Thursday 16 September 2010

A127856 eaishah aziz LJ07

Pembelajaran pada minggu ini adalah berkiatan dengan emosi dan motivasi. Membincangkan tentang perkaitan anatar emosi dan motivasi. Pastinya tajuk ini amat menarik untuk di kongsi bersama. Hal ini kerana sebagai seorang ,mahasiswa dan mahasiswi pastinya motivasi dan emosi dalam diri tidak dapat dikecualikan. Tambahan pula apabila mengalami tekanan dalam diri yang mengganggu emosi. Oleh itu, pastinya memerlukan motivasi sebagai pendorong menaikkakn semangat.

           

Kita hanya tahu, motivasi sebagai cara untuk memberi semangat kepada kita. Namun, kita tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan motivasi dalamkonteks yang sebenar. Motivasi ialah suatu proses untuk menggalakkan sesuatu tingkah laku supaya dapat mencapai maklumat-maklumat yang tertentu. Perkara ini boleh juga dikatakan sebagai satu proses bagi mencapai matlmat atau tujuan kita menghadapi sesuatu perkara. Konsep motivasi  sememangnya agak sukar untuk difahami secara menyeluruh keraba kesannya tidak dapat diketahui secara langsung. Sebagai contoh, seorang guru terpaksa melibatkan proses pelbagai motif kelakuan seseorang yang diukur dari segi perubahan, keinginan, keperluan dan matlamatnya.

 

Melalui pembelajaran pada minggu ini juga, saya mendapat pengetahuan  yang baru mengenai terdapat tiga teori motivasi. Pertama ialah Teori Isian yang melibatkan tahap kepuasan hati kedua Teori Proses dan ketiga Teori Pengukuhan atau juga disebut sebagai teori penyokong. Teori persamaan, teri jangkaan dan teori pembentukan matlamat termasuk dalam teori proses. Secara asanya teori ini akan menjelaskan sebab-sebab seorang individu memilih melakukan sesuatu lakuan. Secara am nya, apabila seseorang melakukan sesuatu pastinya mempunyai tujuan atau matlamat yang ingin dicapai.Contohnya, seorang pengetua membentuk matlamat untuk mencapai prestasi sebanyak 2% dalam peperiksaan PMR. Matlamat yang perlu dicapai oleh guru-guru adalah jelas dan dirasakan logik untuk dicapai. Oleh itu, perasaan keinginan yang difikirkan oleh otak kan memberikan motivasi kepada diri bagi mencapainya.

 

Melalui pembacaan saya dalam satu artikel berkaitan emosi dan motivasi ini ada menyatakan bahawa emosi adalah sesutu yang perlu, kerana bertindak sebagai peransang kepada motivasi dalam diri kita. Sebagai contoh, apabila kita berada dalam keadaan yang gembira,suka atau senang motivasi dalam diri akan meningkat. Tetapi sebaliknya, sekiranya kita berada dalam keadaanyang muram, yang menyebabkan semua perkara jadi tidak senang akan menyebabkan motivasi dalam diri kita menurun. Oleh itu, dalam usaha mengejar kejayaan dalam hidup pastintya emosi positif serta motivasi yang tinggi amat diperlukan. Apa yang pasti apabila kita berada dalam keadaan emosi yang negatif, motivasi dalam kita akan tidak berada dalam keadaan yang kekal lama.

 

Selain itu, melaui pembelajaran pada minggu ini, saya mendapati terdapat empat komponen emosi. Pertama ialah perasaan, kedua Proses Kognitif, ketiga peubahan fisiologi dan keempat ialah tingkah laku yang berkaiatan. Perkara ini merupakan asas kepada pembentukan emosi dalam diri manusia. Namun bagitu apa yang dimaksudkan dengan emosi mempunyai makna yang lebih luas berbanding dengan perasaan. Melalyui pembelajaran ini,saya menagetahu terdapat ramai yang memperkatakan tentang emosi dan motivasi. Sebagai contoh, Baron dan logan menyatakan " emosi todak boleh dipisahkan daropada motivasi. Disamping itu juga, Large et. Al 1992 ada menyatakan bahawa emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motivasi boleh menjadi emosional. Namun ada juga diterangkan bahawa tidak semua emosi akan menjadi pendorong  untuk kita melakukan sesuatu perkara dan ada juga di sebut tetnag tidak semua pendorong adalah berasaskan kepada emosi.

 

Pada kebiasaannya, emosi akan bertindak balas daripada adaptasi yang dijalankan terhadap diri. Persekitan dan proses komunikasi meerupakan perkara-perkara yang boleh menyebabkan satu tindak balas berlaku. Persekitan yang yang tenang akan membantu kita dapat berfikir secara lebih baik berbanding persekitaran yang agak teganag. Sebagai contoh apabila kita berada dikawasan yang agak selesa, kita dapat melakukan pekerjaaan dengan lebih baik. Berbanding apabila kita berada dalam keadaan yang tidak kondusif akan menyebabkan kita berasa tidak selesa. Perkara ini akan menyebbakan motivasi dalam diri semakin menurun. Perasaan untuk ,elakukan kerja tersebut akan bertukar kepada pertasaan yang bosan. Perkara ini telah membuktikan bahawa persekitan berkaitan dengan motovasi diri.

Sebagai kesimpulan, input yang diberikan pada pembelajarn kali ini mamat berguna. Hal ini kerana dapat ,menerangkam keapada saya supaya lebih berfikiran postif dan poerlulah mengawal emosi. Perakar tersebut amat penting bagi membantu saya mendapat kejayaan pada akhir pembelaran nanti. Saya juga berharap agar kehidupan saya pada masa akan satang akan bertambah baik danb sebtisa mempunyai motivasi diri yang tinggi.

No comments:

Post a Comment