Monday 13 September 2010

A123114 DILA LJ08

Walaupun sedang bercuti hari raya di rumah tetapi learning journal perlu disiapkan pada masanya. Raya-raya juga tetapi tugasan perlu disiapkan ini disebabkan menjadi kewajipan kepada saya jadi ini sebagai alasan penggerak kepada saya untuk bertingkah laku menyiapkan tugasan ini. Perkara ini ada sedikit perkaitan dengan tajuk Learning Journal yang kelapan iaitu emosi dan motivasi. Sebagai definisi tambahan yang saya cari, emosi adalah satu label yang kompleks terhadap rangsangan-rangsangan yang dicetuskan melalui kognitif, perubahan subjektif, bangkitan autonomik dan saraf, dorongan untuk bertindak dan tingkah laku yang berkaitan dengan rangsangan tersebut. Manakala motivasi menurut Moriss & Maisto ( 1999 ), motivasi merupakan satu bentuk arahan yang datang dari dalam diri individu secara paksa untuk memenuhi keperluan dan kehendak individu yang akhirnya membangkitkan organisma untuk menuju kepada sesuatu matlamat. Emosi seperti mana yang telah saya pelajari ia tidak neutral tetapi kadangkala ia cenderung kearah positif atau negatif mengikut emosi yang dialami oleh seseorang pada masa itu. Selain itu, emosi saling berhubungan dengan motivasi dimana emosi yang dirasa atau timbul akan memacu kepada kebangkitan motivasi untuk melakukan tingkah laku mengikut kebangkitan yang telah ditimbulkan oleh emosi.

 

            Dalam kehidupan seharian saya, emosi penting pada saya untuk memotivasikan saya dalam melakukan saya. Misalnya, pada hari raya kali ini, saya merasa rindu (emosi) dengan rakan-rakan saya yang telah bertahun juga tak jumpa dan saya terfikir alangkah gembiranya (emosi) jika saya dan rakan-rakan saya dapat berkmpul beramai-ramai dan pergi melawat ke rumah kawan-kawan yang lain, disebabkan kebangkitan emosi yang telah bangkit daripada proses kognitif saya ini jadi saya termotivasi untuk menelefon ( tingkah laku ) rakan saya yang masih saya hubungi semenjak dari tamat sekolah menengah dahulu sehingga kini kemudian kami berbincang untuk pergi beraya bersama kerumah rakan yang lain dan disamping itu saya dan dia menelefon rakan yang lain yang sudah lama tidak berjumpa untuk berjumpa dan berkumpul sekali disalah satu rumah rakan saya dan pada hari yang dijanjikan kami begitu gembira kerana dapat bersua muka di hari yang mulia dan kami telah pergi beraya dari satu rumah ke rumah rakan-rakan kami yang lain.

 

           seterusnya, dalam konsep motivasi yang asas terdapat dua konsep iaitu motivasi dalaman dan motivasi luaran. Motivasi dalaman atau dorongan ini adalah seperti proses homeostasis yang dialami dalam badan kita dimana apabila kita telah membuang air kecil, badan kita perlu menyeimbangkan bendalir dalam badan kita dengan meminum air bagi menggantikan air yang telah hilang dari badan kita melalui proses pembuangan. Jadi, proses homeostasis ini penting kepada manusia agar keseimbangan air dalam badan tetap terpelihara. Manakala motivasi luaran seperti mana yang difahami oleh saya adalah tingkah laku yang dihasilkan oleh seseorang disebabkan mendapat insentif daripada sesuatu seperti kewangan, moral dan bersifat paksaan. Sebagai contoh,  seperti yang dilakukan kawan saya terhadap adiknya dimana dia telah memberi insentif seperti menjanjikan kepada adiknya yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini dengan berjanji untuk memberi RM50 bagi setiap subjek yang mendapat grade A. Wang yang dijanjikan oleh rakan saya kepada adiknya telah membangkitkan motivasi kepada adiknya untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.

 

            Selain daripada dua konsep motivasi yang dinyatakan diatas terdapat beberapa lagi konsep motivasi iaitu naluri ( instinct ), kebangkitan dan  teori humanistik yang telah diutarakan oleh Abraham Maslow. Bagi naluri, ia merupakan suatu motif yang lahir secara semulajadi seperti naluri yang dirasai oleh para isteri yang merasakan suami mereka bermain kayu tiga maka mereka termotivasi untuk menjalankan penyiasatan seperti memeriksa telefon bimbit suami mereka. Manakala kebangkitan pula akan menyebabkan seseorang itu termotivasi untuk menstabilkan tahap kebangkitan itu. Contoh motif sifat ingin tahu. Jika timbul didalam fikiran saya untuk mengetahui sesuatu informasi seperti informasi mengenai protokol zionis  yang mengandungi rancangan-rancangan tersusun dan rapi dalam menyesatkan dan memusnahkan manusia saya akan cari sebanyak mana informasi di internet berkaitan konspirasi-konspirasi yahudi ini untuk menstabilkan kebangkitan sifat ingin tahu saya ini.

 

            Secara kesimpulannya, emosi dan motivasi ini saling berhubungan dimana emosi yang terbangkit akan membangkitkan motivasi untuk melakukan sesuatu tingkah laku. end#.

 

           

No comments:

Post a Comment