Friday 3 September 2010

A133541 Muhammad Hafiz LJ07

                Pada minggu ini, kami telah mempelajari tajuk baru iaitu Emosi, Ingatan dan Pembelajaran. Emosi dapat memberikan impak atau kesan yang mendalam terhadap ingatan seseorang. Jadi emosi memberi kesan yg mendalam sekiranya peristiwa tersebut beremosi berbanding peristiwa neutral. Dengan ini terdapat persoalan mengenai emosi, iaitu adakah emosi membantu kita untuk mengingati sesuatu?

Komponen emosi dan ingatan adalah keadaan emosi ( mood ). Keadaan emosi ini terdapat dua kesan iaitu kesepadanan perasaan ( mood congruence ) dan kebergantungan perasaan ( mood independence ). Kesepadanan perasaan ini terjadi bila kita mengingat kejadian yang sepadan dengan perasaan kita. Sebagai contoh, ketika kita sedang dirundung kesedihan atau masalah. Kita akan lebih cenderung untuk mengingati peristiwa negatif. Jadi kita akan menjadi lebih sedih. Bagi mood independence pula, ingatan tentang sesuatu memori lebih mudah jika status ingatan ada ketika memproses maklumat berserta emosi.

Terdapat 3 bahagian otak yang berkait rapat dengan emosi-ingatan. Bahagian-bahagian tersebut adalah amygdala, cerebellum dan prefrontal cortex. Setiap bahagian memainkan peranan yang tertentu.  Bahagian amygdala menilai dan mengira emosi terhadap sesuatu peristiwa. Bahagian ini mampu untuk menyedarkan kita terhadap emosi yang timbul mengenai sesuatu peristiwa. Tetapi bahagian ini lebih kepada emosi negatif. Seterusnya bahagian cerebellum, bahagian ini menyerupai motor yang merangsang emosi  lebih kuat dan menjana memori takut dalam jangka masa yang panjang. Untuk bahagian prefrontal cortex, lebih kepada mood dan kognitif. Secara ringkasnya emosi positif mampu membantu memori untuk menyimpan dan mengingat.

                Selain itu juga, terdapat perbezaan di antara jantina, perempuan dan lelaki mengenai emosi-ingatan ini. Merujuk kepada tabiat, perwatakan, dan perangai, antara lelaki dan perempuan itu berbeza-beza. Oleh itu, emosi-ingatan ini juga berbeza antara lelaki dan perempuan. Dari segi kemahiran mengingat, perempuan lebih baik daripada lelaki. Tetapi perempuan juga mudah lupa. Seterusnya, orang lelaki menyimpan memori mereka di sebelah kiri otak mereka, manakala orang perempuang pula disebelah kiri. Terdapat 3 kitaran memori, encoding, consolidation , dan retrieval.

                Emosi sebenarnya memberikan kesan terhadap ingatan. Bergantung kepada cara kita mengawal emosi kita. Sebagai contoh, sekiranya emosi  terhasil ketika berlaku nya sesuatu peristiwa maka, kita akan lebih mudah atau lebih mengingati akan persitiwa tersebut.  Sebaliknya, kita lebih sukar mengingati peristiwa yang tidak ada sebarang atau sedikit unsur emosi di situ. Tidak lupa juga tahap emosi yang berlainan mampu merosakkan atau membantu memori dan ingatan kita.

                Kesimpulannya, emosi memainkan peranan yang penting dalam proses mengingat. Emosi dapat dijadikan sebagai pemangkin atau pun sebagai titik loncatan untuk mengingati sesuatu. Selain itu juga, penggunaan emosi juga dapat digunakan untuk melupakan sesuatu yang kita tidak mahu atau pun peristiwa hitam dalam hidup kita. Oleh itu, penggunaan emosi yang baik dapat membantu kita dalam kehidupan seharian kita.

No comments:

Post a Comment