Friday 3 September 2010

A128223 ROSIDI LJ07

               Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam 1 malaysia diucapkan kepada pensyarah saya iaitu Ahmad Zambri Bin Mansor dan rakan-rakan sekalian.Dari kuliah pertama hinggalah kuliah ke tujuh tajuk kuliah dalam kursus ni semakin menarik,ini membuatkan saya lebih bersemangat dan berminat untuk terus mengikuti kursus ini.Pada hari rabu yang lepas iaitu,1/8/2010 merupakan kuliah yang ke tujuh bagi kursus ini.Tajuk kuliah pada minggu lepas ialah mengenai Emosi dan ingatan,iaitu di mana Emosi dapat mempengaruhi ingatan seseorang.Namun sebelum memulakan kuliah tersebut kami telah di tayangkan video tentang bencana alam yang amat dahsyat yang telah meragut beratus-ratus ribu nyawa iaitu bencana tsunami,bencana tersebut amat menyayat hati dan dahsyat.Bencana tersebut telah memberi kesan ingatan yang lama khususnya kepada mangsa-mangsa yang terselamat,dan perkara tersebut dapat mempengaruhi emosi mereka seperti trauma,sedih,takut dan sebagainya.Namun begitu,golongan wanita lebih emosi berbanding golongan lelaki.

 

                   Peristiwa yang beremosi seperti kematian orang yang tersayang,lebih mudah di ingati berbanding peristiwa biasa.Contohnya pada tahun 2006,saya telah kehilangan orang yang saya sayang iaitu nenek saya,sampai sakarang saya masih ingat tarikh,masa dan saat-saat arwah menhembuskan nafasnya yang terakhir,setiap kali saya terkenang,teringat tentang peristiwa tersebut pasti saya akan berasa sebak,sedih kerana saya amat merindui arwah,hal ini kerana saya adalah cucu yang paling rapat dengan arwah.Namun begitu tidak semua emosi dapat merangsang ingatan.Hal ini kerana keadaan emosi boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu kepadanan emosi (mood congruence)dan aspek kebergantungan emosi yang dikenali sebagai (mood dependence).Dalam kuliah ini juga kami didedahkan mengenai bahagian-bahagian otak yang berkaitan dengan perkara ini,Bahagian yang pertama dikenali sebagai Amygdala iaitu bertanggungjawab menentukan tahap kepentingan sesuatu emosi,manakala bahagian kedua pula dikenali sebagai cerebellum yang berfungsi sebagai coordination skill dan bahagian ketiga pula dikenali sebagai frefrontal cotex yang berfungsi menentukan emosi dan menjalankan cognitive process.Ketiga-ketiga bahagian otak tersebut terdapat pada semua manusia tidak kira seseorang itu lelaki mahupun perempuan.Namun begitu ianya berbeza antara lelaki dan perempuan,hal ini kerana lelaki dan perempuan menpunyai encode information pada bahagian yang berlainan.

 

                   Kesimpulannya,sampai disini sahaja jurnal saya pada kali ini,jumpa lagi di jurnal yang akan datang. Sesungguhnya saya amat bersyukur dapat megikuti kursus ini yang mana banyak mendatangkan kebaikan kepada diri saya selain dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya,yang baik itu datang daripada ALLAH S.W.T dan yang lemah itu datang dari kelemahan diri saya sendiri.Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada pensyarah saya iaitu Encik Zambri Bin Mansor,dan kepada semua kawan-kawan mahasiswa,mahasiswi UKM yang akan meyambut aidilfitri tidak lama lagi….MAAF ZAHIR BATIN….Wassalam…..


No comments:

Post a Comment