saya banyak mengalami peristiwa yang sangat menarik dan sangat menyedihkan sehingga peristiwa tersebut sukar saya lupai.Anyway,kembali kepada tajuk kita kali ini saya didedahkan dengan hubung kait anatara emosi dan ingatan serta bagaimana hubungan ini dapat membantu pembelajaran sosial.Disini dapat saya pahami betapa kuatnya pengaruh emosi dalam menentukan sejauh mana ingatan kita pada peristiwa yang menimpa kita sejak lame dulu.Sudah menjadi lumrah alam bahawa setiap manusia ada perasaan dan tidak dapat dinafikan bahawa setiap manusia pasti mempunyai pengalam pahit dan manis.

                       Tetapi apakah yang menjadikan pengalaman itu pahit dan manis?Sudah tentu kerana kita telah meletakkan suatu perasaan yang amat memeberi kesan terhadap diri kita sehingga pengalaman tersebut tidak dapat dilupakan.Jika kita fikirkan,tanpa meletakkn sebarang emosi ketika berlaku sesutau peristiwa,adakah kita akan mengingati peristiwa itu?Agak sukar bukan?sebagai contoh...sekiranya kita tidak minat atau tidak cinta terhadap subjek yang kita pelajari,lebih cepat untuk kita melupakannya daripada mengingatinya.Sebagai manusia juga adakah kita mahu untuk mengingati peristiwa hitam dalam hidup kita.Sudah tentu tidakkan.oleh sebab itu peristiwa gembira lebih mudah diingati berbanding peristiwa sedih.sekiranya kita terlalu bersedih,kita akan berasa stress dan ini boleh menjejaskan aktiviti harian.

                       Selain itu,emosi kita sebenarnya boleh dilahirkan,Sebagai contoh sekiranyakita ingin bersedih,kita bayangkan kembali peristiwa sedih yang menimpa kita.Secara normalnya,wanita lebih beremosi berbanding lelaki.ini dapat dikaitkan dengan jiwa lembut yang wanita miliki.Sebab itu wanita mudah terguris.sebagai maklumat tambahan,terdapat 3 bahagian otak yang ada kaitan dengan emosi dan ingatan.bahagian tersebut adalah amygdala yang bertanggungjawab menetukan tahap kepentingan sesuatu emosi.terdapat juga cerebellum yang berfungsi sebagai coordination skills dan juga prefrontal cortex yang menetukan mood dan menjalankan cognitive process.walaupun ketiga tiga bahagian ini terdapat dalam otak wanita dan lelaki,namumlelaki dan wanita  encode information pada bahagian yang berlainan.

                       secara kesimpulannya,saya amat gembira kerana dapat mempelajari info-info ini kerana berkaitan dengan kehidupan kita.Yang penting dengan meletakkan emosi dan juga mood yang sesuai apabila berlaku sesuatu peristiwa,ia akan membuat kita lebih mudah mengingati peristiwa tersebut.

No comments:

Post a Comment