Tuesday 21 September 2010

A130725 MAIZATUL AKMAL LJ08

Emosi, bukan sahaja boleh menjadi satu ingatan kepada individu tidak kira lah
ingatan jangka panjang atau pendek tetepi juga boleh menjadi pendorong atau
motivasi kepada kita. Jika didefinisikan, emosi merupakan suatu yang subjektif,
dimana meliputi perasaan manusia. manakala motivasi pula umumnya dianggap
sebagai kajian tentang aspek arah dan tenaga perilaku. Emosi dan motivasi
dilihat saling berkiatan antara satu sama lain, mengikut Baron dan Logan,
Emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi dan Emosi sebagai motivasi
kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional (Lang et al, 1992)
Sebagai contoh, adalah motif pembunuhan. Apa yang mendorong untuk penjenayah
itu membunuh? Disebabkan perasaan dendam dan benci. Dendam dan benci adalah
emosi yang memotivasikan penjenayah itu melakukan pembunuhan. Tetapi tidak semua
emosi juga menjadi pendorong, sebagai contoh perasaan gembira ketika bermain,
jadi emosi pada masa itu hanya terbatas pada situasi itu sahaja. Tidak menjadi
motivasi untuk melakukan apa-apa.
Contoh terbaik dapat dilihat daripada kisah hidup seorang pelajar dari keluarga
miskin yang Berjaya Nik Nur Madihah, bukan satu nama yang asing bagi bumi
Malaysia, apabila keputusan peperiksaan diumumkan pada mac 2008. Pelajar miskin
ini, yang hanya merupakan seorang anak nelayan, dengan tiba-tiba meletup
bagaikan personality kerana keputusan peperiksaannya membanggakan seluruh rakyat
Malaysia. Dalam keratan akhbar terdapat sedikit latar belakan kisah pelajar
cemerlang ini.
KOTA BHARU 14 Mac – "Kadang-kadang saya menitiskan air mata sebab kakak
(panggilan keluarga kepada Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, terpaksa berpuasa
sebab tidak ada wang untuk beli makanan.
"Tetapi alhamdulillah, kakak memahami keadaan keluarga. Malah kakak menjadikan
ibadah itu sebagai rutin pada setiap hari Khamis dan Isnin sejak berumur 12
tahun."
Demikian luahan ibu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
2008, Mariani Omar, 42, ketika ditanya mengenai kesusahan dia dan suami, Nik
Mohd. Kamal Hussein, 41, membentuk seorang insan contoh.
Katanya, biar susah bagaimana sekali pun, anak sulung daripada empat beradik itu
tidak pernah merungut.
Malah Nik Nur Madihah, menurutnya, melalui semua kepayahan itu dengan tabah dan
menerimanya sebagai cabaran untuk berusaha dengan lebih keras.
"Disebabkan tak ada wang poket, kakak akan makan roti di sekolah dan kerana
terlalu banyak makan roti, ia jadi kegemarannya. Malah dia bercita-cita belajar
cara buat roti. Kata kakak, dia hendak buat roti banyak-banyak.
"Ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat keadaan anak begitu. Tetapi saya
bersyukur kerana dia menerima kekurangan ini," katanya kepada Mingguan Malaysia
di sini hari ini.
Nik Nur Madihah, 18, anak seorang nelayan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini mencatat sejarah negeri ini apabila
memperoleh 20 A dalam peperiksaan SPM 2008.
Dia juga membuktikan kesusahan keluarga bukan halangan untuk mencapai
kecemerlangan walaupun mengambil sebanyak mungkin mata pelajaran bagi menguji
keupayaan dirinya dalam menghadapi cabaran hidup sebagai pelajar.
Kesusahan hidup Nik Nur Madihah yang tinggal di rumah sewa kecil di Pengkalan
Chepa dipaparkan di muka depan Utusan Malaysia hari ini.
Ujarnya, sekiranya Nik Nur Madihah meminta wang untuk membeli buku, dia dan
suami akan berusaha mencari wang tersebut tetapi selalunya ia tidak diberi
serta-merta kerana kesempitan hidup.
"Kakak tidak banyak kerenah dan agak pendiam. Dia pun tidak beritahu kami dia
ambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah saat-saat akhir," ujarnya.
Kesimpulannya, kesusahan, kesedihan dan kesensaraan yang dialami
oleh pelajar ini, telah menjadi satu bentuk emosi untuk memotivasikan diri untuk
belajar dengan sangat gigih, disamping berserah kepada yang maha kuasa, sehingga
mampu menghasilkan satu natijah yang sangat besar. Sesungguhnya sebahagian besar
emosi manusia dapat memotivasikan diri untuk mejalankan sesuatu pekerjaan.

No comments:

Post a Comment