Friday 24 September 2010

A127257 NORIZA LJ09

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapakan kepada Encik Zamri dan rakan-rakan sekuliah sekalian Bertemu kita kembali selepas tamatnya cuti bersempena Hari Raya Aidlfitri.Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan sekali lagi Selamat Hari Raya kepada semua umat islam yang menyambut Hari Lebaran..Bagi saya, kuliah pada kali ini sangat menarik perhatian saya kerana ia kelihatan mudah difahami dan beberapa kuiz diadakan untuk mengetahui tentang personaliti tentang diri kita sendiri. Saya merasakan kuliah minnggu ini agak berbeza dari kuliah-kuliah sebelum ini.Saya merasa sangat terhibur kerana dapat mengetahui personaliti diri sendiri kerana sebelum ini saya tidak mengetahui personaliti diri saya sendiri, apabila dibandingkan dengan kawan-kawan saya,personaliti kami sangat berbeza.Sebenarnya pada fizikalnya kami nampaknya sama tatapi sebenarnya manusia berbeza dari segi reaksi walaupun pada peristiwa yang sama.Perbezaan ini mempunyai kaitan dengan personaliti individu.Contohnya Pada suatu hari saya dan rakan-rakan terserempak anjing,saya menunjukkan reaksi yang agak slamber dan cuba tenangkan diri tetapi kawan saya melarikan diri .Oleh sebab itu,emosi dan personaliti bebeza dari segi membezakan individu.Emosi dan personaliti berperana dalan menentukan reaksi terhadap kesan.

Sebelum saya mengikuti kuliah ini saya mengangap dan berpendapat bahawa personaliti merupakan tingkah laku dan sifat seseorang individu yang merangkumi semua aspek kehidupan.Kini saya dapat mengetahui Takrif  personaliti yang sebenarnya.Apakah yang dimaksudkan Personaliti? Personaliti merupakan kombinasi sifat psikologi dalam menghuraikan tentang seseorang karakter seperti pendiam,pasif,agresif,aktif dan lain-lain.Contoh saya sendiri mempunyai personaliti yang pasif kerana saya tidak suka bergaul dengan ramai orang,saya hanya bergaul dengan rakan-rakan terdekat.Hal ini mungkin kerana sifat saya yang pemalu dan pendiam tetapi berbeza dengan rakan saya yang mempunyai personaliti yang agak aktif kerana dia suka menonjolkan diri sendiri dan peramah.

Dalam Tajuk Emosi dan Personaliti ini Encik Zamri menjelaskan bahawa terdapat dua teori yang utama iaitu 'Myers-Briggs Type Indicator' dan 'The big five model' .Teori Myers-Briggs Type Indicator merupakan salah satu instrument yang seringkali digunakan dalam menentukan dan menilai  personaliti seseorang individu.Teori ini adalah bahan yang  digunakan seraca komersel. MBTI mempunyai beberapa dimensi iaitu melibatkan Extroverted vs Introvert, Sensing vs Intuitive, Thinking vs Feeling dan Judging vs Perceiving.  Extroverted merupakan seseorang yang suka bersosial dan bergaul dengan orang ramai,tegas dan suka melakukan kerja yang boleh menonjolkan dirinya manakala Introverts merupakan seseorang yang mempunyai personaliti yang pendiam,pemalu dan tidak suka menonjolkan diri sendiri iaitu beliau suka melakukan pekerjaan yang berkaitan belakang tabir.Thinking ialah seseorang yang melakukan sesuatu keputusan adalah berdasarkan fakta atau empirikel iaitu mempunyai kajian dan data yang bagus manakala Feeling pula merupakan seseorang yang melakukan atau bertindak dalam melakukan sesuatu berdasarkan emosi dan moral. Judging ialah merupakan seseorang yang suka meklakukan sesuatu yang sistematik iaitu mengikut stuktur dan peraturan manakala Perceiving ialah seseorang yang mempunyai personality yang flexsibel dan melakukan sesuatu secara spontan tanpa perancangan.Demensi seterusnya ialah ,Sensing merupakan seseorang yang cerewet,praktikel dan mengambil kira walaupun hal yang sangat kecil dan tidak penting manakala Intuitive pula ialah seseorang yang tidak menyukai benda yang remeh tetapi adalah lebih global.Disini dapat saya akui bahawa diri saya tergolong dalam Intriverts, Thinking, Judging, Intuitive.

 

Personaliti pertama tentang diri saya iaitu Intriverts. Saya memegang jawatan sebagai setiausaha Jaksa kebajikan di kolej saya.Saya menerima jawatan ini kerana kebanyakan tugas setiausaha  dilakukan di belakang Tabir iaitu membuat surat-surat jemputan,kertas kerja,laporan dan sebagainya.Seterusnya Thinking,ia dilihat dalam diri seseorang dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.Contohnya apabila saya dilanda masalah seperti masalah rakan-rakan,keluarga,peribadi saya akan menyelesaikan masalah tersebut dengan mengambil kira logik dan sebab dalam mengendalikan masalah tersebut.Saya akan mengambil kira fakta semata-mata tetapi tidak mengambil kira perasaan dan moral kerana suatu keputusan yan baik adalah berdasarkan fakta dan bukti..Sifat saya yang seterusnya ialah Judging.Contohnya saya akan menyiapkan asigment tepat pada masanya,bukan sahaja dalam asigment tetapi dalam segala hal dalam kehidupan saya akan melakukan secara sitematik..Hal ini berbeza dengan rakan saya yang biasanya akan menyiapkan kerja saat-saat akhir dan menangguh kerja.Personaliti terakhir ialah Intuitive .Contohnya saya akan melakukan sesuatu perkara yang penting terlebih dahulu,saya tidak suka melakukan perkara yang remeh.Contohnya saya tidak cerewet dalam memilih pakaian,saya hanya mementingkan hal yang lebih global.

 

Teori yang kedua ialah  'The Big Five'.Teori ini juga mendedahkan keperibadian seseorang individu. Istilah ini merangkumi 5 personaliti yang utama dalam diri manusia. Antaranya termasuklah 'openness', 'conscientiousness', 'extraversion', 'neuroticism' dan juga 'agreeableness'.Saya akan menghuraikan serba sedikit mengenai teori ini .Extroversion merujuk kepada keselesaan seseorang mengenai sesuatu perhubungan  dengan masyarakat manakala agreeableness pula merujuk kepada kecenderungan individu itu berbeza daripada orang lain. Selain itu, conscientiousness pula merujuk kepada individu yang boleh diharap dan kebolehan seseorang dalam menangani tekanan tergolong dalam model emotional stability. Openness to experience pula adalah jenis individu yang terbuka untuk menerima atau mengalami sesuatu perubahan dalam hidup mereka.

 

Kesimpulannya setelah mengikuti kuliah ini saya lebih mengenali dan mengetahui tentang diri saya yang sebenar.. Selain itu saya berpendapat setiap personaliti yang dimiliki mempunyai kebaikan dan keburukan dan ujian personality dilakukan bukanlah untuk membandingkan mana yang lebih baik tetapi sekadar pengetahuan kita dan untuk memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik dan berkesan .

 


No comments:

Post a Comment