Thursday 30 September 2010

A132484 Amirah LJ10

                2006...... Tahun yang hitam dan sangat kritikal buat Ayu(bukan nama sebenar), teman sepermainanku yang sentiasa berkongsi suka dan duka denganku dari kecil sehingga dewasa... Hubungan kami boleh dikatakan seperti adik beradik kerana kami berdua tersangat rapat,pergi ka mana-mana pun berdua.....Namun pada tahun 2006,aku jarang bertemu dengannya kerana dia mempunyai banyak masalah keluarga terutamanya berkaitan dengan bapanya..Aku berjiran dengannya sudah lebih 2 dekad dan aku kenal sangat keluarganya,bapanya seorang yang baik,sentiasa ke masjid untuk menunaikan solat fardhu dan sentiasa menziarahi jiran tetangga...Tapi pada tahun keramat itu,bapanya jarang kelihatan dan mengikut pemerhatianku,aku dapat rasa Ayu mengalami masalah keluarga yang berat...Hari demi hari keadaan makin suram dan aku cuba bertanyakan sendiri dengan Ayu apa masalahnya dan tepat sekali jangkaan aku yang keluarganya sedang bergolak pada ketika itu..
                Kesian Ayu,dia tidak lagi kelihatan ceria seperti masa-masa sebelumnya...Ayu menceritakan segala-galanya padaku kerana dia sudah tidak punya sesiapa lagi yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalahnya agar dia dapat mengurangkan beban di dadanya..Ibunya??ada tapi Ayu tidak mahu menambahkan lagi kesedihan ibunya,di hadapan ibunya Ayu kelihatan normal tp dalam hatinya,hanya Allah Yang Maha Esa yang mengetahui isi hatinya yang sebenar..Rupa-rupanya bapanya ada perempuan lain...Aku yang mendengar terkejut sehinggakan tidak terkeluar kata-kata di mulutku,aku sangat terkejut kerana aku tidak pernah menjangkakan sikap bapanya yang begitu rupa...Tambah Ayu lagi,bapanya bersikap dingin di rumah,perihal anak-anak tidak pernah dia tanya,macam mana perkembangan pelajaran anak-anak, makan minum dia adik beradik tidak pernah diberi,semuanya ditanggung oleh ibunya...Saat itu,seolah-olah ibunya pula yang menjadi ketua keluarga....
                Lama-kelamaan ibunya jatuh sakit dan tidak mampu bekerja lagi dan Ayu yang mengambil tanggungjawab menguruskan setiap urusan di rumah dan aku yang menemaninya pergi ke kedai sekiranya dia ada barang untuk dibeli kerana Ayu tidak pandai membawa kereta...Aku dapat lihat kesedihan yang Ayu hadapi kerana setiap kali bercerita tentang masalah ini,Ayu sentiasa mengalirkan air mata dan kata-kata yang dikeluarkan menampakkan kemarahan dan dendam dia terhadap perempuan itu...Ayu pernah mesej perempuan itu dan memohon supay jangan mengganggu kehidupan dia sekeluarga kerana perempuan itu sendiri pun telah mempunyai suami dan 3 orang anak...Namun malangnya nasib Ayu,perempuan itu menceritakan segala-galanya pada bapa Ayu dan dia tidak bercakap dengan Ayu selama seminggu....Aku dapat merasai betapa pedihnya hati Ayu dengan ibunya tengah sakit da dia perlu menanggung semua ini seorang diri...Ay mengambil keputusan untuk berjumpa dengan ustaznya dan bertanyakan pendapat apa yang patut dia lakukan agar keadaan menjadi pulih seperti sedia kala...
                 Rupa-rupanya bapanya terkena buatan perempuan itu....Tidak hairanlah kenapa bapanya berkelakuan seperti tidak sedar akan apa yang sedang berlaku..Aku sungguh kagum akan keberanian dan tekad sahabatku itu dalam memulihkan kembali keadaan bapanya dan bertungkus lumus memulihkan keadaan seperti sedia kala...Aku tahu pada masa yang sama,dia takut kerana bimbang perempuan itu mengetahui tindakannya itu dan berusaha untuk melawan balik tapi disebabkan kemarahan dan kedukaan yag dialami,Ayu tidak kisah malah lebih kuat untuk berhadapan dengan semua ini... Sebagai sahabat yang rapat,aku sentiasa bersama dengan Ayu membantu dia setakat yang aku mampu dari segi fizikal dan mental...
                 Proses ini mengambil masa yang sangat lama untuk pulih..Kadang-kadang sampai satu tahap Ayu sudah mula berputus asa tapi aku sentiasa menasihatinya agar terus perjuangkan haknya sebagai anak dan perjuangkan jua hak ibunya sebagai isteri yang sah...Ayu bangkit kembali dan terus mencari ikhtiar dalam usaha mengembalikan keluarganya yang sudah lama hilang...Selebihnya hanya tawakal mampu dilakukan kerana setiap usaha dan tindakan mampu kita rancang dan laksanakan namun samada usaha kita itu berjaya ataupun tidak,semuanya terserah pada Allah Yang Maha Kuasa..Yang pasti,setiap yang ditetapkanNya itu pasti ada hikmahnya tidak kira cepat atau lambat....
                 Empat tahun kemudian,bapanya sudah mula bertanya khabar anak-anak dan sikapnya sudah mula dikenali oleh Ayu dan adik-beradiknya yang lain...Sinaran kegembiraan dan senyum serta gelak tawa Ayu sudah dapat aku lihat setelah sekian lama berduka dalam linangan air mata...Hanya satu yang mampu diucapkan iaitu syukur alhamdulillah kerana Allah telah memakbulkan doanya dan mengembalikan kebahagiaan dalam hidupnya...Walaupun begitu,kebahagiaan ini diselangi dengan kesedihan kerana ibunya yang tercinta telah menyahut seruan Ilahi dan pergi meninggalkan Ayu dan adik-beradiknya yang lain...Kebahagiaan dalam perpisahan ini ditemani dengan kalungan doa dan ayat-ayat suci al-Quran...Ayu meneruskan kehidupannya bersama bapa dan juga adik-beradiknya yang lain....

No comments:

Post a Comment