Friday 3 September 2010

A130691 NORAIDA LJ07

Selamat hari raya dan Assalamualaikum. Minggu ini merupakan minggu terakhir kita berkuliah sebelum semuanya umat Islam menyambut hari raya puasa. Mesti setiap orang sudah tidak sabar untuk pulang ke kampung masing-masing kan, termasuklah saya juga. Pada minggu yang terakhir ini , kami dikuliah dengan tajuk yang agak menarik dan mudah untuk difahami iaitu emosi dan ingatan.

   Emosi dan ingatan mempunyai kaitannya antara satu sama lain kerana emosi yang takut, sedih, gembira dan lain-lain yang disebabkan oleh sesuatu peristiwa atau sejarah akan menyebabkan seseorang itu akan mengingati peristiwa tersebut dan mungkin menjadi sukar untuk dilupakan oleh ingatan seseorang yang mengalami peristiwa tersebut. Setiap orang mempunyai berbeza-beza peristiwa yang mereka ingatkan.

   Emosi dan ingatan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kandungan emosi dan suasana hati (mood). Dapat dijelaskan dengan lebih terperinci lagi iaitu kandungan emosi merupakan emosi yang membolehkan seseorang meninggalkan memori dalam ingatan dan biasanya seseorang itu akan lebih mengingati perkara yang mengembirakan daripada membosankan.

   Sebagai contoh daripada kandungan emosi ini yang dapat saya contohi seperti pada minggu lepas, saya dan kawan-kawan kelas telah pergi ke I-CITY. Kami pergi menaiki tiga buah kereta yang telah disewakan. Kami sangat seronok apabila tibanya di destinasi yang ditunggu-tunggukan. I-CITY merupakan tempat yang disinaran dengan cahaya-cahaya yang cantik dan mempunyai berbagai-bagai aneka haiwan yang telah ditayangkan. Kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan sesuana yang menarik itu, dengan hati yang begitu gembira apabila kami berada di situ seperti berada di luar negara. Sehingga kini kami masih tidak dapat melupakan kenangan tersebut dan terasa untuk pergi lagi selepas ini.

   Suasana emosi (mood) merupakan ingatan yang senang untuk diimbasi seandainya emosi ketika itu sama dengan emosi yang dilalui. Dalam emosi dan ingatan ini,terdapat tiga bahagian otak yang berfungsi dalam prosesnya iaitu yang pertama dikenali sebagai Amygdala yang bertanggungjawab dalam menentutkan tahad dan kepentingan sesuatu emosi. Bahagian otak yang kedua pula dipanggil Cerebellum yang berfungsi sebagai coordination skill dan yang ketiga disebut sebagai Prefrontal cotex iaitu yang berfungsi untuk menentukan emosi dan menjalankan cognitive process.

    Kesimpulan yang dapat diulaskan mengenai tajuk pada minggu ini iaitu emosi dan ingatan adalah kedua-duanya amat berkaitan dalam menetukan sesuatu peristiwa yang berlaku. Saya rasa sampai disini sahaja jurnal saya untuk kali ini. Jumpa pada jurnal minggu hadapan pula dan saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada En.Zamri dan juga kawan-kawan kelas pengurusan emosi.sekian.

No comments:

Post a Comment