Friday 3 September 2010

A127257 NORIZA LJ07

                Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada pendapat saya kuliah pengurusan emosi ini memberi pelbagai input yang bernas dalam menguruskan emosi kita setiap hari .Setiap hari manusia akan berdepan dengan pelbagai masalah yang menyebabkan ia sedih ,kecewa dan sebagainya. Pada ninnggu ini pensyarah Dr.Ahmad Zamri bin Mansur memberi kuliah mengenai  tajuk yang berkaitan Emosi ingatan dan pembelajaran. Setelah tajuk demi tajuk  kami telah pelajari kini saya mempunyai pelbagai pengetahuan dan input berkaitan pengurusan emosi ini antaranya stuktur asas emosi ,emosi negetif ,emosi positif ,teori-teori dan lain-lain lagi. Memandangkan ini adalah kuliah terakhir untuk kami pelajari sebelum pulang beraya  untuk menyambut Aidil Fitri, jadi saya sendiri tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap kuliah yang diberikan tetapi setelah pelbagai vedio dipaparkan semua rakan sekuliah termasuk saya sangat terhibur dan merasakan masa berlalu begitu cepat.

Tajuk kuliah minggu ini ialah Emosi ingatan dan pembelajaran.Pensyarah memaparkan vedio kemudian beliau mengaitkan dengan tajuk yang kami ingin pelajari pada minggu tersebut.Persoalan disini adakah Emosi membantu kita mengingatkan sesuatu peristiwa itu?jawapan saya ialah ya kerana jikalau sesuatu peristiwa tersebut memberi kesan yang mendalam ia akan membantu kita mengigatkan tentang perkara tersebut. Saya mempunyai seorang rakan yang berada di Indonesia.Seperti telah kita sedia maklum di Indonesia  pada tahun 2004 telah mengalami tradegi yang menyayat hati iaitu kejadian Tsunami.Kejadian ini telah meragut nyawa beribu-ribu orang.Saya turut mengenali salah seorang mangsa Tsunami iaitu rakan saya sendiri yang ketika itu menetap di Indonesia.Dia turut kehilangan Ahli keluarganya ketika kejadian itu berlaku.Hingga ke hari ini peristiwa tersebut tersemat dalam ingatannya kerana peristiwa tersebut sangat menyedihkan.Seterusnya saya sendiri pernah mengalami perasaan gembira ketika ingin mengambil result STPM dan saat kali pertama saya mendapat anak saudara.Sehingga kini saya tidak dapat melupakan memori terindah itu.

            Emosi mempunyai 2 kompenen iaitu emosi yang ingin kita ingati dan yang kedua ialah mengenai keaadaan emosi kita iaitu emosi yang akan memberi kesan pembelajaran dan ingatan kita. Kompenen pertama itu membuatkan kita ingin sentiasa mengigati peristiwa tersebut. Contohnya pada 1 Mei 1989 adalah tarikh yang sangat bermakna pada diri saya kerana hari tersebut ialah hari lahir saya.Oleh sebab itu saya sentiasa mengingati tarikh tersebut.Kompenen kedua ialah keadaan emosi yang memberi kesan kepada pembelajaran dan ingatan.Contohnya sesuatu peristiwa yang membuatkan saya merasa sangat gembira  akan menyebabkan saya sentiasa mengingati peristiwa tersebut tetapi sesuatu peristiwa yang menyakitkan dan menyedihkan akan menyebabkan ingatan saya terhadap hal tersebut tidak kuat dan lama kelamaan saya akan melupakannya.Sesuatu pengalaman yang pahit akan menyebabkan kita melupakan dari mengingati hal tersebut manakala perkara yang membuatkan kita merasa bahagia,lebih mudah untuk  mengingati tentang perkara tersebut.Oleh hal yang demikian keaadaan emosi seseorang itu memainkan peranan penting dalam ingatan. Emosi positif mudah diingati berbanding emosi negetif.Contohnya saya pernah mengalami kesedihan dimana saya cuba untuk melupakannya,kini saya berjaya melupakannya walaupun masih terdapat sisa-sisa keperitan peristiwa tersebut.Setelah bapa saya meningal dunia kami sekeluarga mengalami masalah dengan Keluarga sebelah ayah kerana perebutan harta,mereka terlaku tamak sehingga melupakan tanggungjawab mereka untuk membahagikan harta tersebut sama rata.Saya sedih apabila mengenangkan sikap mereka dan saya cuba untuk melupakan perkara tersebut kerana apabila saya terkenang tentang hal tersebut saya merasa amat geram dan sedih dengan kelakuan mereka terhadap kami.

