Friday 24 September 2010

A128283 HAFIZAH LJ09

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca jurnal saya ini…


Sempena bulan Syawal yang lagi diberkati dan diredhai ini, kita semua terutamanya kaum Muslim pasti masih bersemangat untuk menghadiri rumah-rumah terbuka yang dianjurkan oleh pelbagai pihak di universiti atau persatuan masing-masing. Sekali gus, pastinya kita masih berasa semangat untuk menghadiri kelas masih kurang kerana masih terimbau kenangan berhari raya bersama keluarga yang tercinta.


                Pertama sekali, jurnal kita pada minggu ini ialah berkisar tentang Emosi, Personaliti dan Tingkah Laku. Objektif yang didapati daripada kuliah minggu ini ialah berkenaan dengan pemahaman kita mengenai pendekatan dalam pengelasan emosi mengikut jenis dan intensiti. Selain itu, objektif lain yang akan dapat kita peroleh ialah mengenai pemahaman kita berkenaan dengan perhubungan antara emosi, personaliti, dan tingkah laku. Kuliah minggu ini menambahkan lagi pengetahuan kita mengenai tiga komponen utama yang terdapat dalam emosi, pertama; associated with distinct feelings (perasaan) or affects, kedua; accompanied by bodily changes (perubahan tubuh), mostly in the nervous system, dan yang ketiga; accompanied by distinct action tendencies (kecenderungan tindakan), or increases in probabilities of certain behaviors. Sebenarnya, manusia mempunyai perbezaan dari segi reaksi emosi walaupun berada dalam situasi yang sama. Perbezaan ini mempunyai kaitan dengan personaliti seseorang individu tersebut. Oleh yang demikian, emosi dan personaliti berperanan dalam menentukan reaksi terhadap affect dan berguna dari segi membezakan individu tersebut.


                Berfokus kepada personaliti, personaliti merupakan gabungan sifat psikologikal  yang kita gunakan untuk mengklasifikasikan dan menggambarkan seseorang individu berkenaan dengan istilah pendiam, agresif, pasif dan sebagainya. Menurut Myers-Briggs Type Indicator, Penilaian Personaliti ialah alat yang paling banyak digunakan di seluruh dunia. Seseorang individu itu diklasifikasikan sebagai extroverted or introverted (E or I), sensing or intuitive (S or N), thinking or feeling (T or F), and judging or perceiving (J or P). Sebagai contoh, extroverted adalah kelompok individu yang suka bergaul, tegas, dan tidak serius serta introverted pula adalah golongan individu yang pendiam dan pemalu. 

 

                Sesuatu yang dilihat, difikirkan selalunya berbeza di antara satu sama lain dan perbezaan yang paling ketara yang kita dapat lihat ialah di antara lelaki dan perempuan. Sebagai contoh, apabila melihat sesuatu adegan yang melucukan ada sesetengah individu tidak akan ketawa kerana perkara tersebut tidak dapat mencuit hatinya untuk ketawa. Contoh seterusnya pula ialah, wanita akan lebih tertarik untuk melihat gambar lelaki berbanding gambar perempuan apabila gambar-gambar model wanita dan lelaki ditunjukkan kepada mereka, dan sebaliknya lelaki turut melakukan perkara yang serupa iaitu lebih tertarik untuk melihat gambar model perempuan.


Berfokus pula kepada keadaan dan gaya emosi, kajian yang didapati ialah ES vs ET iaitu Keadaan Emosi (Emotional States) Versus Tret Emosi (Emotional Traits) dan Cat vs Dim iaitu Pendekatan kategori (Categorical) Versus Pendekatan dimensi (Dimensional) to Emotions. Keadaan Emosi (ES): Transitory, lebih bergantung kepada situasi daripada individu yang spesifik. Tret Emosi (ET): Pola reaksi emosi yang konsisten dipamerkan oleh individu dalam banyak situasi kehidupan. Berbanding pendekatan kategori (Categorical) Versus Pendekatan dimensi (Dimensional) to Emotions, Pendekatan kategori (Cat) berfokus kepada pengenalpastian beberapa nombor kecil yang utama dan perbezaan emosi, kekurangan konsensus berkenaan emosi yang mana ialah utama, kekurangan konsensus dapat dianggap berpunca kriteria yang berbeza yang digunakan untuk mendefinisikan emosi sebagai keutamaan. Dimensional approach (Dim) berdasarkan kepada kajian empirikal berbanding kriteria teoritikal dan orang ramai akan mengelaskan mereka dalam kepelbagaian emosi, kemudiannya, pengkaji akan mengaplikasikan teknik statistik untuk mengenal pasti dimensi yang menjadi dasar pengelasan tersebut.


Kesimpulannya, pendekatan mengenai emosi, personaliti, dan tingkah laku mampu membezakan sifat seseorang individu tersebut terutamanya yang berkaitan dengan jantina lelaki dan perempuan dan perbezaan itu turut berlaku pada seseorang individu yang mempunyai sama jantina. Oleh yang demikian, kita perlu cuba untuk memahami diri sendiri dan orang lain kerana semua kehidupan di dunia ini mempunyai pelbagai kerenah dan ragam dalam hidup masing-masing.


Sekian, terima kasih. End#

No comments:

Post a Comment