Thursday 30 September 2010

A123114 DILA LJ10

Tajuk kuliah yang ke-10 membicarakan tentang kebijaksanaan emosi. Kebijaksanaan emosi ini jika mengikut Salovey & Mayer, 1990  ialah kebolehan untuk melihat perasaan orang lain, kemudian membezakan setiap orang dan menggunakan pengetahuan ini untuk memandu pemikiran dan aksi seseorang. Dalam proses perkuliahan itu, en.zambri telah menyuruh kami mengenalpasti reaksi mimik muka kemudian kami diarahkan untuk meneka ekspresi muka yang ditonjolkan.  Untuk mengenalpasti ekspresi muka melalui lukisan begitu senang berbanding dengan mengenalpasti ekspresi muka manusia yang sebenar kerana manusia bijak dalam bermain dengan ekspresi wajah untuk menutup emosi yang sedang dihadapi mereka pada masa itu.

 

            Dalam model kebijaksanaan emosi terdapat empat model yang diutarakan iaitu Ability Based Model, Emotional Competencies, The Bar-On model of Emotional-Social Intelligence (ESI) dan The Trait EI model. Untuk learning journal kali ini saya ingin menyentuh tentang dua model sahaja iaitu  Ability Based Model dan Emotional Competencie. Ability based model ini boleh didefinisikan sebagai kebolehan merasa emosi, menjanakan emosi untuk memudahkan pemikiran, memahami emosi dan untuk meregulasi emosi bagi perkembangan individu.  Model ini telah mencadangkan individu berbeza dari segi kemampuan memproses maklumat tentang tabii emosi dan kemampuan untuk menghubungkan pemprosesan emosi kepada kognisi yang lebih luas. Model ini telah mengutarakan empat jenis kemampuan dalam kebijaksanaan emosi iaitu mengenalpasti emosi. Seseorang yang mempunyai kebijaksanaan emosi ini mampu untuk mengetahui emosi yang dialami oleh seseorang melalui riak wajah dan juga suara. Selalunya jika saya melihat muka rakan saya dalam keadaan muram atau seperti sedang dilanda sesuatu masalah saya cuba untuk tidak membuat lawak yang keterlaluan dan berhati-hati dengan percakapan atau perbualan saya agar tidak menambahkan keluakaan atau masalah yang sedang bermain diminda rakan saya. Kemampuan yang kedua adalah menggunakan emosi iaitu Kemampuan untuk memanfaatkan emosi untuk memudahkan pelbagai kegiatan kognitif, seperti berfikir dan menyelesaikan masalah. Yang ketiga adalah memahami emosi. Memahami emosi ini penting bagi saya kerana tanpa memahami emosi seseorang susah untuk kita berempati terhadap orang lain dan kita hanya ingin menjaga perasaan kita tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Keadaan ini saya dapat lihat pada rakan saya sendiri yang  tidak suka mengambil tahu apa yang orang lain bakal rasa dengan perbuatan dan perkataan yang keluar daripada dirinya sehingga sikapnya menimbulkan kejelikan dihati rakan yang lain. Kemampuan yang terakhir adalah mengurus emosi. Sesorang yang boleh mengurus emosi ini membolehkan mereka mencapai matlamat yang diinginkan. Kegagalan dalam mengurus emosi akan menyebabkan seseoarng senang untuk berhadapan dengan tekanan.

 

            Jika seseorang mengalami gejala kekosongan emosi iaitu individu itu tidak mampu untuk merasai dan memahami apakah emosi yang sedang mereka alami pada waktu itu dinamakan sebagai  Alexithymia. Melalui pembacaan saya, faktor yang membezakan individu ini adalah ketidakmampuan mereka untuk menghuraikan beberapa sifat seperti bahagia atau tidak bahagia ketika menggambarkan perasaan ini. Masalah utama bagi golongan ini adalah mereka tidak mampu untuk membezakan dan menjelaskan emosi kepada orang lain. Model seterusnya adalah Model Competencies yang diutarkan oleh Goleman. Dibawah model ini terdapat empat konstruk iaitu kesedaran diri, pengurusan diri, kesedaran sosial, dan pengurusan perhubungan. Dalam kesedaran diri seseorang itu mempunyai keyakinan diri yang tinggi, kemudian dapat menilai diri dengan tepat kelebihan dan kelemahan yang ada pada diri. Konstruk seterusnya adalah pengurusan diri. Bagi konstruk ini melihat sejauhmana kita dapat mengawal emosi dan beradaptasi dengan persekitaran, individu-individu ini mempunyai orientasi pencapaian, berinisiatif dan optimis. Kesedaran sosial pula merupakan kebolehan memahami, merasai, dan bereaksi terhadap emosi orang lain. Mereka selalunya mempunyai empati terhadap orang lain dan suka memberi pertolongan. Konstruk terakhir pula adalah perhubungan pengurusan dimana mereka berkebolehan membina dan mempengaruhi orang lain dalam pengurusan. 

 

             Kesimpulannya, kecerdasan emosi ini sangat diperlukan oleh setiap insan agar mereka bijak memahami emosi sendiri dan orang lain dan seterusnya mereka mampu berhadapan situasi konflik yang boleh membawa tekanan dengan bijak.

 

 

No comments:

Post a Comment