Thursday 2 September 2010

A122541 Ngan Yun Kwan LJ07

Selamat sejahtera. Tajuk kuliah bagi minggu ini adalah Emosi dan Ingatan. Kuliah dimulakan dengan penonton video clip yang bertajuk Indonesia menangis. Video-video clip yang dipaparkan adalah berkaitan dengan gejala Tsunami yang berlaku pada tahun 2004. Adakah emosi akan mempengaruhi ingatan kita? Jawapan adalah ya. Soalan ini mempunyai dua elemen, elemen yang pertama adalah kandungan emosi dalam maklumat yang ingin diingati dan elemen yang kedua adalah berkaitan dengan pengaruh emosi semasa pembelajaran dan pengingatan.

Emosi dan ingatan (memory & emotion) boleh dibahagikan kepada dua elemen, iaitu kandungan emosi (emotional content) dan keadaan emosi (emotional state - mood). Biasanya, kita adalah lebih mudah untuk mengingati peristiwa yang melibatkan pengalaman emosi sendiri daripada peristiwa yang lain. Selain itu, peristiwa yang melibatkan emosi positif juga adalah lebih senang diingati daripada peristiwa yang melibatkan emosi negatif. Begitu juga sebabnya ingatan terhadap peristiwa yang mengandungi emosi negatif adalah lebih mudah luntur. Seseorang yang terasa amat pedih terhadap sesuatu peristiwa mungkin tidak lagi terasa apa-apa selepas satu tempoh masa. Saya amat bersetuju dengan fakta-fakta di atas. Pada masa sekarang, saya masih dapat ingat dengan jelas perasaan dan tahap kegembiraan saya semasa mendapat tawaran kemasukan dari UKM pada dua tahun yang lepas.

Elemen yang kedua dalam emosi & ingatan adalah keadaan emosi. Keadaan emosi merangkumi aspek-aspek kesepadanan emosi (mood congruence) dan kebergantungan emosi (mood dependence). Merujuk kepada kesepadanan emosi (mood congruence), sesuatu peristiwa yang beremosi adalah lebih mudah diingati jika emosi diri kita pada masa itu adalah sepadan dengan emosi tersebut. Contohnya, apabila kita adalah dalam keadaan bersedih, peristiwa negative adalah lebih mudah diingati dan sebaliknya. Kesimpulannya, sesuatu peristiwa adalah lebih senang diingati apabila suasana hati kita berpadaan dengan suasana hati keadaan peristiwa itu. Selain itu, semakin kuat emosi tersebut terangsang, semakin besar kesannya terhadap ingatan kita. Kebergantungan emosi (mood dependence) pula merujuk kepada berapa senangnya emosi lain yang sepadan timbul apabila sesuatu emosi sedang dialami. Walaubagaimanapun, kita tidak boleh dengan suka hatinya membuat kesimpulan bahawa keadaan emosi akan mempengaruhi ingatan kita kerana tidak wujudnya fakta bahawa sesuatu emosi itu akan melemahkan ingatan kita atau sebaliknya. Namun begitu, adalah dipastikan bahawa sesuatu peristiwa lebih mudah diingati apabila emosi yang muncul itu adalah lebih kuat.

Seterusnya, secara fisiologikal, bahagian otak kita juga telibat dalam mempengaruhi emosi dan ingatan kita. Contohnya, amygdala, cerebellum dan prefrontal cortex. 'Amygdala' adalah bahagian yang mengira kepentingan emosi dalam sesuatu peristiwa dan memberikan signal kepada minda kita sama ada perlu atau tidak untuk memberi perhatian kepada peristiwa tersebut. Bahagian ini kebiasaanya sering dikaitkan dengan pengalaman yang negatif. Selain itu, 'amygdala' adalah lebih sensitif terhadap emosi negative. Bahagian cerebellum merupakan bahagian terkuat yang bertanggungjawab untuk mengawal pergerakan kita dan juga dapat mengingati sesuatu emosi terutamanya emosi ketakutan yang berpanjangan. Manakala prefrontal cortex pula adalah bahagian yang terangsang melalui gabungan tugasan minda dan keadaan emosi tetapi bukanlah hanya salah satu daripada mereka.

 

Seterusnya, jantina dan umur seseorang juga dapat mempengaruhi ingatan kita. Terbuktinya bahawa golongan wanita adalah lebih senang dipengaruhi oleh emosi berbanding dengan lelaki. Wanita dapat mengingati sesuatu peristiwa yang beremosi dengan lebih lama dan terperinci berbanding dengan lelaki. Selain itu, orang yang lebih tua pula adalah lebih mudah melupakan peristiwa yang beremosi negatif berbanding dengan peristiwa yang beremosi positif.

 

Secara kesimpulannya, emosi adalah terlibat dalam proses ingatan kita. Tanpa emosi, sesuatu peristiwa adalah lebih sukar diingati. Namun begitu, ingatan juga dipengaruhi oleh aspek jantina dan umur seseorang.

No comments:

Post a Comment