Thursday 23 September 2010

A133361 CHIN HUI JING LJ09



 

                Pada hari ini, saya mempelajari tentang emosi dan  personaliti. Kuliah pada hari ini  adalah yang paling saya  minati kerana terdapat ujian psikologi di mana saya dapat lebih memahami personaliti diri saya. Personaliti ialah penggabungan sifat-sifat manusia untuk menggambarkan seseorang. Misalnya, saya melabelkan seorang yang kurang bercakap sebagai seorang yang pendiam. Saya menggambarkan emak saya sebagai seorang yang penyayang dan inilah personalitinya. Personaliti yang lain termasuklah penakut, pemarah, berprinsip dan sebagainya.

            Terdapat satu cara yang membolehkan seseorang untuk mengenal pasti personalitinya, iaitu Myers Briggs Types Indicator. Dalam cara ini, manusia dibahagikan kepada empat kelas utama, yang diwakili iaitu E (Ekstroven) atau I (Introvent), S (Sensing) atau N (Intuitif) ,T (Thinking) atau F (Feeling) ,dan J (Judging) atau P (Perceiving). Extrovert ialah sifat seseorang yang suka menonjolkan diri, pandai bersosial dan suka keluar untuk berkenalan dengan orang berlaianan. Introvert ialah sifat seseorang yang malu dan pendiam. Biasanya orang bersifat  introvert akan berasa  tidak selesa apabila berdepan dengan orang-orang yang tidak dikenali. Misalnya, dalam satu majlis makan malam, orang yang bersifat extrovert akan berkenalan dengan orang lain yang tidak dikenali dari satu meja ke satu meja. Orang yang bersifat sebegini adalah yang paling sibuk dalam majlis itu manakala orang yang bersifat introvert hanya bersendiri untuk minum atau makan sahaja.

            Orang yang bersifat sensitive ialah orang yang berpraktikal dan suka menganalisis benda – benda secara terperinci. Biasanya, wanita yang bersifat sensitive kerana suka melihat sesuatu secara terperinci seperti warna pakaian pensyarah, mengingati hari ke- 100 dia berpacaran dengan temannya, hari mana suaminya memakai tali leher berwarna apa dan sebagainya.  Orang yang bersifat intuitive  tidak akan melihat sesuatu secara terperinci tetapi secara 'global' atau menyeluruh. Biasanya, lelaki adalah bersifat intuitive kerana suka melihat sesuatu perkara seperti meninjau dari helicopter. Misalnya, apabila bercadang untuk melancong di sesuatu tempat, lelaki hanya akan mengenal pasti di mana tempat itu terletak manakala wanita pula akan menyediakan sebanyak-banyak barang keperluan sebelum bertolak sedangkan lelaki hanya membawa satu helai pakaian dan tuala sahaja.

            Orang yang bersifat Thinking suka mengendalikan sesuatu berasaskan faktor logik. Biasanya orang bersifat Thinking tidak akan mencampur–adukkan emosi persendiriannya ke dalam kerjanya. Dia akan melihat fakta di depan mata sahaja.Majikan bersifat Thinking lebih mengambil berat efisiensi atau produktiviti pekerjanya.  Orang yang bersifat Feeling pula menguruskan sesuatu perkara berasaskan emosi dan nilainya sendiri. Majikan  bersifat ini akan lebih mengambil berat terhadap kebajikan pekerjanya.

            Orang bersifat Judging suka kehidupannya teratur dan bersistematik. Misalnya, dia akan membuat nota kuliah dengan kemas. Nota setiap kuliah disusun dengan kemas mengikut masa. Setiap aktiviti yang hendak dijalankan diatur dalam jadual seharian dan pasti akan menghabiskan semua tugasan yang ditetapkan untuk hari tersebut. Projek dan assignment pasti disiapkan sebelum hari akhir. Misalnya, sebelum kakak saya ingin nelawat ke sesuatu tempat yang baru, dia akan mengumpul sebanyak maklumat mengenai tempat tersebut seperti jalan- jalan yang bakal dilalui, tempat dan nombor telefon penginapan yang berdekatan dan tempat persinggahan.  Orang yang bersifat perceiving pula lebih bebas dan tidak suka mengikut jadual untuk melakukan kerja. Mereka bersifat fleksible dan biasa menghabiskan tugasan sebelum hari terakhir.

            Terdapat Teori Big Five yang mengandungi ekstroversi, kesetujuan, conscientiousness, stabiliti emosi  dan keterbukaan terhadap pengalaman. Ekstroversi ialah tahap kesenangan seseorang semasa berdepan dengan orang ramai, kesetujuan pula ialah tahap toleransi terhadap orang lain, conscientiousness menunjukkan tahap kebergantungan terhadapnya, stabiliti emosi pula menguji kebolehan mengatasi stress dan keterbukaan terhadap pengalaman pula melihat bagaimanakah seseorang berfikir tentang sesuatu perkara, misalnya bagi sesetengah orang tsunami itu memedihkan tetapi sesetengah orang berfikir inilah lumrah hidup.

No comments:

Post a Comment