Tuesday 14 September 2010

A132245 nur hasshimaa LJ08

Salam Aidilfitri dan Salam 1 Malaysia. Pada minggu ke-lapan pengkuliahan kami, kelas telah jatuh pada hari kedua terakhir Ramadhan. Maka kebanyakan pelajar ingin pulang ke kampung lebih awal supaya berpeluang untuk berpuasa bersama keluarga. Mujur pensyarah kami, Dr. Ahmad Zamri Mansor sangat bertimbang rasa dan membatalkan kelas lalu menggantikan kelas melalui alternatif yang begitu istimewa dimana beliau menyediakan power point diiringi dengan audio.


Topik kali ini adalah berkaitan dengan Emosi dan Motivasi. Emosi sering dianggap sebagai sesuatu yang negatif namun sebenarnya ia juga terdapat dalam bentuk positif. Ia tidak bersifat neutral. Manakala motivasi merupakan kajian tentang tingkahlaku yang mengarahkan seseorang dalam melakukan sesuatu ataupun dikenali sebagai pemacu atau pendorong dalam melakukan sesuatu. Kadangkala, seseorang melakukan sesuatu kerana terdorong oleh motivasi seperti belajar. Seseorang itu mungkin belajar kerana dia terlalu obses atau sukakan sesuatu yang dipelajarinya. Maka secara tidak langsung, terdapat unsur emosi disitu seperti perasaan suka. Ternyata, emosi juga boleh menjadi motivasi terhadap sesuatu tindakan.  Contoh lain, seperti seseorang yang memberikan hadiah kepada orang yang tersayang kerana seseorang itu terdorong oleh perasaan sayang terhadap individu tersebut.


Seseorang itu tidak akan melakukan sesuatu tanpa sebarang emosi. Sebagai contoh, jika dia diarahkan untuk menyambung pelajaran terhadap bidang yang tidak diminatinya, dia mungkin tidak dapat melakukannya dengan cemerlang kerana tindakannya tidak seiring antara emosi dan motivasinya. Ini kerana tidak semua emosi adalah pendorong. Selain itu, cara dalam menterjemahkan emosi adalah berbeza-beza dan bergantung juga kepada budaya. Emosi juga adalah tindakbalas yang disesuaikan mengikut keadaan sekeliling. Ia juga boleh mengkomunikasikan perasaan seseorang itu kepada orang lain. Motivasi pula adalah pemilihan dalam mengambil tindakan terhadap sesuatu situasi sama ada positif mahupun negatif,  bergantung kepada rasional dan penilaian seseorang itu. Ia juga jangkaan kepada apa yang berkemungkinan akan berlaku.


Konsep dan teori motivasi adalah menerangkan bahawa motivasi merupakan sesuatu faktor yang mengakibatkan seseorang untuk bertindak dalam sesuatu situasi. 'Drive' adalah pacuan atau keadaan dalaman yang mendorong tindakan dan mengurangkan kehendak dan memulihkan homeostasis. Selain itu, Insentif pula  adalah matlamat luaran yang sama ada yang menarik/mendorong atau menolak/melarang sesorang untuk melakukan sesuatu. Terdapat konsep lain seperti instinct yang merupakan motif bawaan dimana ianya bukan lah sesuatu yang dipelajari malah menjadi lumrah alam seperti binatang yang membina sarang, haiwan yang mempertahankan diri dan sebagainya.


Teori kemanusiaan pula ada mendedahkan kategori-kategori motif atau keperluan yang dibahagikan oleh Abraham Maslow seperti kehendak asa, kehendak fisiologikal dan kehendak diri sendiri. Bagi kehendak asas, terdiri daripada makanan, air, keselamatan, dan tempat berteduh. Bagi kehendak fisiologi pula adalah kehendak dimana setiap orang ingin dihargai dah dikasihi seperti mempunyai sahabat ataupun teman istimewa. Bagi kehendak diri sendiri pula, lebih kepada kepuasan sesorang dimana keinginan mendapat pencapaian yang baik dalam melakukan sesuatu.

Jelasnya disini, emosi menekankan tentang kebangkitan sesuatu perasaan. Manakala, motivasi menekankan tentang tindakan yang bakal diambil.  Justeru, jangan biarkan diri bertindak mengikut emosi semata-mata. Perlu ada rasionalnya, agar tindakan yang diambil tidaklah meninggalkan kesan yang negatif terhadap mana-mana pihak mahupun terhadap diri sendiri.

No comments:

Post a Comment