Thursday 2 September 2010

A131857 NORHIDAYU LJ07

         Sebelum ini pelbagai pengetahuan baru yang telah pelajari ataupun perolehi daripada hasil pembelajaran dalam kursus pengurusan emosi yang telah di sampaikan oleh pensyarah bagi kursus ini iaitu Dr.Azmi.Daripada definisi sesebuah emosi itu sehinggalah kepada tajuk pada minggu ini iaitu emosi,ingatan dan pembelajaran.Di awal sesi perkuliahan pensyarah telah menunjukkan vedio mengenai peristwa yang amat memberi kesan bukan sahaja kepada rakyat negara seberang malah Malaysia turut mengalami peristiwa tersebut.Peristiwa yang saya maksudkan itu ialah kejadian tsunami yang telah melanda beberapa buah negara pada suatu ketike dahulu,iaitu pada tahun 2004.Kejadian tsunami ini boleh diakaitkan dengan tajuk yang telah saya pelajari pada sesi perkuliahan kali ini.Hal yang sedemikian adalah kerana peristiwa-peristiwa yang dikatakan mempunyai nilai emosi akan mudah di ingatan berbanding dengan peristiwa yang kurang nilai emosinya.Apa yang saya ingin maksudkan di sini adalah,peristiwa yang mempunyai nilai emosi itu selalunya sesuatu peristiwa yang dikatakan amat penting dalam hidup seseorang itu.Berkaitan daripada contoh peristiwa yang telah di tunjukkan oleh pensyarah pada sesi perkuliahan tersebut,tsunami merupakan satu peristiwa yang amat besar yang telah melanda.Ratusan ribu nyawa telah terkorban berikutan dari peristiwa tersebut.Mungkin bagi sesetengah mereka yang tidak mengalaminya merasakan bahawa peristiwa itu bukanlah sesuatu yang penting tetapi bagi kita sendiri ianya merupakan peristiwa yang amat penting kerana negara kita turut mengalaminya.
 
          Secara dasarnya seseorang itu lebih mengingati sesuatu peristiwa yang di anggap positif berbanding dengan peristiwa yang negatif.Hal ini adalah kerana peristiwa yang boleh dikatakan negatif ini lebih mudah untuk kita lupai kerana kita menganggapnya sesuatu perkara yang tidak penting.Adalah lumrah kehidupan seseorang di mana mindanya bersifat selektif iaitu oleh kerana terlalu banyak data yang perlu di ingati maka hanya sesetengah peristiwa ataupun perkara yang hanya menarik perhatian akan mudah diingati.Tahukah kita mengapa memori ataupun perkara yang dikatakan positif ini lebih mudah diingati? Hal ini sebenarnya adalah kerana memori yang positif ini kebiasaannya mengandungi maklumat yang lebih terperinci.Dari secara amnya,peristiwa yang beremosi ini lebih mudah diingati berbanding peristiwa normal(kurang melibatkan emosi).Semua ini bersifat semula jadi kerana ianya telah dikawal atur Amyglada,Cerebellum dan Prefontal Cortex.
 
          Perkara tersebut tidak dapat dinafikan lagi kerana bagi saya sendiri,saya lebih gemar mengingati perkara gembira yang pernah di alami berbanding dari yang sedih.Bagi pendapat saya,mengingati perkara-perkara yang positif iaitu yang menggembirakan akan menjadi diri kita lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan.Jika kita terlalu mermikirkan perkara negatif hal ini akan menyebabkan kita sentiasa berada dalam keadaan yang tidak menggembirakan dan tidaak bersemangat.Perkara ini jelas dapat dilihat apabila seseorang itu menceritakan pengalamannya.Kita akan lebih cenderung menceirtakan perkara gembira yang di alami berbanding yang sedih.Namun,dari segi yang lainnya sesetengah perkara yang sedih itu diceritakan adalah salah satu cara mereka meluahkan perasaan.
 
         Perbezaan antara lelaki dan perempuan sebenarnya jelas kelihatan dari segi pemikiran mereka.Satu vedio telah saya tontoni pada sesi perkuliahan kali ini yang begitu menarik perhatian saya mengenai perbezaan antara lelaki dan perempuan ini.Dari apa yang dapat saya saksikan memang terdapat banyak perbezaan antara lelaki dan perempuan dari segi pemikiran mereka.Kajian turut membuktikan bahawa wujudnya perbezaan tersebut.Dikatakan bahawa wanita lebih mudah untuk mengingati sesuatu perkara berbanding lelaki.Apatah lagi apabila ianya melibatkan sesuatu perkara yang beremosi,wanita lebih sensitif terhadap perkara-perkara tersebut.Namun begitu,bukanlah tiada langsung lelaki yang tidak sensitif terhadap perkara yang melibatkan emosi ini kerana tidak dinafikan bahawa ada di kalangan mereka yang sensitif terhadapnya dan oleh krana mereka adalah lelaki ianya menyebabkan kita kurang menyedari akan perkara tersebut.Apa yang saya ingin sampaikan di sini adalah seseorang lelaki ini kita tahu mereka mempunyai jiwa yang kental berbanding wanita.
 
        Kesimpulan yang dapat saya wujudkan dari apa yang telah saya pelajari pada minggu ini iaitu emosi dan ingatan ini adalah saling berkaitan.Apabila sesetengah perkara itu kita meletakkan lebih nilai emosi di dalamnya maka ianya lebih mudah diingati.Peristiwa yang dikatakan bersifat positif(perkara gembira) kebiasaannya akan lebih diingati oleh seseorang berbanding dari mengingati peristiwa negatif yang dialami.Selain dari perbezaan jantina,perbezaan umur juga boleh mempengaruhi sesuatu emosi yang dilahirkan oleh seseorang itu.Memang tidak boleh dinafikan lagi bahawa golongan tua ini lebih menggunakan akal fikiran apabila bertindak dalam sesuatu perkara berbanding golongan yang berdarah muda ini.Namun,bukn semua golongan muda ini bersifat sebegitu dan hal ini sebenarnya adalah melihatkan kepada tahap keupayaan individu tersebut untuk mengawalanya,

No comments:

Post a Comment