Saturday 25 September 2010

A133579 LJ09 AHMAD SHUKERY BIN AZIZAN

          Minggu ini merupakan minggu pertama setelah kami bercuti pertengahan semester dan cuti hari raya. Rasanya belum puas untuk menikmati cuti-cuti yang diberikan. Namun, untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar, aku merelakan diri untuk kembali ke UKM demi menyambung pengajian. Kuliah pengurusan emosi pada hari ini merupakan kuliah bagi minggu ke sembilan dan hari ini kami belajar tentang Emosi dan Personaliti di mana sudah pasti ia ada kaitan dengan emosi, personaliti dan tingkahlaku. Emosi dan personaliti merupakan perkara yang penting bagi membezakan seseorang individu itu. Untuk emosi, ia terdiri dari tiga komponen utama iaitu perasaan, perubahan tubuh, dan kecenderungan tindakan. Manusia akan berbeza dari segi reaksi emosi walaupun berada pada peristiwa yang sama. Ini adalah disebabkan oleh personaliti yang dimiliki oleh setiap individu. Dan perkara inilah yang akan boleh membezakan seorang individu dengan individu yang lain. Personaliti atau keperibadian pula ialah kombinasi sifat-sifat psikologi yang kita gunakan untuk mengkelaskan dan menggambarkan seseorang dalam ciri-ciri seperti tenang, pasif, agresif dan sebagainya.
         
Myers-Briggs Type Indicator digunakan untuk mengukur keperibadian seseorang dan telah digunakan secara meluas di seluruh dunia. Seseorang individu diklasifikasikan sebagai extrovert or introvert(E or I), sensing or intuitive(S or N), thinking or feeling(T or F) dan judging or perceiving(J or P). Jadi, dengan 8 jenis sikap yang berbeza ini, seseorang itu akan mendapat 16 jenis personaliti yang berlainan sebagai contoh ESTP, ISFJ dan lain-lain lagi. Extrovert boleh digambarkan sebagai individu yang ceria, ramah, dan tegas berlainan dengan Introvert yang lebih cenderung kepada sikap pendiam dan pemalu. Individu extrovert atau juga dikenali sebagai extravert yang seringkali mendapat perhatian dalam apa saja kerja yang mereka lakukan dan dikatakan mempunyai keyakinan yang sangat tinggi sehingga ramai yang menganggap bahawa golongan extrovert ini akan lebih berjaya berbanding golongan introvert. Introvert seringkali disalah ertikan sebagai golongan yang pemalu dan tidak pandai bersosial mahupun berkomunikasi dengan orang. Golongan introvert bukanlah tidak mampu berfungsi dalam keadaan ramai orang namun golongan ini sebenarnya menitikberatkan kepentingan aspek peribadi yang perlu sentiasa dijaga oleh mereka. Sebagai contoh, aku mempunyai seorang rakan dimana ia seorang yang pendiam dan pernah aku menanyakan mengapa ia lebih kurang bercakap dan pemalu, dia menjawab bahawa dia ingin menjaga percakapannya daripada bercakap tentang perkara yang boleh menyakitkan hati orang lain dan boleh mendatangkan dosa. Namun, bukan setiap masa dia diam, ketika pembentangan tentang sesuatu projek, pembentangannya sangat menarik sehinggakan kami tidak menyangka seorang pendiam sepertinya mampu membuat pembentangan yang sangat baik. Ini menunjukkan golongan introvert tidak boleh dipandang rendah.
         
Berbeza pula dengan intuitives dan sensitives, sifat intuitive ini adalah berkaitan dengan individu itu tidak suka akan perkara-perkara remeh dan melihat sesuatu itu hanya secara global manakala personality sensitives pula ialah seorang yang sangat praktikal, memberikan sepenuh perhatian dan membuat kerja dengan teliti. Sebagai contoh, jika dia terpilih sebagai ketua kumpulan maka dia akan berusaha sedaya upaya akan membuat kerja tersebut dengan lebih teliti dan efisien. Melalui thingking dan feeling pula, thinking lebih mencirikan sifat suka menggunakan alasan dan logik sebagai sumber utama penyelesaian masalah manakala feeling pula lebih bersifat emosi dan menggunakan kata hati. Judging pula adalah seorang yang suka sesuatu yang teratur atau kemas manakala perceiving pula seorang yang fleksibel kepada semua perkara. Aku ada seorang kawan yang di mana beliau merupakan seorang yang fleksibel dalam semua perkara. Dia tidak kisah asalkan perkara tersebut tidak memberi kemudharatan kepada dirinya.
         
Selain itu, kami juga didedahkan mengenai The Big Five Model dimana ia pula melibatkan extroversion, agreeableness, conscientiousness, emotional stability dan openness to experience. Extroversion adalah seorang yang selesa jika berada dalam dikalangan kawan-kawanya. Agreeableness sering merujuk kepada individu yang tidak bersetuju dengan individu yang lain. Emotional stability atau kestabilan emosi pula merujuk kepada keupayaan seseorang untuk tahan dengan masalah dan kerumitan yang datang dengan emosinya yang stabil. Dan openness to experience pula merujuk kepada minat seseorang itu terhadap sesuatu sebagai contoh minat kepada sesuatu subjek ataupun permainan.
          Walauapa pun teori mahupun penjelasan diberikan tentang emosi dan personaliti, setiap orang sudah pastinya ada perbezaan antara satu sama lain hatta kembar sekalipun.
Namun, perbezaan-perbezaan ini bukanlah tujuannya untuk menimbulkan perbalahan, namun ia untuk manusia saling melengkapi antara satu sama lain seperti seorang lelaki dan seorang wanita. Jika setiap orang mempunyai personaliti yang sama, sudah pasti dunia ini akan menjadi hambar dan membosankan.

No comments:

Post a Comment