Thursday 2 September 2010

A127856 EAISHAH AZIZ LJ07

Mempunyai daya ingatan yang kuat merupakan satu kelebihan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. Oleh itu, kita perlu mensyukurinya. Pada kebiasaannya, ingatan terhadap sesuatu perkara itu dipengaruhi oleh emosi yang dialami seseorang itu. Secara tidak lansung perkara itu berkaitan dengan pembelajaran. Pada minggu ini, dalam kelas  pengurusan emosi  membincangkan tajuk yang berkaitan dengan emosi,ingtan dan pembelajaran. Tajuk yang dibincangkan pada minggu ini begitu menarik. Hal ini pastinya berkaiatan dengan setiap individu. Emosi merupakan satu perkara yang lumrah dalam hidup manusia. Melihat pada matlamat pembelajaran bagi memahami emosi dan ingatan saling berhubungan. Disamping untuk melihat bagaimana ingatan boleh membantu pembelajaran.

Dalam kuliah pada minggu, baru saya mengetahui bahagian otak yang mempengaruhi emosi dan ingatan. Bahagian pertama ialah Amydala, merupakan bahagian otak yang berfungsi untuk mengira sejauh mana kepentingan emosi mempengaruhi ingatan. Pada bahagian ini akan lebih memikirkan terhadap sesuatu emosi yang negatif. Bahagian ini juga berkebolehan meramal "later memory" dan berfungsi menyimpan serta bertindak balas dengan ransangan yang baru diterima. Bahagian kedua pula ialah Cerebellum yang bertugas mengawal pergerakan-pergerakan badan yang memerlukan fokus dan teliti. Contohnya seperti menulis dan melukis. Terjejasnya cerebellum seseorang akan menyebabkan pergerakan menjadi tidak tepat. Sekiranya anda terserempak dengan pemabuk, cubalah anda suruh mereka meletakkan jari telunjuk di hidung mereka sendiri.Pasti mereka tidak mampu melakukannya, kerana perlakuan tersebut memerlukan konsentrasi dan ketelitian yang tinggi. Bahagian yang ketiga pula ialah Prefrontal Cortex yang mana mengabungkan antara mood dan juga kognitif. Kognitif ialah pemikiran, otak, akal manusia. Melalui pembelajaran pada minggu ini menyatakan bahawa kejadian atau peristiwa yang melibatakan emosi akan lebih diingati berbanding peristiwa atau perkara yang bersifat neutral. Sebagai contoh sekiranya kita sedang mengalami emosi sedih akibat berlakunya peristiwa yang menyebabkan kita berasa sedih. Peristiwa tersebut kita akan ingat dalam jangka masa yang agak panajang, berbanding dengan perkara atau peristiwa yang sudah biasa terjadi.

Emosi mempengaruhi dengan dua elemen iaitu kandungan emosi dan keadaan emosi. Kedua-dua elemen ini penting untuk mengaitkan antara emosi dan ingatan. Emosi positif dan negatif merupakan dua emosi yang akan wujud dalam diri kita secara semula jadi. Melalui kajian yang dijalankan emosi positif akan lebih diingati berbanding dengan emosi negatif. Contohnya emosi gembira apabila mendapat tempat melanjutkan pembelajaran di Institut Pengajian Awam, akan meninggalkan satu ingatan yang lebih tinggi berbanding gagal dalam peperiksaan. Disamping itu, kuliah pada minggu ini member input kepada saya bahawa orang yang lebih dewasa akan dapat mengawal emosi berbanding orang muda. Tidak dapat dinafikan orang muda yang masih lagi tidak mempunyai cara pemikiran yang matang tidak dapat berfikir lebih panjang. Mereka akan membuat keputusan secara drastik.

Melalui pembelajaran pada minggu ini, saya menambah pengetahuan tentang "mood" iaitu berkaitan tentang kadar emosi apabila mendapat maklumat. "Mood Congruence" berkaitan dengan emosi yang dikembalikan melalui pengalaman yang telah lepas. Sebagai contoh,apabila berada dalam mood sedih untuk mengingati kembali peristiwa-peristiwa yang sedih lebih cenderung. Manakala "Mood Dependence" iaitu berkaiatan emosi yang lebih diingati tentang sesuatu peristiwa. Sekiranya sesuatu peristiwa atau kejadian tidak diikuti dengan emosi, ingatan terhadap peristiwa tersebut ada kurang kekal. Oleh itu, sesuatu pembelajaran yang igin dijadikan sebagai satu ingatan yang baik haruslah diikuti dengan emosi yang stabil. Sesuatu emosi dapat dilahirkan melalui sesuatu peristiwa dan situasi. Contohnya bagi melahirkan keinsafan diri dalam kem motivasi, biasanya pesilitator akan memasang lagu yang sedih,mengungkapkan perkara-perkara yang sedih sehingga memberikan ingatan kepada peserta. Oleh itu, sesuatu peristiwa akan dapat meningatkan peristiwa yang lalu.

Melalui pembelajaran pada minggu ini, dapat diketahui bahawa wanita akan lebih mengingati peristiwa yang beremosi berbanding dengan kaum lelaki. Hal ini kerana input yang diterima oleh otak kaum perempuan dan lelaki adalah berbeza melalui satu kajian yang dijalankan. Disamping itu juga, factor umur juga mempengaruhi daya ingatan seseorang. Semakin tua umur seseorang,daya ingatan semakin kurang. Kesimpulannya, emosi yang ada dalam diri setiap manusia adalah satu perkara yang lumrah. Oleh itu, tanggungjawab kita adalah bagi mengawal emosi yang ada pada diri agar dapat bertindak selaras dengan keadaan dan situasi. Hal ini bagi memperolehi tahap pembelajaran yang baik dan berkualiti.# END


No comments:

Post a Comment