Thursday 23 September 2010

A132484 Amirah LJ09


           Personaliti.......Hmm apa itu yang dikatakan dengan personaliti? kenapa individu ini dikatakan mempunyai personaliti yang baik, yang menarik dan mengapa pula individu lain dikatakan mempunyai personaliti yang tidak menarik dan baik.. Apa itu sebenarnya personaliti? Macam mana ia dinilai dalam diri setiap individu? Dan apa pula hubung kaitnya dengan emosi?.... Pada pendapat saya, personaliti adalah suatu medium yang mana menggambarkan keperibadian seseorang, sifat dan cara hidupnya di mana boleh diterangkan dari segi pemakaiannya, pergaulan dan juga percakapannya dalam kalangan masyarakat sekeliling... Ada yang suka bergaya, ada juga yang lebih suka kepada kasualiti yang lebih mempamerkan sikap yang bersederhana dan sempoi... Masing-masing daripada kita pasti mempunyai pandangan atau pendapat yang tersendiri mengenai personaliti ini, begitu juga dengan saya......
           Pada pandangan saya dan harian saya juga, saya lebih suka kepada kasualiti dan cara hidup yang sederhana kerana saya tidak suka kepada personaliti yang boleh saya katakan formal atau mungkin juga personaliti yang lebih kepada berprotokol... Personaliti saya juga dapat digambarkan dengan sifat saya yang tidak suka kepada kehidupan yang sosial dan saya lebih suka mengurus perkara atau hal tentang diri saya dan juga keluarga tanpa melibatkan orang lain... Semua ini disebabkan pangalaman hidup yang pahit yang telah saya lalui terutamanya pengalaman yang melibatkan kawan yang tikam saya dari belakang.. Walaupun nampak kadang-kadang benda ini hanyalah perkara remeh tapi hati kita yang merasa hanya Allah sahaja yang tahu betapa pedih dan sakitnya jiwa yang dilukai..
           Lama-kelamaan perasaan saya sudah menjadi tawar untuk berkawan lagi dan saya mengambil keputusan untuk bergantung pada diri sendiri tanpa bantuan orang lain. Cukuplah saya ada Allah dan keluarga tercinta untuk saya memohon pertolongan dan memberi dorongan dan semangat dalam melalui hari-hari yang mendatang.. Yang pasti saya tidak akan menyusahkan orang lain dan baiknya saya mampu berdikari dan menjadikan diri saya lebih matang dan berfikiran luas.. Ada juga individu yang pernah kata saya seorang yang dingin dan susah hendak berkomunikasi tapi bagi yang betul-betul mengenali saya, takkan sama sekali ada perkataan dingin dalam kamus hidup saya.. Memang saya akui bahawa saya memang jenis yang suka buat hal sendiri tapi apabila melibatkan kerja berkumpulan atau organisasi, saya boleh je berkomunikasi dengan orang lain dan yang pasti itu adalah urusan kerja..
            Pada saya, selepas waktu kerja berkumpulan, masa yang ada adalah untuk saya menguruskan kerja saya sendiri... Dari segi pengurusan kerja, saya amat mementingkan ketelitian dalam menganalisa data atau sebarang hasil kajian.. Bukanlah cerewet sebenarnya tapi ini cuma kerana saya amat mementingkan ketepatan dan kesempurnaan sesuatu kerja yang saya buat baik kerja individu mahupun kerja berkumpulan... Sifat saya ini ada buruknya kerana ia sedikit sebanyak dapat mempengaruhi emosi saya dalam menyiapkan apa-apa tugasan sekalipun... Kadang-kadang seandainya emosi saya terganggu, saya akan mengambil masa yang lebih untuk menenangkan diri dan kembali bangkit bersemangat untuk meneruskan kerja saya..
            Personaliti..suatu perkara yang abstrak yang sukar didefinisikan secara tepat..... Walaupun begitu, personaliti sebenarnya tidak ada baik dan buruk kerana setiap orang ada pandangan tersendiri untuk menilai skop personaliti itu sendiri.. Semasa dalam kelas pengurusan emosi, saya baru tahu rupa-rupanya ada kajian yang dijalankan bagi mengkaji emosi dan personaliti.. Tidak hairanlah individu lain boleh mengetahui sifat dan cara hidup kita hanya dengan melihat kepada personaliti kita.... 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment