Thursday 23 September 2010

A 134514 Joy Liew Wei Yi LJ09

                Tajuk kuliah pada minggu ini membincangkan emosi, personality dan tingkah laku. Pensyarah memulakan kuliah dengan menceritakan pengalamannya sendiri untuk menjelaskan pengenalan tentang reaksi manusia adalah berbeza walaupun pada peristiwa yang sama. Reaksi yang berbeza mempunyai kaitan dengan personaliti seseorang. Sebagai contoh,saudara saya yang belajar tahun dua tahun ini mendapat 92% markah dalam kertas bahasa. Dia berasa puas hati dengan keputusan itu tetapi ibunya hanya fokus pada kesilapan yang tidak patut dilakukan olehnya. Oleh itu, emosi dan personaliti berguna untuk membezakan individu.

                Dalam pemahaman saya, personaliti seseorang adalah pendapat atau kelakuan seseorang terhadap sesuatu perkara. Sebenarnya, personaliti ditakrifkan sebagai kombinasi sifat-sifat fisiologi yang mengelaskan seseorang mengikut ciri-ciri tertentu. Pensyarah telah memperkenalkan dua jenis personaliti yang iaitu "type A" dan "type B" yang lebih umum. Type A adalah individu yang suka buat kerja dan mengalami lebih banyak tekanan. Individu type A lebih berorientasikan prestasi. Manakala individu type B pula lebih sabar dan lebih relax.

                Teori yang lebih mendalam adalah Myers-Briggs Type Indicator (MBTI). Teori ini luas digunakan untuk mengklasifikasi seseorang individu. Menurut MBTI individu diklasifikasikan kepada extroverted (E)atau introverted (I), sensing (S) atau intuitive (N), thinking (T) atau feeling (F) dan judging (J) atau perceiving (P). Kategori yang pertama adalah extroverted atau introverted. Extroverted adalah individu yang suka bersosial, meninjolkan diri, tegas dan berorientasikan orang. Manakala introverted pula merupakan individu yang lebih suka bersendirian, pendiam, malu dan buat kerja dibelakang tabir. Katageri ini adalah untuk menentukan jenis interaksi sosial seeseorang individu.Pada pandangan saya, kategori ini dapat membezakan individu dengan mudah dengan memperhatikan kelakuannya.

                Perbezaan antara sensing dengan intuitive adalah sensing merupakan seseorang yang cerewet dan lebih tumpukan  kepada benda yang detail. Individu jenis sensing bergantung kepada lima deria dan juga pengalaman mereka. Sebaliknya, intuitive pula hanya tengok pada keseluruhan dan mempunyai pemikiran yang abstrak. Individu yang  intuitive bergantung kapada deria keenam mereka. Individu yang sensing adalah lebih teliti walaupun terdapat sedikit perubahan mereka dapat ketahui.

                Penggunaan alasan dan logik untuk menangani permasalahan merupakan seorang yang judging. Mereka akan membuat keputusan berdasarkan fakta-fakta yang ada dan tidak menerima pandangan lain. Individu yang beremosi tentulah dikategorikan sebagai feeling. Saya berasa seseorang yang judging dapat membuat keputusan dengan lebih cepat berbanding feeling. Mereka membuat keputusan berdasarkan logic dan alas an dan tidak perlu mengambil kira pandangan orang lain.

                Judging merupakan seseorang yang teratur dan berorientasi. Mereka tidak suka untuk membuat kerja pada minit terakhir. Manakala individu yang perceiving merupakan seseorang yang fleksibel dan spontan. Mereka teransang apabila hampir sampai waktu akhir. Kawan saya hanya akan dapat siapkan kerjanya pada masa terakhir. Dia dapat memikirkan idea pada waktu akhir. Dia dikategorikan dalam perceiving.

                Keempat-empat pasangan personality telah membentuk 16 personaliti yang berlainan dengan mengabungkannya. Pensyarah telah memberi kita soalan-soalan untuk menganalisis personaliti kita. Setelah membuat ujian tersebut, saya mengetahui personaliti saya adalah jenis ISFJ. Penjelasan MBTI menyatakan ISFJs tertarik dalam menjaga ketertiban dan harmoni dalam setiap aspek kehidupan mereka. Mereka sabar dan cermat dalam menangani tanggung jawab mereka. Walaupun pendiam, mereka adalah orang-berorientasi. Mereka tidak hanya ingat detail tentang orang lain, tetapi mereka mengamati dan perasaan menghormati orang lain '. Teman dan keluarga menggambarkan mereka sebagai bijaksana dan boleh dipercayai.

            Pada akhir kuliah ini saya telah mempelajari mengenali diri saya dengan melakukan ujian mengunakan teori MBTI.

Listen

Read phonetically

Dictionary - View detailed dictionary

 

No comments:

Post a Comment