Thursday 2 September 2010

A133361 CHIN HUI JING LJ07


Pada hari ini,saya dapat belajar hubung kait antara emosi dengan ingatan. Elemen yang berkaitan dengan hubung kait antara emosi dengan ingatan ialah kandungan emosi yang terdapat dalam sesuatu perkara dan keadaan atau intensiti emosi terhadap pembelajaran atau ingatan. Misalnya,kita akan lebih mengingati perkara yang memberikan rangsangan berbanding dengan perkara yang membosankan. Contohnya,seseorang akan mengingati detik-detik bersama dengan temannya yang tercinta seperti menonton wayang dan makan malam yang romantik. Berbanding dengan menonton wayang dan makan dengan kawannya, ingatan detik manis bersama dengan teman wanitanya lebih jelas dan tidak senang dilupakan. Kajian terbaru menunjukkan bahawa ingatan terhadap sesuatu perkara tidak bergantung pada kepentingan perkara itu tetapi ketinggian nilai atau intensiti emosi terhadap perkara itu. Contohnya, seseorang akan berasa amat cemas apabila mendapati cincin perkahwinannya hilang berbanding dengan tsunami yang berlaku di negaranya. Hal ini kerana cincin itu mempunyai nilai yang tidak terhingga dalam hidupnya manakala tsunami itu walaupun isu penting dalam negara, mangsa-mangsa malapetaka ini tidak berkaitan dengan hidupnya. Inilah sebabnya dia tidak berasa begitu cemas mendengar berita tsunami.

            Biasanya, emosi positif atau  menyenangkan lebih berkekalan dalam  ingatan berbanding dengan emosi negatif. Berbanding dengan orang muda, orang dewasa lebih pandai menguruskan emosi mereka dan kurang mengingati emosi perkara negatif. Hal ini mendorong ingatan emosi positif menjadi lebih jelas dan terperinci berbanding dengan emosi negatif atau neutral. Di samping itu, mood juga menjadi salah satu aspek penting dalam emosi. Misalnya,kita akan teringat perkara-perkara yang berkaitan dengan mood pada ketika itu. Misalnya, apabila saya mendengar kisah mengenai ibu bapa yang kesian atau keluarga yang kurang bernasib baik, saya akan beremosi sedih. Apabila sedih, saya akan teringat kisah-kisah sendiri atau ibu bapa yang sedih. Apabila saya berasa gembira semasa keluar bersama-sama dengan kawan untuk membeli-belah, saya akan teringat detik-detik gembira semasa membeli-belah bersama-sama dengan keluarga saya di pasar raya kampong saya. Pada ketika itu, saya hampir-hampir menangis kerana terlalu merindui ahli keluarga saya memandangkan saya tidak pernah pulang kerana terlalu jauh. Begitu juga dengan seorang pelakon yang ingin melakonkan babak menangis. Dia akan dimainkan muzik yang berunsur sedih atau sentimental. Dia akan mempunyai emosi sedih dan akan teringat kisah-kisah sedih. Dengan ini, dia dapat menitiskan air mata dan menyempurnakan rakaman filem. Kesimpulannya,semakin tinggi nilai atau intensiti sesuatu emosi, semakin jelas kesannya terhadap ingatan sesuatu perkara.

            Selain itu, saya juga dapat belajar bahagian otak yang berlainan mempunyai fungsi yang berbeza dalam ingatan. Amygdale ialah bahagian otak yang paling berperanan dalam ingatan emosi. Amydgala terlibat dalam pengiraan ketinggian nilai emosi. Biasanya, Amydgala lebih kepada mengira intensity emosi negatif. Jika perkara yang dialami memberikan kesan emosi yang mendalam, Amydgala akan mengira intensiti yang tinggi. Contohnya, apabila saya dapat tahu saya berjaya memasuki universiti, saya berasa sangat gembira. Intensiti emosi yang gembira akan dikira oleh Amydgala. Ataupun emosi sedih apabila seseorang mendapat tahu suaminya yang dianggap setia berlaku curang terhadapnya. Intensiti emosi turut akan dikira oleh Amydgala. Bahagian yang seterusnya ialah cerebellum yang berperanan penting dalam mengawal pergerakan dan mengingati emosi yang tinggi intensitinya dan mungkin untuk jangka masa panjang. Oleh itu, kita akan teringat sesuatu perkara di mana emosi yang dialami berpadanan dengan emosi yang terdapat dalam cerebellum. Prefrontal cortex ialah gabungan kedua-dua elemen iaitu mood dan tugasan kognitif.

            Ingatan emosi adalah berbeza dalam wanita dan lelaki. Wanita lebih senang dipengaruhi oleh emosi berbanding dengan lelaki. Misalnya, wanita akan mengingati segala-gala perkara kecil dari detik berpacaran dengan temannya sehingga detik kelahiran anak. Misalnya, muzik yang dimainkan semasa jamuan majlis perkahwinan,corak barangan kemas yang dipakai dan sebagainya diingati sehingga tua. Namun,lelaki hanya ingat perkara yang umum sahaja dan mungkin tarikh perkahwinannya pun tidak diingati.

No comments:

Post a Comment