Wednesday 15 September 2010

A122541 Ngan Yun Kwan LJ08

Selamat Sejahtera dan Selamat Hari Raya saya ucapkan kepada Dr.Zamri dan rakan –rakan sekalian. Tajuk untuk kuliah minggu ini adalah emosi & motivasi. Objektif-objektif untuk kuliah pula adalah memahami maksud motivasi dan memahami perhubungan antara emosi & motivasi. Apakah itu emosi dan motivasi? Apakah hubungan yang terdapat antara emosi & motivasi?

            Emosi didefinisikan melalui nada efektif sama ada yang positif atau negatif. Motivasi pula merupakan pembelajaran dalam tingkah laku yang berkaitan dengan arah (directional) dan tenaga (energizing). Motivasi juga menekankan tindakan seperti perasaan sayang kepada keluarga yang menyebabkan kita berusaha untuk belajar demi memperbaiki kualiti kehidupan keluarga kita.

           Emosi dibahagikan kepada empat komponen, iaitu perasaan (feeling state), proses kognitif (cognitive process), perubahan fisiologi (physiological changes) dan tingkah laku berkaitan (associated behavior). Oleh itu, emosi mempunyai makna yang lebih luas daripada perasaan dan adalah berbeza dengan perasaan. Menurut Baron & Logan, 1993, emosi adalah tidak dapat dipisahkan daripada motivasi. Lang etal, 1992, pula menyatakan bahawa emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional. Saya amat bersetuju dengan kedua-dua penyataan tersebut kerana saya juga percaya bahawa emosi dan motivasi adalah tidak boleh dipisahkan dan emosi adalah motivasi kepada tingkahlaku kita.

            Contoh-contoh emosi sebagai motivasi adalah seperti rasa kebencian (emosi) seseorang akan membangkitkan motif pembunuhan terhadap seorang yang lain. Selain itu, rasa cinta (emosi) juga akan memotivasikan seseorang terlibat dalam tingkahlaku tertentu seperti meng'sms', menelefon, member hadiah, mendirikan rumahtangga, berusaha bekerja dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, tidak semua keadaan emosi akan menjadi motivasi atau pendorong (motivator) kepada tingkahlaku kita dan bukan semua pendorong (motivator) berasaskan kepada emosi. Contohnya, kita belajar adalah kerana kita inginkan pencapaan. Kita makan adalah kerana kita lapar. Bukan setiap semua motivasi kita adalah berasaskan emosi kita.

            Turutan pembangkitan emosi telah banyak dibicarakan melalui teori-teori James-Lange, Cannon-Bard dan lain-lain. Emosi ditakrifkan secara umun sebagai sesuatu keadaan dirangsang yang melibatkan perubahan mimik muka dan tubuh badan pengaktifan otak, penilaian kognitif, perasaan subjektif dan kecenderungan terhadap tindakan.m Oleh sebab itu, keadaan yang sama mungkin akan menimbulkan persepsi yang berbeza dalam kalangan  yang berasal daripada budaya yang berbeza. Emosi ialah tindak balas penyesuaian badan kita kepada persekitaran. Ia menyediakan kita untuk mengambil sesuatu tindakan, iaitu membangkitkan kita untuk bergerak, ambil tindakan dan menyesuaikan diri. Menurut Bickhard,1997, motivasi adalah aspek proses pemilihan. Motivasi adalah jangkaan terhadap apa yang boleh berlaku. Contohnya, pada minggu pertama dan kedua berada di UKM, saya cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran dan kawan-kawan yang baru dikenali kerana saya berasa takut, sunyi dan keseorangan. Ini merupakan emosi pada ketika itu. Motivasi untuk tidak berasa kesunyian akan menyebabkan kita mula mengambil tindakan, iaitu cuba mencari kawan-kawan yang baru dan saling berkenalan.  

            Beberapa konsep yang berkaitan dengan motivasi termasuk panduan (drive) dan insentif (incentive). Panduan (drive) bersifat dalaman dan bertujuan untuk mengurangkan kehendak diri,contohnya dengan memenuhi kehendak tersebut. Insentif (incentive) pula bersifat luaran untuk mendorong atau menolak sesuatu tingkah laku.

Terdapat beberapa teori yang berkaitan dengan motivasi iaitu teori gerak hati (instinct), teori rangsangan (arousal) dan teori kemanusiaan (humanistic theory). Teori gerak hati menyatakan bahawa motif adalah bersifat semula jadi,iaitu tidak dapat dipelajari. Teori rangsangan pula menjelaskan bahawa manusia selalu bermotivasi untuk maintain tahap yang optimum untuk rangsangan emosi. Teori kemanusiaan pula menggunakan hieraki keperluan Maslow,iaitu satu piramid yang dibahagi kepada lima aras keperluan.

Teori kemanusiaan ( humanistic theories ) diperkenalkan oleh Abraham Maslow. Maslow mencadangkan bahawa motif adalah dibahagikan kepada beberapa tahap yang berbeza dan bermula dari keperluan asas untuk kehidupan sehingga ke keperluan psikologikal serta keperluan memenuhi diri. Aras yang berada paling bawah mewakili keperluan keselamatan dan keperluan fisiologikal seperti makanan, minuman, air dan tempat tinggal. Keperluan psikologikal berada di peringkat yang kedua. Peringkat ini dibahagikan kepada pemilikan dan keperluan cinta serta keperluan harga diri. Tahap yang paling tinggi adalah keperluan memenuhi diri iaitu mencapai potensi penuh seseorang.

"Emotion emphasizes arousal, while motivation emphasizes action."

No comments:

Post a Comment