Friday 24 September 2010

A129205 FATHANAH LJ09

Rabu, 22 Oktober 2010, seperti biasa jam 4 hingga 7 petang, kuliah pengurusan emosi diadakan. Kuliah pertama untuk kelas pengurusan emosi yang dihadiri selepas pulang berhari raya selama 2 minggu. Tajuk yang dipelajari pada hari ini adalah mengenai emosi, personaliti dan tingkah laku. Wah tajuknya sangat menarik hati saya untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam kerana mungkin dengan ilmu yang saya peroleh pada hari ini dapat saya aplikasikan dalam kehidupan seharian . Emosi sangat berkait rapat dengan personaliti, kerana emosi yang positif akan menggambarkan personaliti yang baik, dan emosi yang negatif pula akan menunjukkan personaliti yang tidak baik. Sebelum itu terdapat dua objektif utama mengenai emosi, personaliti dan tingkah laku iaitu memahami pendekatan pengelasan emosi mengikut jenis dan intensiti dan memahami perhubungan di antara emosi, personaliti dan tingkah laku.   

Berbalik kepada topic kuliah, maksud personaliti yang dapat dikaitkan disini ialah kombinasi sifat-sifat psikologi yang kita gunakan untuk mengkelaskan dan menggambarkan seseorang dalam ciri-ciri seperti perasaan tenang, pasif, keras dan agresif. Terdapat tiga komponen utama emosi iaitu yang pertama adalah berkaitan dengan perasaan subjektif yang berbeza atau kesannya (associated with distinct subjective feelings or affects). Komponen yang kedua ialah perubahan tubuh yang berlaku di sistem saraf (accompanied by bodily changes  mostly in the nervous system) dan yang komponen terakhir iaitu yang ketiga ialah kecenderungan atau tindakan yang berbeza serta peningkatan kebarangkalian tentang perilaku yang tertentu (accompanied by distinct action tendencies or increases in probabilities of certain behaviours).  

Terdapat petunjuk yang telah dicipta oleh Myers-Briggs. Jenis petunjuk Myers-Briggs ini adalah yang paling banyak digunakan untuk instrumen dalam menilai keperibadian individu di seluruh dunia. Keperibadian individu itu dinilai dalam beberapa jenis contohnya seperti ekstrover (extroverted) atau introvert (introverted) (E or I), deria (sensing) atau intuitif (intuitive) (S or N), berfikir (thinking) atau perasaan (feeling) (T or F) dan menilai (judging) atau mengamati (perceiving) (J or P). Saya difahamkan setiap petunjuk ini ada penerangan yang berbeza seperti extroverted dikaitkan dengan sikap yang  lasak, ramah dan tegas berbanding dengan introverted yang dikaitkan dengan individu yang bersifat malu, senyap dan kurang bergaul. Manakala sensing pula dikaitkan dengan tingkahlaku seperti praktikal, dan lebih gemar kepada benda yang lebih rumit berbanding dengan sikap intuitive yang lebih tidak gemar kepada benda-benda yang rumit. Petunjuk seperti thinking pula lebih kepada individu yang gemarkan menggunakan akal dan logik dalam menangani masalah berbanding individu yang bersifat feeling yang banyak bergantung kepada sifat-sifat peribadi dan sedikit beremosi. Dan petunjuk yang terakhir ialah judging, individu yang bersifat seperti lebih gemarkan kawalan dan suka menilai antara baik dan buruk berbeza dengan sikap individu yang perceiving yang lebih kepada sikap yang fleksibel dan spontan.    Semasa di dalam kelas En Zambri telah mengarahkan setiap pelajar untuk membuat kuiz penilaian peribadi mengikut petunjuk yang telah diberikan, saya telah memilih petunjuk iaitu ESTP.  

Selain itu, terdapat juga model yang dikenali sebagai Big-Five Model. Model ini terdapat lima komponen yang utama  iaitu extroversion, agreeableness, conscientiousness, emotional stability dan  openness to experience. Extroversion merujuk kepada tahap keselesaan seseorang terhadap sesebuah hubungan yang terjalin. Agreeableness merujuk kepada kecenderungan individu untuk tunduk dan patuh kepada orang lain.Conscientiousness merujuk kepada kebolehpercayaan seseorang individu itu terhadap orang lain melalui sikap yang berhati-hati. Manakala Emotional stability merujuk kepada kemampuan atau keupayaan seseorang individu menangani tekanan dan yang terakhir  Openness to experience merujuk kepada kepentingan individu dengan daya tarikan yang baru.

Kesimpulannya, seseorang individu itu amat berbeza dari segi emosi dan perasaan walaupun seseorang itu mengalami sesuatu peristiwa yang sama dan perbezaan itu dikaitkan dengan personaliti individu tersebut, ini kerana emosi dan personaliti serta tingkah laku individu amat berguna untuk membezakan sikap manusia.

No comments:

Post a Comment