Wednesday 15 September 2010

A133247 Tan Kah Yee LJ08

Kuliah minggu ini merupakan kuliah yang special kerana kuliah dijalankan dengan penyiaran rakaman bersama slide di rumah saya. Tajuk bagi kuliah ini ialah Emosi dan Motivasi. Objektif bagi kuliah ini adalah membolehkan kami memahami apa itu motivasi dan apanya perhubungan di antara emosi dan motivasi.

Definisi bagi emosi ialah perasaan jiwa yang kuat, biasanya positif dan negatif, tiada yang neutral. Manakala motivasi ialah sesuatu kajian berkaitan dengan perilaku yang memandu kita ke sesuatu arah. Emosi mempunyai empat komponen, iaitu perasaan (a feeling state), proses kognitif (cognitive process), perubahan fisiologi( physiological changes), dan tingkahlaku berkaitan( associated behavior). Kempat-empat komponen itu telah dibincang pada kuliah yang lalu. Pendek kata, emosi lebih luas maknanya daripada perasaan.

 

Menurut kata Baron dan Mogan, emosi tidak boleh dipisahkan dari motivasi. Lang et al juga kata, emosi merupakan motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional. Contohnya, cinta akan mendorong seseorang untuk melibatkan diri dalam beberapa tingkahlaku tertentu seperti menelefon, memberi hadiah dan mendirikan rumah tangga. Walaubagaimana pun, emosi bukan mestinya adalah pendorong dalam semua keadaan dan bukan semua pendorong berasaskan emosi. Misalnya, kita belajar untuk mendapat ilmu atau kita makan kerana lapar. Selain itu, emosi berperanan sebagai respon adaptif badan kita terhadap sekeliling dan membantu menyampaikan maksud atau tujuan kita kepada orang lain. Manakala motivasi adalah bahagian atau ciri tertentu pada sesuatu yang sedang dipertimbangkan dalam sesuatu proses. Oleh itu, motivasi ialah apa yang membuat seseorang melakukan satu hal lebih daripada yang lain.

 

Terdapat beberapa konsep dan teori bagi motivasi. Yang pertama, drive. Drive merupakan satu keadaan dalaman atau dorongan yang mengaktifkan sesuatu perilaku bagi mengurangkan keperluan dan memulihkan sistem homeostasis. Sistem homeostasis merupakan satu sistem keseimbangan dalam badan kita. Drive boleh menyebabkan kesalahan dalam sistem homeostasis, jadi akan mendorong sesuatu perilaku untuk membetulkan ketidakseimbangan itu. Bagaimanapun, homeostasis tidak boleh menyelesaikan semua drive. Yang kedua ialah insentif. Insentif adalah faktor ( kewangan atau bukan kewangan ) yang menyediakan motif untuk tindakan tertentu, atau dianggap sebagai alasan untuk memilih satu pilihan dengan alternatif. Yang ketiga ialah naluri (instinct). Naluri merupakan kecenderungan semula jadi untuk berperilaku dengan cara tertentu tanpa taakulan atau latihan. Contohnya, pertempuran haiwan, kelakuan haiwan pacaran, fungsi melarikan diri dan membina sarang.

 

Arousal teori juga diperkenalkan. Arousal merupakan keadaan fisiologikal dan psikologikal yang membangunkan seseorang dari tidur. Manusia dimotivasikan untuk mempertahankan arousal pada tahap yang optimum supaya tidak terlalu tinggi atau rendah. Perasaan ingin tahu mendorong kita untuk memahami keadaan sekeliling kita.

 

Selain itu, terdapat juga Humanistic teori. Teori ini merupakan cadangan Abraham Maslow. Teori ini mengatakan bahawa motivasi dibahagikan kepada beberapa peringkat dari keperluan asas, keperluan psikologi dan keperluan peribadi. Abraham mengatakan bahawa kita perlu memenuhi syarat-syarat di bahagian bawah piramid sebelum kita melanjut ke peringkat yang lebih tinggi dalam melakukan sesuatu. Contohnya, kita memerlukan air, makanan dan tempat tinggal untuk hidup. Apabila kita telah siap sedia dengan syarat-syarat itu, kita boleh mencari keperluan lain untuk mencapai sesuatu keazaman kita.

 

Hubungan antara emosi dan motivasi adalah unik. Emosi menegaskan arousal manakala motivasi menegaskan tindak. Walaubagaimana pun, emosi dan motivasi adalah saling berhubung kait antara satu sama lain.

 

No comments:

Post a Comment