Friday 24 September 2010

A128782azlin LJ09

Assalamualaikum dan salam sejahtera…….

Emosi dan personaliti merupakan tajuk pada minggu ini…. Adakah emosi dan personality seseorang itu berkait antara satu sama lain? Pernakah kita perhatikan dan memerhatikannya? Jika ya apa jawapan anda?hehehe macam soalan pula ya…

Seringkali kita mendengar bahawa personaliti begitu penting kepada seseorang kenapa?kerana dengan personality yang menyakinkan, tegas dan sebagainya menyebabkan diri sentiasa berkenyakinan. Atas dasar ini emosi dan personality mempunyai hubung kait yang amat rapat sekali. Jika kita merasakan personality seseorang itu baik dan mengagumkan pasti ketika itu emosinya berada dalam keadaan stabil. Hal ini kerana dengan emosi  yang baik menyebabkan orang yang berada disekeliling kita berasa selesa dengan kita.

Terdapat  3 kompenan utama emosi  yang diterangkan iaitu perasaan(subjective feelings), perubahan tubuh(bodily changes), dan kecenderungan tindakan(action tendencies). Melalui personalii seseorang dapat mengetahui dan mengklasifikasikan karakter seseorang samada, seorang pendiam, peramah atau seumpamanya. Untuk mengklasifikasikan karakter seseorang boleh dilakukan mengikut kaedah Myers-Briggs iaitu extroverted or introverted, sensing or intuitive, thinking or feeling, and judging or perceiving.

 Extroverted boleh difahami ialah sesorang yang mempunyai sifat suka bergaul dan tegas manakal introverted pula mempunyai sifat sebaliknya iaitu seorang yang senyap dan pemalu. Seseorang yang mempunyai sifat extroverted ini kebiasaannya mampu menyesuaikan diri ditempat baru dengan lebih cepat seperti contoh dapat menyesuaikan diri di UKM walaupun baru beeberapa hari berada disini. Hal ini kerana mereka mempunyai sikap peramah dan senang berkomunikasi dengan orang lain. Berbanding dengan introverts kerana sikap senyap dan pemalu menyebabkan sukar untuk menyesuaikan diri dan memerlukan tempoh masa yang panjang untuk menyesuaikan diri . ini menyebabkan mereka sentiasa berseorangan.

Kedua ialah sensing types iaitu seseorang yang focus akan sesuatu perkara. Kebiasaannya orang yang tegolong dalam kumpulan ini bersifat cerewet dan melakukan sesuatu kerja itu dengan sempurna. Maka berhati-hatilah dengan ketua atau majikan anda nanti. Walaubagaimanapun hasilnya adalah amat memuaskan dan baik sekali. Berbanding dengan intuitive yang sentiasa tenang dalam melakukan sesuatu dengan tidak tergesa-gesa. Maka emosi pekerja dibawahnya sentiasa stabil dan tidak tertekan seperti dengan yang mempunyai sikap sensing types akhirnya kerja yang dilakukan juga akam memuaskan disamping keadaan emosi yang stabil.

Seterusnya ialah thinking types dan feeling. Orang yang tergolong dalam thinking types ini biasanya sentiasa memikirkan sebab dan logiknya dalam membuat sesuatu idea atau dalam menyelesaikan masalah. Mereka juga kreatif dalam mereka bentuk alatan baru. Sebagai contoh mereka robot untuk menjadikannya pembantu rumah. Dari segi logiknya adakah mampu sesebuah robot itu menjadi seperti itu? Maka orang sentiasa berfikir akan sentiasa berfikir dan mereka ciptanya. Manakala feelin types pula amat bergantung kepada emosi dan perasaan. Sebgai contoh akan berasa sedih akan mala petaka yang terjadi kepada seseorang dan  sering kali untuk membuat sesuatu keputusan itu bergantung kepada emosi. Dan ini amat bahaya kepada seorang hakim kerana jika emosinya terganggu akan menyebabkan kesilapan dalam menjatuhkan hukuman kepada seseorang. Oleh itu dia mestilah berada dalam emosi yang stabil sebelum membuat sebarang atau menjatuhkan hukuman.

Akhir sekali ialah judging types dan perceiving types. Perbezaan yang paling ketara antara kedunya ialah judging bersikap bersistematik dalam sebarang keadaan samada dalam penyimpanan data atau sebagainya. Berbeza dengan perceiving yang mana berkeadaan kelam kabut dalam semua urusan.

Kesimpulannya kita dapat menilai diri kita selepas menjalankan MBTI  ini.


No comments:

Post a Comment