Friday 3 September 2010

A128283 HAFIZAH ABDULLAH LJ07

Pada malam yang tenang lagi harmoni ini, saya ingin mengucapkan salam sejahtera dan Assalamualaikum kepada semua yang membaca jurnal ini. Pada hari ini, iaitu 1 September 2010 kami telah dikuliahkan mengenai topik yang agak menarik minat kami semua untuk mendengarnya dan mengambil iktibar daripadanya. Sebelum memulakan kuliah pada kelas terakhir sebelum bercuti, En. Zambri telah menyajikan tayangan video klip mengenai bencana alam iaitu Tsunami yang telah berlaku di negara Indonesia yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa yang ramai dan kerosakan harta benda, saya sangat tersentuh hati mendengar lagu yang didendangkan dan melihat  gambar-gambar yang ditayangkan walaupun saya tidak mengalami peristiwa tersebut tetapi ia telah memberi kesan kepada emosi saya yang melihatnya. Berbalik kepada tajuk topik yang dimaksudkan oleh saya ialah teori mengenai emosi dan ingatan. Topik ini melibatkan perbincangan mengenai adakah emosi membantu kita untuk mengingati, dan topik ini turut membincangkan perbandingan kekuatan ingatan kaum lelaki dan perempuan terhadap sesuatu perkara yang berkaitan dengan hidup mereka. Perkara ini sebenarnya bukan mudah untuk dijawab bila kita memikirkan mengenai kerumitan emosi yang sebenar.

                Hal yang ingin saya bicarakan mengenai emosi dan ingatan, yang pertama ialah berkaitan dengan persoalan ini iaitu terdapat dua elemen yang agak berbeza; persoalan pertama berfokus terhadap isi kandungan emosi yang berkaitan dengan maklumat yang ingin kita ingati dan yang keduanya ialah persoalan yang menumpukan kesan terhadap keadaan emosi berdasarkan proses pembelajaran kita dan proses ingatan kita yang berlaku pada asasnya  banyak berkaitan dengan mood yang dialami oleh kita sendiri pada ketika itu. Berbalik kepada kesan kandungan emosi, sebagai manusia kita akan lebih mengingati perkara yang memberikan kesenangan, kebahagiaan, dan kegembiraan kepada kita berbanding ingatan kita terhadap perkara yang membawa kebosanan terhadap diri kita. Sebagai contohnya, kita sebagai manusia pada dasarnya menyukai mengingati pengalaman positif berbanding mengingati pengalaman negatif, contohnya kita lebih mengingati saat-saat manis kita bersama seseorang yang kita sayangi berbanding mengingati pertama kali kita melakukan pembentangan di hadapan orang ramai di dalam dewan kuliah. Misalnya, saya masih lagi mengingati memori dan kenangan bagaimana kawan-kawan saya melakukan kejutan pada hari jadi saya yang ke 20 berbanding mengingati saat-saat saya berpisah dengan orang yang saya kasihi. Hal ini menyebabkan kajian terhadap ingatan mengatakan manusia lebih mengingati pengalaman yang positif dan menarik berbanding pengalaman yang negatif dan sedih adalah benar dan tepat.

Kesan dan pengaruh emosi terhadap ingatan, kita cenderung mengingati perkara yang baik daripada perkara yang membosankan. Menurut kajian yang terkini menunjukkan bahawa adalah emosi yang terangsang dengan mood yang berlaku pada ketika itu, bukan bermakna berlaku dengan peribadi seseorang yang membuatkan peristiwa tersebut mudah diingati.  Jika memori yang ingin diingati itu adalah peristiwa yang emosional dan peristiwa tersebut mungkin akan mengorbankan maklumat ingatan yang lain. Dengan demikian, kita berkemungkinan kurang cenderung mengingati maklumat jika diikuti oleh sesuatu yang sangat emosional. Kesan ini nampaknya lebih cenderung kepada golongan perempuan. Sebagai contohnya, seorang anak yang sangat sedih akan kehilangan kedua-dua orang tuanya akan menyebabkan memori yang gembira tidak akan diingati sebaliknya lebih mengingati perkara yang menyedihkan ketika dia sedang merindui keluarganya. Memori yang manis akan lambat untuk dilupakan daripada ingatan kita berbanding dengan memori yang menyedihkan. Sekian.  


No comments:

Post a Comment