Tuesday 21 September 2010

A128223 ROSIDI LJ08

Assalamualaikum dah salam 1 malaysia di ucapkan kepada pensyarah saya Encik Zambir dan kepada semua rakan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia.Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut tentang jurnal pada kali ini,ingin saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua pensyarah saya Encik Zambri dan rakan-rakan sekalian.

 

 

Tajuk kuliah pada kali ini amat menarik kerana kuliah yang di sampaikan pada minggu ini berlainan dengan minggu-minggu yang sebelumnya.Kuliah pada minggu kelapan ini menarik kerana iainya dilakukan dengan cara bukan bersemuka malah melalui audio.Hal ini menyebabkan saya berasa tertarik dengan kaedah pengajaran ini.Tajuk kuliah pada kali ini adalah "emosi dan motivasi",tajuk ini menerangkan apa itu emosi dan kaitan emosi dengan motivasi.Apa itu motivasi????...motivasi adalah bermaksud tujuan,sebab atau sesuatu pendorong,hal ini menjadi pendorong atau penggerak utama bagi mencapai sesuatu yang di inginkan samada usaha yang di lakukan itu negatif mahupun positif.Contohnya jika kita ingin Berjaya dalam hidup,kita mesti belajar bersungguh-sungguh,ada juga orang lain yang Berjaya dalam hidup dengan cara yang lain.Ramai golongan-golongan yang telah Berjaya mengatakan bahawa jika ini Berjaya kita hendaklah sentiasa memotivasikan diri kita.Hal ini terpulang terhadap individu untuk memilih cara negatif  ataupun positif.Seperti yang kita pelajari dalam pembelajaran sebelum ini emosi terdiri daripada beberapa komponen emosi iaitu perasaan,proses kognitif ,perubahan fisiologi dan tingkah laku berkaitan.

 

 

Sebagai contoh jika kita sukakan seseorang,secara automatiknya kita akan berasa gembira,seronok,.Hal ini seterusnya emosi mendorong kita melakukan perkara-perkara tertentu seperti menghantar pesanan ringkas,memberi hadiah dan sebagainya.Saya juga ini berkongsi peristiwa saya untuk dijadikan contoh,ketika belajar di tingkatan 6,semua kawan-kawan memandang rendah terhadap saya,hal ini kerana saya seorang pelajar yang nakal semasa di bangku sekolah dahulu,Akibat daripada itu,saya berasa marah,dan tercabar,dan saya telah nekad untuk belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan yang akan datang.Dan pada hari pegumuman keputusan peperiksaan saya telah mendapat keputusan yang cemerlang jauh lebih baik dari keputusan mereka.Namun begitu tidak semua emosi dapat menjadi pendorong.Emosi yang positif biasanya berkait dengan motivasi yang positif,manakala emosi negatif pula berkait dengan motivasi negatif.Tajuk kuliah pada kali ini member pengetahuan kepada kita bahawa kebanyakan tingkahlaku kita,perbuatan kita adalah bedasarkan emosi

 


No comments:

Post a Comment