Thursday 2 September 2010

A 134514 Joy Liew Wei Yi LJ07

Ingatan atau memori adalah sebuah fungsi dari kognisi yang melibatkan otak dalam pengambilan informasi. Adakah ingatan dan emosi saling berkaitan? Kuliah pada minggu ini membincangkan tentang emosi dan ingatan. Adakah emosi membantu kita mengingat? Kandungan emosi dan kesan terhadap tahap emosi anda dengan pembelajaran dan pengingatan adalah jawapan kepada persoalan di atas.

                Kandungan emosi menjelaskan bahawa kita akan mengingati perkara yang lebih beremosi berbanding perkara yang boring. Emosi yang menyebabkan sesuatu perkara mudah diingati dan bukannya "personal significance" . Wanita lebih terpengaruhi oleh emosi. Ini adalah benar kerana wanita merupakan manusia yang senang mengalirkan air mata berbanding kaum lelaki. Filem yang sedih menyebabkan seseorang itu mudah mengingatinya. Nenek saya masih mengingati kesusahan yang dialaminya pada masa lampau. Hal ini kerana emosi pada masa itu sangat sukar dilupai.

                Tahap emosi ataupun dikatakan mood mempengaruhi ingatan kita juga. "Mood congruence" adalah apabila kita mengingati sesuatu perkara yang sepadan dengan dengan mood kita pada masa itu. Pada masa kita mengalami depresi, perkara yang negative mula muncul di minda kita. Apabila saya berasa sedih, saya mula mengingati bagaimana kawan saya mengelakkan diri daripada saya. "Mood dependence"  menjelaskan bahawa kita mudah mengingati sesuatu apabila terdapat unsur emosi. Saya berasa sangat gembira apabila membeli-belah dengan kawan-kawan. Walaupun perkara ini biasa berlaku tetapi saya masih mengingatinya dan berasa rindu terhadap kawan-kawan saya.

                Secara fizikal, otak merupakan organ yang paling rumit dalam badan kita. Amygdala adalah bahagian dalam otak kita yang mempengaruhi ingatan dan emosi kita. Amygdala lebih kepada emosi yang negatif. Selain itu, cerebellum juga merupakan bahagian otak yang mempunyai kaitan dengan mengingati emosi yang kuat dan memori tentang ketakutan pada jangka masa yang panjang. Prefrontal  cortex dalam otak juga terlibat. Satu kajian menunjukkan prefrontal cortex mempunyai kaitan dengan kombinasi mood dengan tugas kognitif dan bukannya salah satu sahaja. Perenggan ini berkaitan dengan keadaan di dalam badan kita yang mengakibatkan emosi dan ingatan bersaling kait.

                Perbezaan umur dan juga jantina mempengaruhi emosi dan ingatan kita. Lelaki dan wanita mempunyai perbezaan dalam memproses emosi mereka. Wanita dapat mengingati memori yang beremosi berbanding lelaki. Wanita yang sedang bercinta akan mengingati dan menyambut ulang tahun percintaan mereka selama 100 hari tetapi lelaki tidak mengingati perkara-perkara ini. Wanita yang dipenuhi perasaan bahagia akan mengingati setiap detik-detik indah bersama temannya. Wanita lebih mudah dipengaruhi oleh emosi. Wanita dan lelaki menyandikan pengalaman emosional di berbagai bahagian otak mereka.

                Perbezaan umur juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi emosi dan ingatan.Kecenderungan untuk membiarkan kenangan yang tidak menyenangkan memudar lebih cepat daripada kenangan  yang menyenangkan menjadi lebih kuat apabila usia meningkat. Orang yang lebih tua mempunyai kemampuan untuk menetapkan emosi mereka berbanding orang yang muda. Mereka akan mempertahankan emosi positif dan mengabaikan perasaan megatif. Orang yang lebih tua mempunyai pengalaman yang lebihh banyak berbanding orang muda. Kami akan mendapat nasihat ataupun pandangan daripada mereka kerana  mereka telah melaluinya. Justeru, mereka lebih pandai mengawal emosi berbanding dengan orang muda.

                Pada akhir kuliah ini, saya memahami bahawa emosi dan ingatan mempunyai kaitan dari pelbagai aspek dan berbeza mengikut umur dan jantina. Pengalaman yang dialami mempunyai emosi yang berbagai-bagai. Kenangan inilah yang melatih kita menjadi lebih matang. Semua kenangan adalah istimewa. Saya sangat menghargainya.

#End#

No comments:

Post a Comment