Thursday 23 September 2010

A133542 OON CHIA SOON LJ09

            Tajuk kuliah pada minggu ini adalah berkaitan dengan personaliti. Kuliah pada minggu ini sangat bermakna dan menarik  kerana kuliah kali ini bukan sahaja mengajar topik yang tertentu malah kuiz yang berbeza dan ringkas turut dapat menyenorokkan kami semua. Setiap orang boleh dikatakan menpunyai emosi dan personaliti masing-masing. Sebagai contohnya, setiap anak akan menpunyai emosi dan personalitinya yang tersendiri dan tidak akan sama dengan mana-mana pihak seperti ibu bapanya dan adik-beradiknya. Objektif bagi tajuk kuliah hari itu adalah untuk memahami pendekatan pengelasan emosi mengikut jenis dan intensity serta memahami perhubungan di antara emosi, personaliti dan tingkmembawaah laku.

            Sebagai pengenalan terhadap tajuk kuliah minggu ini, terdapat tiga komponen utama emosi iaitu, berkaitan dengan perasaan subjektif yang berbeza (dalam segi perasaan ) atau pengaruhnya, perubahan dalam tubuh badan dan kebanyakannya berlaku dalam sistem saraf dan kecenderungan tindakanatau kebarangkalian berlakunya perilaku yang tertentu meningkat. Manusia berbeza dari segi reaksi emosi walaupun pada peristiwa yang sama. Perbezaan ini adalah berkaitan dengan personality individu. Oleh itu, emosi dan personality amat berguna dari segi membezakan individu. Emosi dan personality berperanan penting dalam menentukan reaksi terhadap affek.

            Personaliti boleh dikatakan sebagai kombinasi sifat-sifat psikologi yang kita gunakan untuk mengkelaskan dan menggambarkan seseorang dalam hal ciri-ciri seperti tenang, pasif, keras, agresif dan sebagainya. Myers-briggs Type Indicator (MBTI) juga diperkanalkan kepada kami semasa kuliah . Kuiz ini merangkumi 16 jenis pembahagian personality. Seseorang akan dikategorikan mengikut cirri-ciri diri sendirinya. Dalam pilihan, terdapat Extrovert,E yang membawa maksud orrang yang suka kerja di luar, suka bersosial, tegas dan berkeyakinan diri. Introvert,I pula membawa maksud orang yang malu, diam dan lebih suka ditinggalkan seorang dan kadangkala berfikir sebelum bertindak dan boleh dikatakan sebalik tingkah laku Extrovert.

            Kategori kedua pula adalah melalui pemikiran seseorang. Orang yang Sensing, S biasanya praktikal dan lebih suka fokus akan hal-hal yang kecil. Orang yang Intuitive, N akan lebih bergantung pda proses bawah kesedaran dan tidak begitu mementingkan hal-hal kecil seperti orang yang sensing. Kategori yang ketiga pula dikaitkan dalam bentuk fikir, T dan rasa, F. Apabila seseorang menghadapi masalah, bentuk penyelesaiannya adalah berasaskan berfikir ataupun merasa. Bentuk fikir sentiasa menggunakan logiknya dan mencari punca bagi menyelesaikan masalahnya. Maka, bagi orang yang berbentuk rasa akan menyelesaikan masalahnya berasaskan emosi dan penilaiannya diri sendiri. Bagi kategori keempat pula iaitu kategori yang terakhir adalah melalui cara seseorang itu hidup. Terdapat dua jenis orang iaitu judging, J dan perceiving, P. Orang yang berjenis judging sentiasa suka mengawal dan suka akan dunia yang teraur dan terancang. Orang yang berjenis Perceiving pula lebih akan bertindak secara flexible dan spontaneous. Apabila diarahkan melakukan sesuatu tugasan, orang yang bersifat judging akan bertindak berasaskan arahan yang diberi dan dia akan cuba untuk mengikut sepenuhnya arahan tersebut jika arahan tersebut cukup jelas. Maka, bagi orang yang bersifat perceiving tidak akan bertindak mengikut arahan malah akan cuba untuk bertindak mengikut mindanya. Di samping itu, kami juga diajar tenteng Teori "Big 5" yang meliputi extroversion, agreeableness, conscientiousness, neroticism atau kestabilan emosi serta keterbukaan terhadap pengalaman.

            Melalui kuiz ini, saya lebih mengenal diri saya dan apabila menjalankan kuiz ini, saya sentiasa berfikir apakah sifat yang sebenarnya terbenam dalam diri saya kerana sebenarnya , kebanyakan kedua-dua sifat akan wujud dalam kehidupan saya. Walaubagaimanapun, saya masih berharap agar semua rakan saya dapat lebih memahami diri sendiri.

No comments:

Post a Comment