Friday 3 September 2010

A133579 AHMAD SHUKERY LJ07

 
            Hari ini merupakan kuliah terakhir sebelum cuti sempena hari raya. Hampir sepanjang kelas ini, aku ashik terbayangkan suasana di rumah sahaja. Namun, aku gagahkan jua untuk menghadapi kuliah pengurusan emosi pada hari ini. Hari ini kuliah di teruskan dengan tajuk emosi dan ingatan.
Sebelum kelas bermula, Pensyarah kesayangan ku, Encik Zamri telah menayangkan slide show mengenai Tsunami di Acheh. Pada ketika ini, emosi sedih aku mula datang kerana teringatkan suasana ketika pada mula-mula Tsunami melanda negara itu. Keadaan itu sangat dahsyat dan telah memberikan impak yang besar serta menginsafkan banyak pihak. Walaupun keluarga aku tidak terlibat dalam bencana tersebut, namun apabila Encik Zamri menayangkan video tersebut, ia tetap memberi kesan kepada emosi aku. Hal ini menunjukkan secara tidak langsung bahawa emosi dan ingatan mempunyai perkaitan yang sangat rapat dalam minda seseorang individu. Dan ia juga ada kaitan dengan tajuk pembelajaran ku pada hari ini.
          Dan ada satu persoalan yang akan di rungkaikan,
bagaimanakah emosi ini mempengaruhi ingatan? Keadaan mood atau emosi mempengaruhi ingatan dijelaskan dengan 2 keadaan mood iaitu mood congruence dan mood dependence. Mood congruence adalah kita mengingati memori. Contohnya, ketika kita bersedih,kita akan lebih cenderung untuk mengingati peristiwa negatif. Lalu, menyebabkan keadaan sedih makin menyedihkan. Aku tiba-tiba terfikir tentang zaman jahiliyah ku di mana perangai ku sangat teruk. Jika di fikirkan semula, aku hampir menangis kerana mengenangkan dosa-dosa silam yang sering menghantui diri aku. Sehinggakan ketika mood ketika itu sedang gembira, ia berubah jadi sedih dan malu dengan diri sendiri semasa teringatkan dosa-dosa silam. Bagi mood dependence, ia adalah ingatan tentang sesuatu memori lebih mudah jika status ingatan ada ketika memproses maklumat berserta emosi. Contohnya, ketika kita menghafal ayat Al-Quran.keadaan mood kita yang tenang dan gembira memudahkan kita menghafal. Ini kerana Al-Quran merupakan satu mukjizat yang di janjikan Allah dimana siapa yang cuba menghayatinya, akan memperoleh ketenangan yang luar biasa.
           Selain daripada itu,
hari ini juga kami didedahkan mengenai bahagian-bahagian otak yang berkaitan dengan perkara ini. Bahagian yang pertama dikenali sebagai Amygdala dimana ia bertanggungjawab dalam menentukan tahap kepentingan sesuatu emosi, manakala bahagian kedua pula dikenali sebagai cerebellum yang berfungsi sebagai coordination skill dan bahagian ketiga pula dikenali sebagai frefrontal cotex yang berfungsi menentukan emosi dan menjalankan cognitive process. Apabila belajar tentang bahagian-bahagian otak ini, aku teringatkan mata pelajaran biologi yang aku belajar semasa di tingkatan 4 dan 5 juga semasa di matrikulasi. Sangat pening untuk aku menghafal semuanya. Namun tidak aku sangka di kuliah ini aku juga akan pelajari perkara-perkara ini. Kembali pada bahagian otak ini, ketiga-ketiga bahagian tersebut terdapat pada semua manusia tidak kira seseorang itu lelaki mahupun perempuan. Namun begitu ianya berbeza antara lelaki dan perempuan, hal ini kerana lelaki dan perempuan menpunyai encode information pada bahagian yang berlainan.
         
Bagi orang tua atau orang yang sudah lanjut umur, apabila ia semakin tua, semakin lemah daya ingatan tentang memori negatif. Hal ini berlaku kerana golongan tua tidak menumpukan sangat dengan perkara negatif. Contohnya, seorang atuk yang dahulunya adalah seorang samseng apabila sudah tua, perangainya berubah menjadi lebih baik. Namun ia tidak berlaku pada semua orang. Aku pernah terjumpa seorang datuk yang dimana orang ramai mengatakan sejak dari muda sehinggalah ia tua, perangainya yang teruk masih tidak berubah. Pada pandangan ku, ia bergantung pada seseorang itu juga. Tidak semestinya perkara ini berlaku pada setiap orang yang sudah tua.
          Kesimpulan dari apa yang aku peroleh pada hari ini, ingatan
memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi emosi. Ketika emosi dalam keadaan positif,  kita akan mudah mengingati sesuatu peristiwa berbanding keadaan mood negatif. Selain itu, cara menangani emosi antara lelaki dan perempuan adalah sangat berbeza dari pelbagai aspek. Stereotaip masyarakat membentuk generasi baru aspek dalam menangani emosi mengikut jantina. Sekian, kepada En Zamri, saya ucapkan selamat menyambut hari raya dan maaf zahir batin.

No comments:

Post a Comment