          Seterusnya kuliah yang diberikan juga merangkumi bahagian-bahagian yang terlibat dalam otak semasa kita sedang beremosi dan mengingati sesuatu perkara.Antara bahagian otak tang telah memainkan peranan dan mempengaruhi emosi dan Terdapat tiga bahagian dalam otak yang memainkan peranan ini iaitu amygdala, cerebellum dan prefrontal cortex. Pertama ialah amygdala yang memainkan peranan penting  iaitu mengira emosi sesuatu peristiwa yang membawa makna kepada seseorang dan memberi isyarat pada otak lalu bergabung dengan pengalaman deria. Ia juga mempengaruhi persepsi menyebabkan kita sedar sesuatu peristiwa itu berlaku walaupun kita tidak memberi perhatian terhadap peristiwa tersebut. Namun begitu, amygdala lebih bertindak kepada emosi negetif. Cerebellum pula membantu kita menyelaraskan pergerakan, mengingati perkara-perkara yang mempunyai nilai yang tinggi dan membantu kita mengingati sesuatu perasaan terutamanya ketakutan dalam jangka masa panjang. Seterusnya ialah prefrontal cortex yang hanya wujud apabila terangsang melalui gabungan tugasan minda dan keadaan emosi tetapi jika salah satu daripadanya tidak muncul.

Selain itu,pensyarah juga telah memaparkan vedio yang menunjukkan  perbezaan antara lelaki dan perempuan.Dalam vedio tersebut menunjukkan terdapat pelbagai perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam semua aspek.Vedio tersebut membuatkan kami semua terasa terhibur di samping mendapat pelbagai input.Lelaki adalah seseorang yang tidak mudah untuk mengalirkan air mata tetapi mereka juga menangis contohnya apabila mereka kehilangan insan tersayang.Walaupun secara luaran mereka tidak mengeluarkan air mata tetapi secara dalamannya mereka menangis  manakala perempuan mudah menangis dan sering menangis kerana bagi wanita tangisan itu adalah sesuatu kepuasan.Contohnya  seorang perempuan,apabila mereka merasakan sesuatu yang menyakitkan dan kesedihan mereka akan melepaskan melalui tangisan.Dalam masyarakat secara semula jadinya lelaki dididik dengan permainan yang berbentuk kasar manakala perempuan didedahkan dengan permainan yang bebentuk perhubungan.Selain itu perempuan akan lebih mengingati memori yang beremosi manakala lelaki tidak peka dengan perkara tersebut.Contohnya lebih mudah untuk mengingati tarikh-tarikh penting sepeti Ulang tahun perkahwinan.Selain itu dalam hal membeli belah perempuan sangat cerewet tetapi Lelaki tidak.Selain itu,perempuan memikir pelbai perkara apabila ingin meninggalkan rumah tetapi Lelaki tidak.

Kesimpulannya,emosi memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi  ingatan seseorang terhadap sesuatu peristiwa.Sesuatu peristiwa yang positif akan mudah diingati berbanding peristiwa negetif kerana peristiwa negetif akan mengundang kesedihan dalam diri seseorang dan mereka cuba untuk melupakan tentang perkara tersebut.Akhirnya terdapat pelbagai perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam pelbagai aspek.

 


No comments:

Post a Comment