Thursday 2 September 2010

A133501 Jannah LJ07

Kelas pengurusan emosi pada minggu ini agak menyeronokkan kerana ia berkaitan emosi dan ingatan. Sebenarnya, kedua perkara ini berkaitan dan wujud di dalam diri kita secara sedar mahupun tidak sedar. Pada minggu ini, sekali lagi, saya lewat ke kelas kerana ada hal yang perlu diuruskan terlebih dahulu di bilik. Saya telah datang 15 minit lewat mengikut jam saya tetapi kemungkina jam saya cepat. Walaubagaimanapun, kelas masih belum bermula semasa saya sampai ke kelas. Saya berasa lega kerana sempat masuk ke kelas sebelum bermula. Saya agak penat dan letih ketika itu kerana mengejar kelas dan tambahan lagi saya berpuasa pada bulan Ramadhan tetapi itu tidak mematahkan semangat saya untuk belajar kerana bukan saya sahaja berpuasa, malah seluruh umat Islam turut berpuasa.

                Tajuk 7 ialah mengenai emosi dan ingatan. Adakah emosi membantu untuk kita mengingat? Ada yang mengatakan "ya" dan ada juga mengatakan "tidak". Sebenarnya, soalan ini bukan senang untuk dijawab, tidak mengejutkan bila kita mempertimbangkan kerumitan emosi tersebut. Terdapat dua elemen di dalam soalan tadi dimana elemen yang pertama mengenai kandungan emosi bermaklumat yang ingin diingati dan kedua adalah mengenai kesan aras emosi dalam pembelajaran dan mengingat.

                Emosi dan ingatan terbahagi kepada dua aspek iaitu kandungan emosi dan paras emosi atau erti kata lain ialah 'mood'. Kita mula dahulu dengan kandungan emosi. Kesan kandungan emosi ialah kita akan mengingat peristiwa yang senang diingati berbanding keadaan yang bosan. Penyelidikan terbaru mengatakan peristiwa yang berkaitan dengan diri kita adalah lebih mudah diingati seperti hari jadi kita dan hari perkahwinan. Kebiasaannya, wanita lebih mengingati sesuatu lebih terperinci di dalam sesuatu peristiwa tersebut yang berkaitan dengan dirinya. Emosi yang menyenangkan akan pudar secara perlahan berbanding emosi yang kurang senang. Tambahan lagi, orang dewasa lebih senang mengawal emosi berbanding orang muda dan mengekod kurang maklumat yang negatif. Memori yang positif mengandungi maklumat yang lebih terperinci berbanding memori negatif atau semulajadi.

                 Aspek emosi yang lain ialah 'mood' dimana merupakan aras emosi kita pada ketika mengekod atau membetulkan. 'Mood' dapat dipantulkan dalam dua aspek iaitu suasana kongruens dan suasana pengharapan. Di dalam suasana kongruens, kita mengingati sesuatu peristiwa yang bersesuaian dengan suasana yang terkini. Contohnya apabila kita di dalam kesedihan, segala peristiwa dan nostalgia sedih menemani kita ketika itu. Suasana pengharapan pula mengingati adalah lebih senang apabila suasana dapatan berpadanan dengan suasana ketika mengekod. Contohnya seperti apabila kita melihat video yang menyayat hati seperti tsunami dan secara tiba-tiba kita turut merasa sedih. Walaubagaimanapun, kita tidak boleh mengatakan paras emosi mempengaruhi memori. Emosi semulajadi yang kita rasai turut penting. Kita tidak boleh mengatakan seperti contoh kebimbangan merosakkan memori dan kebahagiaan yang bertambah baik.

                Bahagian otak yang telibat di dalamemosi dan ingatan ialah amygdala dimana bahagian ini merupakan paling terkuat didalam memori emosi. Bahagian ini kebiasaanya sering dikaitkan dengan pengalaman yang negatif. Cerebellum merupakan bahagian terkuat yang dikaitkan dengan kemahiran koordinasi motor, turut telibat dalam emosi yang kuat dan juga emosi takut yang berpanjangan. Prefrontal cortex pula bahagian di mana gabungan paras emosi dan tugas pemikiran.

                Emosi dan ingatan turut penting di dalam perbezaan umur dan jantina. Terdapat perbezaan di antara lelaki dan wanita dalam memproses memori emosi. Wanita lebih mudah mengingati memori emosi. Wanita juga kelihatan taksiran di dalam pengalaman emosi dan mengekod memori adalah lebih bersepadu. Apabila umur semakin meningkat, memori yang tidak menyenangkan akan lebih mudah dilupai berbanding memori yang menyenangkan. Amygdala aktif sama rata di dalam imej positif mahu pun negatif ketika kita dewasa bebrbanding dengan orang muda dimana lebih kepada imej yang negatif.

No comments:

Post a Comment