Friday 24 September 2010

A130691 NORAIDA LJ09

Rase tak percaya jew, rupanya dah minggu ke sembilan kami belajar tentang pergurusan emosi, terasa amat capat masa itu berlalu dan semakin hari umur pun semakin ke angka yang besar. Bulan lepas je rasa macam baru je raya dan berada di rumah tapi sekarang sudah di ukm dan duduk sorang-sorang dekat bilik,tiada lagi teman di rumah,hanya kawan-kawan sahaja yang bersama, walaupun sedih untuk meninggalkan rumahku tapi aku tetap perlu memperjuangkan masa depan ini untuk berjaya dalam hidup pada masa akan datang.
  
  Sudahla, lupakan pasal kesedihan itu,yang penting tuntut ilmu yang sangat berguna ini dalam kelas pegurusan emosi, pada minggu yang ke sembilan ini, kami telah diajar tajuk yang berkaitan dengan emosi dan personaliti. Sebelum ini kita telah diajar dan diberikan perjelasan tentang emosi, jadi apa pula personaliti ini??apa kaitan personaliti dan emosi??? dan adakah emosi yang sama akan membuat personaliti sesorang juga sama. Untuk kita mengetahui dan memperjelaskan dengan lebih lanjut lagi tentang emosi dan personaliti ini,ada baiknya kita perlu mengetahui dahulu apa makna personaliti. Personaliti merupakan sifat khas psikologi bagi mengkategorikan seseorang individu itu berdasarkan kepada ciri-ciri mereka. Personaliti boleh digambarkan dalam beberapa keadaan iaitu personaliti sedih, peramah, pemarah, periang, sensitif dan sebagainya. Personaliti-personaliti ini adalah sifat yang telah dimiliki oleh sesorang individu. Personaliti yang dimliki oleh sesorang individu adalah berbeza-beza walaupun dalam situasi yang sama.

   Untuk memudahkan lagi, saya akan membuat satu contoh yang agak ringkas daripada apa yang telah saya fahami berkaitan tajuk ini. Pada beberapa minggu yang lepas, saya dan teman rapat pergi menonton wayang di sunway piramid, sambil berjalan-jalan kami pun ternampak seorang artis yang sangat cantik dan popular ini, alang-alang terjumpa, saya pun ingin bergambar dengannya bersama teman rapat saya itu, personaliti saya ketika itu sangat gembira dan teruja apabila dapat bertemu dengannya tetapi teman saya itu tidak seperti saya, dia hanya biasa sahaja apabila berjumpa dengan artis cantik itu. Jadi dapat saya simpulkan disini bahawa, walaupun kami berada dalam situasi yang sam tetapi personaliti kami berbeza ketika itu disebabkan oleh emosi masing-masing.


   Emosi dan personaliti ini dapat dibahagikan kepada 2 teori iaitu teori yang pertama adalah MYERS-BRIGGS TYPE INDICATOR dan teori yang kedua adalah THE BIG FIVE MODEL. Saya hanya memperjelaskan teori yang pertama sahaja iaitu MYERS-BRIGGS TYPE INDICATOR dimana teori ini mudah dan ramai yang menggunakannya dalam menilai sesuatu personaliti seseorang individu. Teori ini pula dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu jenis yang pertama adalah EXTROVERTED @ INTROVERT, kedua SENSINS @ INTUITIVE, ketiga THINKING @ FEELING dan yang terakhir JUDGING @ PERCEIVING
 
  Teori jenis EXTROVERTED adalah personaliti seseorang yang bersifat suka bersosial, bergaul dengan orang ramai dan suka melakukan sesuatu kerja yang dapat menonjolkan dirinya di khalayak umum manakala INTROVERT berbeza pula,personaliti ini sejenis yang pendiam,pemalu dan tidak suka menonjolkan diri dalam sesuatu majlis atau keadaan.
 
   Teori yang kedua adalah SENSINS dimana individu yang memiliki personliti ini ialah jenis yang sangat cerewat dan teliti dalam sesuatu perkara yang ingin dibuatnya manakal INTUITIVE personaliti yang agak mudah dan tidak cerewat seperti sensins.

   Jenis personaliti yang ketiga iaitu THINKING yang merupakan sejenis personaliti yang suka berfikir dan mempunyai bukti dalam membuat sesuatu keputusan manakala FEELING pula adalah seseorang individu yang membuat keputusan mengikut emosi dan moral semata-mata. 

    Jenis yang terakhir iaitu JUDYING yang merupakan individu yang suka mengikut peraturan yang telah ditetapkan dalam membuat sesuatu keputusan berbeza dengan individu yang bersifat PERCEIVING iaitu yang melakukan sesuatu keputusan dengan slumber serta tidak ambik kisah.
 
  Kesimpulan daripada pembelajaran pada minggu ini yang dapat saya nyatakan adalah apabila saya mengetahui kesemua maksud personaliti ini,saya dapat mengetahui saya adalah sesorang individu yang  THINKING, JUDGING, INTUITIVE dan INTRIVERT.


No comments:

Post a Comment