Wednesday 15 September 2010

A132516 ctzara LJ08

Assalamu'alaikum dan salam aidilfitri saya ucapkan kepada pensyarah pengurusan emosi, Ahmad Zamri Bin Mansor. Kuliah yang ke-8 pada kali adalah kuliah secara maya dalam minggu hari raya aidilfitri. Sebelum saya membincangkan tajuk kuliah kali ini, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada Encik Zamri jika selama ini saya selalu lambat menghantar jurnal. Saya berharap agar Encik Zamri dapat beraya dengan keluarga dengan gembira dan harmoni.
    Tajuk kuliah ke-8 ini ialah emosi dan ingatan. Kuliah kali ini membincangkan emosi yang boleh mendorong kepada motivasi. Sepertimana yang saya ketahui bahawa emosi terbahagi kepada empat komponen iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi, dan tingkahlaku yang berkaitan. Oleh itu, emosi lebih luas maknanya dari perasaan. Emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional. Antara contoh emosi sebagai motivasi adalah motif pembunuhan untuk mendapat duit dan juga disebabkan kebencian (emosi).
    Walaubagaimanapun, tidak semua keadaan emosi yang menjadi pendorong (motivator) dan tidak semua pendorong berasaskan kepada emosi seperti belajar kuat dan makan. Sepertimana yang pernah saya pelajari melalui Teori James-Lange dimana ada rangsangan akan menyebabkan perubahan tingkahlaku dan pengalaman emosi subjektif muncul. Manakala menurut Teori Cannon's, dimana ada rangsangan akan menyebabkan pengalaman yang datang secara tiba-tiba iaitu emosi sedar dan perubahan tingkalaku berlaku dalam satu masa yang sama.
    Motivasi ialah pemilihan suatu aspek dalam satu proses. Oleh itu, motivasi ialah suatu keadaan yang membuatkan seseorang membuat sesuatu yang diluar jangkaan. Teori dan konsep motivai ialah naluri, ghairah, teori humanistik, dan motivasi bawah sedar. Hubungan antara emosio dan motivasi ialah emosi menekankan ghairah dan motivasi menekankan tindakan.
    Kesimpulannya, emosi boleh menjadi pendorong kepada seseorang untuk melakukan sesuatu yang diluar jangkaan. Sesuatu perkara yang dilakukan dan disertai dengan emosi akan menjadikan perkara tersebut lebih cemerlang dan sempurna. Oleh itu, emosi amat penting untuk menjadi pendorong(motivator) kepada seseorang.

No comments:

Post a Comment