Thursday 23 September 2010

A132245 nur hasshimaa LJ09

Salam dan salam sejahtera. Pada kuliah minggu ini, kami menyentuh mengenai emosi dan personaliti. Setiap manusia berbeza dari segi reaksi emosi walaupun sedang mengalami peristiwa yang sama. Perbezaan ini dikaitkan dengan personaliti individu yang berbeza. Justeru, ini menunjukkan bahawa emosi dan personaliti sangat berguna dalam membezakan setiap individu mengikut karakter masing-masing.




Personaliti merupakan kombinasi sifat-sifat psikologi yang digunakan untuk mengklasifikasikan seseorang berdasarkan karakter seperti individu yang pendiam, agresif, aktif mahupun pasif. Contoh yang sering digunakan adalah Type A and B. orang yang mempunyai sifat Type A adal seorang yang lebih bersifat perfectionist dan sering mengarah supaya semuanya Nampak sempurna di matanya. Manakala individu bersifat Type B pula adalah individu yang lebih tenang dan bersahaja.



Terdapat juga teori-teori personaliti seperti Myers-Brigg Type Indicator (MBTI). Klasifikasi personaliti yang adalah seperti Extroverted vs Introverted. Sensing vs Intuitive. Thinking vs Feeling. Judging vs Perceive. Extrovert merupakan individu yang bersifat bergaul dengan orang lain,tegas dan lebih kepada hubungan dengan orang lain. Manakala Introvert merupakan individu yang pendiam, pemalu dan lebih gemar bersendiri. . Individu yang bersifat sensitive akan lebih focus kepada sesuatu perkara dengan lebih terperinci dan akan belajar dari pengalaman lepas manakala individu bersifat Intuitive tidak suka melihat sesuatu secara terperinci, mereka lihat secara menyeluruh dan mereka jenis yang berfikir jauh ke masa hadapan.

Individu yang bersifat Thinking pula lebih menggunakan alasan dan logik dalam menyelesaikan masalah. Bagi individu yang mempunyai sifat Feeling akan lebih bergantung kepada nilai personal dan emosi. Bagi yang bersifat Judging pula adalah seorang yang suka mengawal, kemas, sistematik dan lebih cenderung supaya dunia dia lebih teratur dan tersusun rapi. Manakala bagi yang bersifat perceiving pula adalah seseorang yang lebih fleksibel dan spontan kerana bagi mereka guideline itu bukanlah sesuatu yang penting. Mereka lebih gemar untuk membiarkan semuanya berlaku secara spontan mengikut arus.

Terdapat pelbagai jenis personality test yang boleh dibuat untuk mengetahui dan menilai bahawa anda mempunyai personaliti yang bagaimana. Antara MBTI personality test yang boleh di buat adalah disini. Saya telah mencubanya dan hasilnya saya mempunyai personality ESFJ. Namun, hasilnya bukanlah 100% tepat. Masih terdapat banyak lagi personality test yang boleh dicuba.



Selain itu, terdapat satu lagi teori personaliti yang diterangkan dalam kuliah kali ini, iaitu The Big Five Theory. Antaranya ialah Extroversion, Agreeableness dimana  ia menilai sejauh mana seseorang itu boleh bekerjasama dengan orang lain, Conscientiousness, Neuroticism or Emotional Stability, and Openness to Experiences dimana ia menilai bagaimana seseorang itu begitu sukakan sesuatu yang baru.

No comments:

Post a Comment