Thursday 16 September 2010

A133361 CHIN HUI JING LJ08

Pada hari ini,saya dapat belajar hubung kait antara motivasi dengan emosi melalui audio yang dirakam dalam blog. Saya berasa amat gembira kerana dapat belajar di rumah saya yang selesa sambil mendengar lagu kesukaan saya.

          Daripada bab ini, saya belajar bahawa emosi ditakrif melalui tonnya iaitu sama ada emosi itu positif atau negatif. Tiada emosi yang neutral. Kebanyakan emosi yang kita ketahui adalah berunsur negatif. Motivasi pula ialah kajian tingkah laku yang mendorong kita melakukan sesustu. Seperti yang saya telah pelajari pada kuliah pertama, emosi terdiri daripada empat komponen, iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan yang akhir sekali,tingkah laku berkaitan. Perasaan itu sebenarnya salah satu komponen dalam emosi. Oleh itu, emosi itu lebih luas maknanya daripada perasaan. Motivasi juga berkait rapat dengan emosi. Hal ini kerana motivasi itu mempunyai hubungkait dengan komponen emosi,iaitu tingkah laku berkaitan. Emosi memberikan penekanan yang lebih kepada cetusan keadaan manakala motivasi menekankan tindakan. Emosi memacu kita membuat sesuatu ke arah yang yang positif seperti belajar dengan bersungguh- sungguh ataupun ke arah yang negatif seperti melepaskan emosi geram ke atas orang lain. Contohnya,emosi cinta akan ilmu pengetahuan mendorong kita belajar bersungguh- sungguh, menumpukan perhatian dalam kuliah, membentuk kumpulan belajar dan meminta tunjuk ajar daripada pensyarah selepas kuliah. Emosi bersimpati terhadap orang tua mendorong saya memberikan tempat duduk kepada mereka semasa menaiki bas awam atau KTM. Emosi suka pada seseorang mendorong orang tersebut membeli buah tangan apabila melawat ke sebuah tempat pelancongan. Emosi malu pula menyebabkan orang tersebut tidak berani untuk memberikan hadiah tersebut kepada orang yang disukai. Akibatnya, hadiah – hadiah yang ingin diberikan semakin banyak dan lama-kelamaan menjadi sampah. Inilah kisah sebenar sepupu saya. Emosi suka pada seseorang mendorong orang itu mengutamakan penampilannya untuk menarik perhatian orang kesukaannya. Misalnya, wanita akan mula bersolek cantik- cantik atau membubuhkan minyak wangi untuk menarik perhatian lelaki yang disukai. Lelaki pula akan memakai pakaian yang bergaya dan memakai cermi mata gelap yang moden walaupan matahari tidak terik. Dalam kata lain,emosi ialah motivasi kepada tingkah laku kita. Seseorang penjenayah mempunyai motif membunuh bukan semata- mata demi wang tetepi mungkin juga disebabkan emosi benci dalam hubungan persaudaraan atau majikan. Namun, emosi bukan menjadi pendorong dalam semua keadaan. Contohnya, kita makan bukan berasaskan emosi tetapi disebabkan keadaan fisiologi seperti lapar.

          Motivasi memacu saya melakukan sesuatu dengan bersemangat dan bertenaga. Contohnya,apabila saya belajar di Tahun 4 di sekolah rendah, saya malas belajar dan selalu menonton program kartun di televisyen. Walaupun ditegur oleh ibu banyak kali, saya juga tidak berinisiatif untuk membaca. Pada suatu hari, saya diejek oleh jiran saya yang belajar di kelas yang cemerlang kerana keputusan yang teruk. Bermula dari saat itu, saya terangsang untuk belajar bersungguh- sungguh dan tidak lagi membuang masa menonton televisyen. Hasilnya, keputusan saya semakin maju dan saya memang berterima kasih terhadap orang yang memotivasikan saya ke arah positif. Tingkah laku yang didorong oleh emosi dibentuk peraturan yang tersemai dalam budaya kita. Misalnya, orang barat suka mengekspresikan emosi mereka secara terbuka manakala orang timur kurang menunjukkan ekspresi secara terus kepada orang lain kerana mengambil kira faktor keramaian, generasi tua dan orang penting di sekelilingnya.

          Motivasi ialah aspek dalam proses pemilihan di mana seseorang akan memilih tindakan yang dilakukan melalui Cannon yang membawa teori 'flight and fight'. Misalnya, kita akan melarikan diri apabila bertembung dengan perompak yang ganas manakala jika perompak yang lemah atau kurus- kering, kita mungkin bertarung dengannya. Dalam pyramid Maslow, makanan,perlindungan dan rehat terletak pada aras yang paling bawah. Saya tiada 'mood' untuk menghadiri kuliah jika saya tidak makan atau mandi jika kolej mengalami catuan air. Selepas komponen di paras yang bawah dicapai, kita akan naik ke paras yang atas. Paras di atas  pula mengandungi komponen keselamatan. Saya akan mempertimbangkan faktor ini sebelum mengambil bahagian dalam aktiviti di luar UKM seperti berkhemah atau melancong di tempat pergunungan. Paras yang atas lagi ialah berunsurkan pemilikan, interaksi social , cinta dan keintiman. Paras yang paling atas ialah sifat dan hasrat diri. End#


No comments:

Post a Comment