Wednesday 1 September 2010

A132484 Amirah LJ07

               Subjek pengurusan emosi pada hari ini berkisarkan tentang emosi,ingatan dan pembelajaran. Topik ini telah mengembalikan kenangan manis aku bersama rakan-rakan sewaktu belajar di kolej matrikulasi dahulu di Changlun,Kedah. Kenangan ini tercatit ketika musim peperiksaan akhir 2 di penghujung tahun, aku dan 5 orang rakan-rakanku telah berpakat untuk membuat surprise party buat teman kami yang bernama Nana sempena hari jadinya yang ke-19...Walaupun musim peperiksaan, namun kami sempat mencuri waktu dan ketika untuk membuat majlis ini memandangkan terdapat keluangan atau senggang hari antara hari peperiksaan matematik dan kimia...Kami begitu teruja untuk mengadakan majlis ini tambahan pula waktu untuk kami meluangkan masa bersama,untuk melepak bersama sudah tidak banyak kerana dalam masa tidak sampai satu minggu, kami hanya akan memalingkan muka antara satu sama lain, mengucapkan selamat tinggal...........
               Jadi, kami membuat keputusan untuk menggunakan masa yang ada dengan sepenuh hati supaya kenangan ini sentiasa melekat dalam hati dan jiwa kami walau di mana jua kami berada...Oleh yang demikian,aku dan roomate aku,Anis telah keluar ke bandar sejurus sahaja tamatnya peperiksaan matematik untuk mencari barang,kek dan juga hadiah bagi menampakkan lagi suasana hari jadi...4 lagi rakanku yang lain tinggal di bilik untuk menyiapkan tempat dan juga tidak ketinggalan kotak beracun....Kotak beracun ini kami jadikan sebagai permainan sampingan bagi memeriahkan lagi suasana. Aku dan rakan-rakanku berasa sungguh gembira dan tidak sabar-sabar untuk melihat wajah terkejut Nana apabila kami membuat surprise party untuknya....
              Saatnya sudah tiba setelah selesainya kami solat maghrib,aku bersama roomates iaitu Anis,Najwa dan Husna pergi ke bilik Nana dengan membawa kek yang telah terukir nama kami senua dan 2 orang lagi rakanku iaitu Ilah dan Mira yang merupakan roomates kepada Nana telah bersiap sedia....KooKkk,KooKkk,KooKkk!!!!! Bunyi pintu diketuk tanpa ada bunyi suara dan tiba-tiba Nana membuka pintu lalu terus kami beramai-ramai menyanyikan lagu selamat hari jadi.....Nana tergamam dengan wajahnya yang terkejut dan gelak tawa yang tidak pernah kami lihat sebelum ini menunjukkan bahawa dia berasa sungguh terharu dan gembira sehingga mengalirkan air mata....Dia tidak mampu berkata-kata dan hanya mampu ketawa,ketawa dan ketawa......
             Emosi Nana itu bertepatan dengan apa yang aku pelajari iaitu mood dependence yang mana bermaksud proses mengingat akan lebih mudah seandainya kita sendiri yang mengalaminya...Malam itu kami makan bersama dan lepas je makan kami terus bermain kotak beracun. Permainan ini diteruskan dengan memasang lagu dan bila lagu tersebut berhenti, di mana kotak itu berada, dialah yang akan mengambil klu dalam kotak tersebut dan membuat seperti yang diarahkan dalam kertas yang dicabut...Sambil-sambil mereka membuat denda tersebut,kami yang lain merakam lakonan tersebut sebagai kenang-kenangan........
             Emosi gembira setiap daripada kami masing-masing terpancar di muka dengan diiringi dengan gelak ketawa sehingga menitiskan air mata.Setiap emosi yang kami rasai sebenarnya dikawal oleh otak kita yang mempunyai 3 bahagian-bahagian tertentu.Bahagian pertama ialah amygdala yang mana amygdala berfungsi  mengukur kepentingan emosi dalam diri seseorang. Seterusnya cerebellum yang merupakan motor atau pergerakan dan berfungsi sebagai ingatan masa panjang dan mengingat perkara yang ada nilai emosi yang tinggi...Prefrontal cortex merupakan bahagian terakhir yang merupakan kombinasi antara 2 iaitu mood dan cognitive task..Mood terbahagi kepada dua iaitu mood congruence dan mood dependence...Pendek kata, pengalaman dan kenangan yang kita lalui dalam hidup ini penuh dengan kepelbagaian emosi yang membawa makna yang berbeza.....

No comments:

Post a Comment