Wednesday 22 September 2010

a129839 nadirah kusnin Lj08

E MOSI DAN MOTIVASI.. inilah tajuk kuliah yang sepatutnya diadakan namun terpaksa ditangguhkan berikutan cuti Hari Raya Aidilfitri.

Emosi ialah Sesuatu yang terkesan dan memberi kesan samada emosi  itu berbentuk negative  mahupun positif, dan ia tidak neutral. Manakala motivasi pula ialah, satu kajian mahupun perbincangan tentang aspek arah dan tenaga pelaku. Emosi mempunyai beberapa komponen antaranya ; perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi  dan  tingkahlaku berkaitan. Emosi juga mempunyai makna  yang lebih meluas, namun ia mempunyai kesan dan berperanan di dalam menghidupkan motivasi.

Sebagai seorang pelajar saya tidak mampu lari dari membincangkan tentang emosi  dan motivasi semasa belajar, seorang pelajar pintar menerima dan mendapa motivasi melalui perasaan gembira dan bangganya apabila dipuji, begitu juga pelajar yang kurang pintar mungkin juga mampu membina motivasi  dengan mentransformasikan emosi sedihnya apabiaal sering diejek dan dimarahi  kearah kembara  kejayaan.Namun tidak semua perkara berasaskan emosi, adakalnya ia disebabkan keperluan contohnya seperti  makan, ia adalah tindak balas dari rasa lapar.

Emosi adalah sesuatu yang melibatkan perasaan dan manakala motivasi pula bersifat tindakan.pada kebiasaannya perasaan dalaman manusia mampu membangkitkan semangat dan auranya  tersendiri yang mengerakkan jiwa bagi bangkit memajukan diri dan termotivasi, namun pada pandangan saya emosi yang membawa motivasi  juga memerlukan kekuatan diri pelaku itu sendiri dalam menjayakan misi emosi tersebut, ini kerana jika diri pelaku tersebut tidak kuat maka mungkin sahaja ia akan terkulai dan tersungkur  sebelum  mencapai apa yang dimotivasikan di dalam diri. Walau ejuta dan segunung emosi namun andai diri pelaku itu sendiri tiada tindakan dan perubahan maka ia hanya emosi yang tersimpan di dalam hati dan  motivasi  yang hanya terasa pada ghairah dan semgant namun tiada pembuktian dan tindakan.

Ia amat sesuai sekali dengan firma  Allah yang bermaksud :

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka " QS 13:11

Sehingga disini sahaja, catatan saya pada kali ini, salam lebaran


No comments:

Post a Comment