Friday 24 September 2010

A126968 Hati LJ09

Pada kuliah kita kali ini menerangkan tentang tajuk Emosi dan Personaliti. Manusia berbeza dari segi reaksi emosi walaupun mereka  dalam satu situasi yang sama. Emosi dan personaliti berperanan dalam menentukan reaksi terhadap sesuatu peristiwa yang telah dialami oleh seseorang. Kesemua ini sangat-sangat berguna dalam aspek membezakan individu-indivitu tersebut. Saya telah mempelajari beberapa bahagian Teori Emosi A & b dan Teori Myers Briggs Type Indicator. Oleh hal yang demikian, saya telah mengetahui perwatakan dan sikap seseorang yang mempunyai berlainan emosi. Saya telah mempelajari setiap orang berbeza-beza cara hidupnya dan beza dari segi mnggunakan masa untuk menyesuaikan diri dalam hidup mereka. Oleh itu, personaliti seseorang itu dianggap sebagai satu punca dan kesan daripada emosi yang menguasai badan mereka pada hari demi hari, tahun demi tahun sehingga mereka mencapai ke hari tua.

Setiap orang mempunyai cara hidup masing-masing. Antaranya ialah kehidupan yang sempurna dan kadang kalanya tidak sempurna. Sesetengah individu mengamalkan sikap yang agresif dan ada kalanya mereka mengamalkan sikap option ataupun tidak terlalu mempedulikan tentang pengurusan hidup ini. Kehidupan ini sentiasa ditentukan oleh manusia itu sendiri dalam menguruskan perjalanan hidup mereka. Oleh itu, tidak pelik pada masa kini semua orang walaupun pengurusan hidupnya mempunyai pelbagai cara, mereka tetap berjaya dalam hidup. Itu adalah mainan emosi dimana mereka sentiasa melalui pelbagai aktiviti yang membuatkan emosi mereka sentiasa merubah dari satu masa ke semasa.

Seperti pengalaman saya, saya dapat menilai bahawa hasil kerja tangan saya apabila dibandingkan dengan kawan saya sangat berbeza. Selain itu, saya menilai cara pemakaian, pemodenan, pemilihan lagu juga tidak sepadan dengan mereka. Contohnya, berkaitan dengan lagu-lagu masa kini. Saya tidak banyak mengikuti perkembangan lagu-lagu terkini, hanya sedikit sahaja. Lagu-lagu retro pada zaman-zaman dahulu menjadi satu idola kepada saya. Hal ini kerana pemberian makna daripada lagu-lagu tersebut sangat sepadan dengan saya. Ini kerana penghayatan daripada lagu tersebut sangat menusuk kalbu dan memudahkan kita memahami apakah maksud lagu itu. Saya lebih menyukai kepada lagu-lagu yang mendatangkan feeling kepada saya kerana ia membawa saya kepada ketenangan yang semula jadi. Kebanyakan tentang pedoman dan kelebihan diri saya tidak kepada perkara yang mendatangkan thinking views. Saya ingin juga bertindak seperti mereka-mereka yang boleh berfikir kritis tetapi saya tidak boleh mencapai ke tahap itu. Apabila saya cuba dan mencuba, mungkin ianya satu anugerah yang diberikan dari Allah bahawa saya dilebihkan kepada sesuatu yang mendatangkan perasaan dan emosi yang dapat menafsirkan hati dan naluri.

Oleh itu, saya bersetuju bahawa setiap personaliti seseorang itu mempunyai keupayaan untuk mengatasi emosi-emosi tertentu. Dan jika suatu keupayaan itu tercapai ia akan merangsang emosi pada tahap yang maksimum terhadap pelakuannya sendiri.

No comments:

Post a Comment