Thursday 23 September 2010

A130188 RASHIDAH LJ09

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Minggu ini pengkuliahan pengurusan emosi adalah bertajuk emosi, personaliti dan tingkahlaku. Namun pensyarah saya iaitu Encik Zamri lebih memfokuskan tentang aspek personaliti individu. Saya agak teruja apabila Encik Zamri memperkenalkan topik ini kerana saya adalah seorang yang suka mengetahui jenis personaliti seseorang individu sebelum mengenali rapat dengan individu tersebut.

Dalam konteks personaliti, terdapat pelbagai teori yang dikemukakan. Salah satu daripadanya adalah Myer-Briggs Type Indicator (MBTI). MBTI adalah satu instrumen yang digunakan secara meluas untuk mengukur tahap dan jenis personaliti setiap individu. Ia diklasifikasikan kepada empat bahagian iaitu extrovert vs introvert (E dan T), sensing vs intuitive (S dan N), thingking vs feeling (T dan F) dan judging vs perceiving (J dan P). Teori jenis ini menerangkan personaliti individu apabila berhadapan dengan sesuatu keadaan ataupun dengan orang ramai. Terdapat 16 jenis  pembahagian personaliti dalam ujian ini. Seseorang akan dikategorikan berdasarkan ciri-ciri personaliti diri sendiri. Ia adalah INFJ, INTJ, ENFP, ENTP, ISFJ, ISTJ, ESFP, ESTP,ISTP, INTP, ESTJ, ENTJ, ISFP, INFP, ESFJ dan ENFJ.

Pertama ialah extrovert vs introvert. Sikap jenis extrovert ini adalah seperti suka bersosial, suka berjumpa dengan orang ataupun sukakan aktiviti-aktiviti luar. Manakala introvert pula adalah mencirikan  sifat yang lebih pendiam dan pemalu. Kedua adalah  sensing vs intuitive. Sensing lebih mencirikan sifat seseorang yang sukakan praktikal dan apabila membuat sesuatu kerja, mereka suka membuatnya secara terperinci dan bersistematik. Berbeza pula dengan intuitive, sifat ini adalah berkaitan dengan individu itu tidak suka akan perkara-perkara remeh dan melihat sesuatu itu hanya secara global.  Melalui thingking vs feeling pula, thinking lebih mencirikan sifat suka menggunakan alasan dan logik sebagai sumber utama penyelesaian masalah dan feeling pula lebih bersifat emosi dan menggunakan kata hati. Terakhir adalah judging vs perceiving. Judging adalah sifat yang sukakan sesuatu kehidupan yang teratur dan berstruktur. Kebanyakan individu jenis ini, kehidupan mereka adalah lebih teratur berbanding individu yang bersifat perceiving. Perceiving adalah individu yang bersifat spontan dan kehidupan mereka adalah jenis fleksibel dan tidak teratur.

Sambil mempelajari konsep MBTI ini, Encik Zamri telah menyuruh kami untuk memilih setiap satu huruf bagi setiap empat ciri yang telah dinyatakan oleh MBTI ini. Ini adalah satu pengalaman yang baru kepada saya kerana kali pertama menjawab ujian personaliti dalam keadaan yang tidak formal. Saya merasakan pengalaman ini agak menarik. Keputusan yang saya peolehi melalui ujian ini adalah ISTJ. Individu yang mendapat keputusan ISTJ adalah sama sifatnya jika individu tersebut mendapat keputusan ISFJ. Individu jenis ini adalah bersifat boleh dipercayai, mempunyai cita-cita yang tinggi dan seorang yang setia terhadap sesuatu organisasi. Individu jenis ini adalah seorang yang bertanggungjawab kerana akan melunaskan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik yang mungkin dan sentiasa memantau segala tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka. Individu jenis ini juga adalah jenis agak sederhana, suka berhati-hati dalam membuat pilihan, pandai menguruskan masa, realistik, bijak dalam menguruskan kewangan, sering terlibat dengan organisasi sukarelawan, cenderung untuk suka tinggal di satu lingkungan, sering memilih untuk tinggal berdekatan dengan tempat mereka sendiri serta mereka cenderung mempunyai ingatan yang baik bagi fakta-fakta khusus yang diperlukan dalam kehidupan mereka sama ada tempat kerja dan di rumah. Saya berasakan keputusan yang ditunjukkan agak menepati dengan sifat saya. Walaupun tidak secara 100% namun hampir 80% adalah mencirikan diri saya yang sebenar. ISTJ lebih cenderung kepada sifat sensing iaitu seorang yang suka membuat sesuatu secara teperinci yang saya rasakan amatlah bertepatan dengan sikap saya ini yang suka melakukan sesuatu kerja secara berjadual dan terperinci. Untuk mengetahui jenis personaliti anda, anda bolehlah melayari laman web http://www.personalitypathways.com/type_inventory.html. Pelbagai jenis personaliti yang boleh dilihat berdasarkan perkataan yang anda pilih. Selamat mencuba….

Dalam laman web http://www.virtualprojectconsulting.com/myers-briggs-personality-types-as-a-project-manager-tool/ menerangkan setiap jenis personaliti ini juga mampu menggambarkan kerjaya seseorang individu. Sebagai contoh saya mendapat INTJ, kerjaya yang sesuai dengan saya adalah inspektor polis manakala bagi INFJ sebagai seorang kaunselor. Sebagai kesimpulan, ujian personaliti bukan sahaja boleh menunjukkan pelbagai sifat serta ciri seseorang individu bahkan juga kerjaya serta minat individu. # END

 

 


No comments:

Post a Comment