Thursday 2 September 2010

A133542 OON CHIA SOON LJ07

                Perasaan pada minggu ini semasa menghadiri kursus ini adalah sangat gembira kerana minggu depan adalah Hari Raya dan semua orang akan menyambut bersama-sama, dan disebabkan Hari Raya ini juga saya dapat berpeluang untuk balik kampung. Sebelum saya menghadiri kuliah hari itu, saya pergi ke perpustakaan untuk mengulangkaji kerana ujian sudah hampir sampai dan perasaan pada ketika itu adalah sedikit tertekan kerana ujian tersebut merupakan ujian yang pertama saya duduki di universiti dan juga dimaklumkan bahawa ujian pertama ini harus mendapat keputusan yang amat baik supaya ujian seterusnya amat susah dan jika mendapat keputusan yang baik pada ujian yang pertama, maka pointer seterusnya dapat dijaga.

                Tajuk kuliah pada minggu ini ialah Emosi Dan Ingatan. Seperti yang diketahui, tajuk ini mengenai bagaimanakah emosi dapat mempengaruhi peringatan kami dalam kehidupan kami dan tajuk ini dibahagikan kepada dua iaitu emotional content dan emotional state. Bagi kesan terhadap emotional content. Seperti yang diketahui umum, perkara yang beremosi lebih senang bagi kita untuk mengingatkannya dan perkara yang bosan dan tidak beremosi sentiasa kita lupa. Berdasarkan kajian yang terbaru, kita dapat mengingatkan perkara tersebut bukannya disebabkan kandungan beritanya tetapi disebabkan emosi yang disebabkan oleh perkara tersebut. Selain itu, perkara yang membawa emosi baik dilupakan secara lebih lambat jika berbanding dengan perkara yang membawa emosi buruk. Orang yang lebih tua akan lebih mengingatkan perkara yang menbawa emosi yang baik.

                Di samping itu, sekiranya ditinjau secara terperinci akan kita dapati kesan mood dapat dibahagikan kepada dua iaitu mood congruence dan mood dependence. Mood congruence dikatakan seperti kita akan lebih mengingatkan perkara yang membawa emosi yang sama dengan emosi ketika itu. Sebagai contohnya, kita akan lebih mengingatkan peristiwa yang gembira apabila peristiwa itu berlaku semasa kita berasa gembira. Mood dependence pula mengatakan fakta di mana process peringatan adalah lebih senang apabila peristiwa tersebut membawa mood kita semasa mengalami perkara itu atau belajar tentang perkara tersebut. Sebagai contoh yang nyata, kita sentiasa akan tertarik dengan gambar yang berwarna-warni jika pengajar menggunakannya sebagai salah satu bahan ajar dan hal ini akan menyebabkan kita lebih senang untuk mengingatkannya. Selepas itu, apabila kita menbaca nota yang berkaitan tajuk yang diajar dengan gambar yang berwarna-warni dulu, kita akan mengaitkan fakta-fakta yang disampaikan oleh pengajar tersebut.

                Otak sentiasa memainkan peranan yang amat penting sekali dalam memori emosi. The bahagian otak yang mengambil tanggungjawab ini ialah amygdale. Amyygdala merupakan bahagian yang sangat penting untuk mengambil timbangan terhadap peristiwa uang bermakna dalam segi emosi. Melalui talian antara bahagian otak dan pengalaman sensori, kesan emosi dalam persepsi juga diakibatkan akan mengingatkan kita apabila kita melupakan peristiwa tersebut. Selain itu, cerebellum juga merupakan bahagian yang penting untuk mencatatkan memori yang lebih bersifat ketakutan dan secara jangka panjang. Bahagian prefrontal cortex juga terlibat dalam kombinasi mood state dan kerja kognitif dan bukan salah satu daripada kedua-dua itu. Umur dan jantina juga menbezakan prosess memori emosi.

                Secara kesimpulannya, amygdala merupakan kunci bagi prosess memori emosi. Kita dapat menlihat bahawa sesuatu peristima pasti akan meninggalkan kesan.

No comments:

Post a Comment