Friday 24 September 2010

A127214 habibah LJ09

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapakan kepada semua pengunjung laman Jurnal Pengurusan Emosi. Bertemu kita kembali selepas tamatnya cuti bersempena Hari Raya Aidlfitri. Kuliah pada minggu ini dijalankan seperti biasa. Bagi saya, kuliah pada kali ini sangat menarik perhatian saya kerana ia melibatkan perkaitan antara emosi dan personaliti. Dalam kuliah ini juga, saya berkesempatan melakukan kuiz yang mencari personalti diri saya sendiri sekaligus memahami personaliti sya secara mendalam. Personaliti atau keperibadian merupakan satu cabang psikologi yang mengkaji keperibadian dan proses individu lain yang menjadikan kita manusia. Bagi pendapat saya, personaliti ditakrifkan sebagai himpunan pola emosi, pemikiran dan perlakuan yang unik yang ada dalam diri bagi seseorang itu.

            Seperti yang kita sedia maklum melalui kuliah sebelum ini, emosi terdiri daripada tiga kompenan, iaitu, perasaan, perubahan tubuh dan kecenderungan tindakan. Oleh itu, apakah kaitannya emosi dengan personaliti? Jawapannya, manusia berbeza dari segi reaksi emosi walaupun pada peristiwa yang sama mereka lihat atau alami. Perbezaan inilah yang dikatakan adanya kaitan dengan personaliti seseorang individu tersebut. Oleh itu, jelaslah bahawa emosi dan personaliti berguna dari segi membezakan individu. Selain itu juga, emosi juga dikaitkan dengan berperanan dalam menentukan reaksi terhadap affects.

            Apakah yang dimaksudkan dengan personaliti? Personaliti ialah kombinasi psikologi untuk menerangkan dan mengelaskan sikap seseorang, samada pendiam, agresif,tenang dan sebagainya. Permulaan kuliah ini kami diajukan oleh pensyarah, adakan personaliti terabahagi kepada dua bahagian?  Selepas di tayangkan tayangan video, saya dapati. Personaliti terbahagi kepada 2 bahagian iaitu personaliti A dan personaliti B. Personaliti A merupakan gambaran kepada seseorang yang suka melakukan kerja dengan cepat, baik dan sangat sempurna. Mereka ini merupakan seorang yang sangat disiplin dalam melakukan tugasan disamping tegas dan agak cerewet sebenarnya demi mencapai kesempurnaan yang ingin dicapai. Manakala, keadaan ini berbeza bagi personaliti B. Personaliti B merupakan seseorang individu yang boleh diklasifikasikan sebagai seorang yang cool atau sederhana sahaja dalam melakukan sesuatu kerja. Mereka ini lebih tenang dalam kerja mereka, senang di bawak berbincang, mudah bergaul dan mempunyai rasa simpati yang mendalam. Mana satukah personaliti saudara dan saudari sekalian? Anda sahaja yang dapat mentafsirkan diri anda sebagaimana.

            Seperti yang kita semua sedia maklum, pelbagai instrumen yang boleh kita gunakan untuk mencari indentiti personaliti diri kita yang sebenar dengan tepat dan juga boleh dianggap sebagai kajian yang amat berguna untuk individu lain. Instrumen yang seringkali dan banyak digunakan ialah Myers-briggs Type Indicator (MBTI). Kuiz ini merangkumi 16 jenis pembahagian personaliti. Seseorang itu akan dikelaskan mengikut ciri-ciri yang ada pada diri mereka sendiri.

Berikut adalah pembahagian personaliti yang terdapat dalam MBTI. Pertamanya ialah, Extroverted(E) VS Introverted(I). Extroverted merupakan seorang individu yang outgoing, suka bersosial, gemar mencari kawan baru, dan dikatakan seorang yang tegas. Mereka juga dikatakan mempunyai keyakinan yang  sangat tinggi. Oleh hal yang demikian, individu seperti ini gemar menjadi ketua dalam melakukan sesuatu projek. Berlainan pula dengan Introverted. Golongan  Introverted ini dikategorikan sebagai seorang yang pendiam, suka bersendiri, kurang menonjolkan diri dan tidak agresif. Mereka juga dikatakan individu yang rendah diri dan lebih selesa melakukan pekerjaan belakang tabir. Jenis personaliti yang kedua pula ialah, Sensing(S) VS Intuitive(N). Sensing lebih tepat dan ringkas dikategorikan sebagai individu yang cerewet. Manakala Intuitive berlawan dengannya, iaitu personaliti individu ini ditafsirkan sebagai seorang yang terbuka ataupun berfikiran global. Bahagian yang ketiga pula ialah, Thinking(T) VS Feeling(F). Thinking diistilahkan sebagai golongan yang mempunyai personaliti yang sentiasa berfikiran logik dan berdasarkan fakta semata-mata. Mereka juga lebih cenderung dengan hal-hal yang berkaitan dengan data. Bagi Feeling, individu sebegini berfikiran secara nilai dan emosi. Mereka berfikir secara terus dan melihat sesuatu perkara yang telah dinilai itu baik, sememangnya patut diamalkan tanpa memperolehi fakta. Kelas personaliti yang terakhir dalam MBTI ialah Judging(J) VS Perceiving(P). Judging merupakan individu yang mempunyai personaliti yang sistematik dan berdisiplin. Manakala Perceiving ialah individu yang lebih kepada yang boleh dibawa berunding namun kadang kala agak kelam kabut. Dalam kuiz MBTI ini, saya mendapati personaliti diri saya ialah ISFJ. Yang membawa maksud secara ringkas,mengenai personaliti diri saya ialah seorang yang komited terhadap kerja ang diberi, penyanyang, mengambil berat terhadap rakan, sentiasa sistematik dalam melakukan sesuatu dan seorang yang pendian dan sederhana. Manakala pula, pasangan saya pula memperolehi personalitinya sebagai ENTP. Begitu ketara perbezaan personaliti kami, namun, inilah manisnya dalam perhubungan, saling melengkapi kekurangan pasangan masing-masing. Bagaimana pula dengan anda? Cuba lakukan kuiz ini www.personalitypathways.com/type_inventory.html.

Selain daripada MBTI,  kami juga didedahkan kepada teori Big 5 Theory yang dapat menafsir keperibadian manusia. Teori ini terbahagi kepada lima personaliti iaitu, Openness, Conscientiousness, Extroversion, Agreeableness dan Neuroticsm, atau singkatan kepada itu ialah OCEAN. Teori ini juga menarik untuk kita cuba lakukan untk mengetahui ciri-ciri keperibadian sendiri.

Kesimpulannya, amat penting bagi seseorang itu untuk kenal diri mereka sendiri. Mengetahui kelebihan dan kekurangan diri adalah perkara yang sangat penting bagi saya. Dari sini kita boleh memajukan diri, menonjolkan diri dalam kalangan masyarakat yang maju sekaligus mengatasi kelemahan diri melalui pengalaman kita bersosial dengan masyarakat. Sekian.


No comments:

Post a Comment