Thursday 23 September 2010

A131857 NORHIDAYU LJ09

      Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah dalam bentuk yang dinamik, ia terus berkembang dan boleh berubah. Mengenalpasti personaliti diri adalah merupakan satu aset penting untuk kita mengenali dan mendalami diri sendiri. Dengan memahami personaliti yg terbentuk dlm diri kita maka lebih mudah kita menyesuaikan diri kita dengan persekitaran. Ada beberapa personaliti yang dirumuskan berdasarkan kajian dalam bidang psikologi seperti periang,pendiam,perasa,peramal dan sensitif.Sebagai contohnya,kita boleh mengelaskan individu tersebut berdasarkan dari personaliti jenis A ataupun B.Manusia adalah berbeza-beza dari segi reaksi emosi walaupun pada peristiwa yang sama.Perbezaan ini ada kaitannya dengan personaliti individu.Emosi dan personaliti adalah penting dari segi membezakan seseorang individu tersebut.Selain itu,emosi dan personaliti berperanan dalam menentukan reaksi terhadap affek(affects).
      Personaliti adalah gabungan sifat-sifat psikologikal untuk menerangkan seseorang individu berdasarkan ciri-ciri seperti pendiam,periang dan sebagainya.Seseorang yang periang akan mudah bergaul dengan orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan orang lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dalam hidup.Namun,berbeza pula bagi individu yang berpersonaliti pendiam di mana mereka lebih suka menyendiri,sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan ssesuatu yang mereka sukai,mudah merasa diketepikan dalam keramaian,lebih suka memikir dan mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara bersendirian,menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu,seorang pendengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain.
      Terdapat banyak ujian yang boleh dilakukan untuk kita mengenal pasti apakah personaliti kita itu sebenarnya.Myer-Briggs Type Indicator(MBTI),adalah salah satu ujian personaliti yang paling popular dan kerap digunakan.MBTI telah diasaskan oleh Jung bersama-sama Katherine Brigg.Dalam ujian personaliti ini terdapat sebanyak 16 jenis personaliti yang dapat mengelaskan individu itu sebagai extoverted atau introverted.Ini adalah berdasarkan kepada interaksi sosial di mana bagi individu yang extroverted,mereka biasanya lebih tegas dan banyak bersosial atau berkomunikasi dengan orang lain tetapi individu yang introverted pula mereka adalah seorang yang pemalu dan pendiam.Selain itu,MBTI juga turut mengelaskan individu berdasarkan ciri-ciri seperti sensing/intuitive(rujukan untuk mendapatkan maklumat),thinking/feeling(rujukan untuk membuat keputusan) dan judging/preceiving(cara membuat keputusan).
    Setiap orang adalah berbeza-beza dari segi cara mereka mendapatkan maklumat,membuat keputusan dan juga di mana mereka biasa merujuk apabila membuat keputusan.Ujian personaliti MBTI ini dapat mengelaskan seseorang itu berdasarkan cici-ciri tersebut.Dalam rujukan untuk mendapatkan sesuatu maklumat,bagi individu yang sensing,mereka adalah bersifat praktikal dan akan fokus lebih teliti tetapi bagi intuitive individu,mereka lebih gemar melihat kepada perkara yang besar.Sesetengah individu akan didorong oleh sesuatu dalam membuat keputusannya, sebagai contohnya,individu yang thinking,mereka gemar menggunakan alasan yang logik untuk membuat keputusan namun bagi individu feeling,keputusan yang dibuat adalah berdasarkan nilai emosi.Tanpa kita sedari cara kita membuat sesuatu keputusan juga adalah melambangkan personaliti diri kita.Terdapat dua jenis individu dalam membuat keputusan iaitu judging,dimana mereka lebih teratur dalam membuat keputusan dan individu preceiving adalah jenis yang membuat keputusan secara spontan.
      Saya juga tidak melepaskan peluang untuk mengetahui apakah personaliti saya yang sebenar dengan turut membuat ujian personaliti MBTI ini.Hasil dari ujian tersebut saya lebih mengenali diri saya dengan mengetahui personaliti saya yang merupakan seorang yang introverted. Bagi ciri-ciri lain seperti dalam rujukan untuk mendapatkan maklumat,saya adalah jenis sensing,rujukan dalam membuat sesuatu keputusan adalah jenis feeling dan cara saya membuat keputusan itu adalah secara preceiving.
    Kadang kala kita harus menitikberat akan hal ini adalah kerana kita perlulah mengetahui dengan lebih mendalam tentang personaliti diri kita ini.Personaliti adalah melambangkan tingkahlaku seseorang itu.end#
     

No comments:

Post a Comment